Khamis, 29 Februari 2024

PERBANYAKANLAH SELAWAT KEPADA RASULULLAH ﷺ

Sesungguhnya Allah Taala apabila mahu mengurniakan kebaikan kepada hamba-Nya, Allah Taala akan mempermudahkan lidah hamba-Nya itu untuk berselawat kepada Rasulullah ﷺ. 
(ابن الجوزي)

Selawat Dibentangkan kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada Hari Jumaat; Orang Yang Paling Dekat dengan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ialah Orang Yang Paling Banyak Berselawat


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

 أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً 

Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.

Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku daripada kalangan mereka, maka dialah orang yang paling hampir kedudukannya denganku.”

T: (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 5532 [Lafaz di atas] dan kemudian beliau berkata: (وَرُوِيَ ذَلِكَ مِنْ أَوْجُهٍ، عَنْ أَنَسٍ بِأَلْفَاظٍ مُخْتَلِفَةٍ، تَرْجِعُ كُلُّهَا إِلَى التَّحْرِيضِ عَلَى الصَّلاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَفِي بَعْضِ إِسْنَادِهَا ضَعْفٌ، وَفِيمَا ذَكَرْنَا كِفَايَةٌ، وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ); (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Īmān), No. 3032; (al-Bayhaqī (458H): Hayat al-Anbiya' fi Quburihim), No. 12 & (Ibn al-Kamal al-Hanbali (688H): al-Muntaqa min Sama'at Muhammad Ibn 'Abd al-Rahim al-Maqdisi), No. 19. 

*(al-Mundzirī (656H): al-Targhīb wa al-Tarhīb min al-Ḥadīth al-Sharīf), Jilid 2/4, p. 328 dan beliau berkata: (رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن إِلَّا أَن مَكْحُولًا قيل لم يسمع من أبي أُمَامَة). 

Penuntut Ilmu

MEMELIHARA MAHABBAH AKAN UMMAT NABI ﷺ ADALAH SATU IBADAH YANG BESAR DAN UTAMA

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Telah menasihati akan guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala keatas kami semua, dengan suatu nasihat kefahaman kasih sayang yakni Mahabbah yang sepenuhnya ke atas ummat, pada kalamnya yang sedemikian;
  
“Saya akan memberi nasihat kepada kamu dan untuk diri saya sendiri, bahawasanya tidaklah beribadah pada zaman ini sepertimana ibadahnya dengan Mahabbah ummat Nabi ﷺ dan mengagungkan keadaan mereka itu, dan menutup mulut daripada berbicara keburukan mereka, daripada keaiban mereka, kerana ummat Nabi ﷺ ini tiada pengaiban kepada mereka, kerana nisbah mereka kepada Nabi ﷺ . Nisbah tersebut telah menghilangkan, membuang segala kekurangan dan keaiban yang ada pada ummat Nabi ﷺ kerana dinisbahkan kepada Baginda ﷺ".

Dalam nasihatnya ini beliau mengatakan ummat Muhammad ﷺ adalah satu perkara yang besar. Beliau menerangkan betapa ibadah ummat sekarang ini hendaklah disertakan dengan sifat Mahabbah yakni berkasih sayang sepenuhnya dengan ummat islam yang lain tanpa melihat kepada keburukan mereka dan melupakan segala aib-aib mereka kerana ummat akhir zaman adalah ummat Sayidina Nabi ﷺ.

Seandainya Sayidina Nabi ﷺ itu seorang ayah, maka ummat islam akhir zaman ini adalah seumpama anak-anak Sayidina Nabi ﷺ sendiri. Dan kita ummat islam ini semuanya adalah seumpama adik beradik dan janganlah kita sibuk melihat aib dan keburukan kita adik beradik sendiri. Menurut beliau ummat islam itu umpama satu jasad. Hendaklah kita bersama menutup mulut daripada memperkatakan keburukan adik beradik kita sendiri, kerana nisbah kedudukan kita yang mulia ke atas ayah kita yang lebih mulia yakni Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. Inilah suatu nasihat yang amat berat bagi kami yang banyak dosa dan kemaksiatan. 

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

NASIHAT PADA MENJALANI KEHIDUPAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Telah menasihati akan kami oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menjalani keadaan hidup dengan jalan keredhaanNya; 

"Berpeganglah dengan apa yang Allah telah tentukan terhadap diri kamu. Jika (Allah takdirkan) kamu kaya, maka laluilah kekayaan tersebut sepertimana kayanya Sayidina Usman r.a (warisilah sifat kekayaan beliau r.a). Jika Allah tentukan kamu miskin, maka laluilah kemiskinan tersebut sepertimana zuhudnya Sayidina Abu Dzar r.a (warisilah sifat zuhud beliau r.a). Jika Allah tentukan kamu sederhana, laluilah kesederhanaan tersebut sepertimana sederhananya Sayidina Abu Bakar r.a (warisilah sifat sederhana beliau r.a). Semuanya adalah daripada Allah dan tidak perlu lari daripada ketentuan Allah. Itulah yang terbaik"

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Khamis, 22 Februari 2024

Nasihat Penting daripada Sayidi Ahmad Al-Hadi Al-hasani kepada Masyarakat Nusantara Khususnya masyarakat Jawa

Yaitu sebahagian daripada Risalah Sayidi Ahmad Al-Hadi sebelum majlis Islah antara Ahli keturunan Syarif Hidayatullah dan ahli Ba-Alawiyah di bumi Jawa 

Isu panas mengenai Perbalahan tentang keAbsahan silsilah Alawiyah dan silsilah Raja Bantan dan keturunannya ..

Alhamdulillah,Segala pujian bagi Allah SWT yg berfirman: 
وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. 

Dan selawat Allah ke atas Baginda berKeturunan Sayidina Adnan
Dan selawat Allah atas ahli keluarga dan para sahabat ahli² takwa dan ahli Makrifah..
 
Telah sampai penulisanku kepada para Saadah yang mulia
Keturunan Auliya yg mulia dan Raja Agung pada umum bumi Jawi 
Dan secara khusus disebutkan adalah keturunan Imam Al-Wasil, Qutubul Kamil Sidi Syarif Hidayatullah  Keturunan Al-hasani , kelahiran, tempat tinggal dan  wafat di bumi Jawa ,

Dan sesungguhnya aku mewasiatkan kamu dan diriku dengan melazimi akan apa yg telah melazimi akannya oleh orang² terdahulu daripada berterusannya mereka muraqabah akan diri mereka, mengira akan nafas², mengawal khawatir² , memakmurkan akan waktu²( dengan perkara² berfaedah), menggunakan Anggota² pada perkara yang diredhai Allah SWT..
Dan juga menghiasi diri dengan akhlak² yang mulia dan tingkah laku yang baik drpd bersikap dengan diam dan tenang...

Dan mengelak diri daripada terjerumus kepada perkara mengarut(kosong) dan menjauhi diri drpd perkara yang sia-sia, perdebatan..,dan banyaknya berbicara yg menyebabkan kepada kerasnya hati dan jumudnya pandangan mata

Dan yang lebih teruk daripada itu ialah merendahkan martabat kedudukan mereka 
نعوذ بالله من ذلك 

Janganlah membuat provokasi terhadap diri kamu sendiri dan merendahkan martabat kamu dengan mencampuri bersama dengannya untuk berbalas hujah
Kerana yang demikian itu adalah umpama lautan yg tidak akan terputus lambunan ombaknya dan juga tidak akan diam pergerakan airnya 

Kerana apa yang ada pada orang² terdahulu daripada kalangan orang-orang besar kamu drpd kemurnian Nasab, kesempurnaan kewalian, kebesaran martabat diraja dan kesempurnaan ilmu
Semua itu tidak berhajat kepada pembuktian dan keterangan 

Pepatah Arab ada mengatakan :

قد تنكر العين ضوء الشمس من رمد 
                            وينكر الفم طعم الماء من سقم

                            
#Terkadang mata mengingkari cahaya matahari akibat daripada sakit mata
#Dan terkadang mulut mengingkari rasa air kerana sakit(demam)

Dan telah berkata penyair Arab dahulu kala 

وليس يصحُّ في الأذهانِ شيءٌ 
                                إذا احتاجَ النهارُ إلى دليلِ.

#Ada sesuatu yang tidak kena pada otak seseorang 
#Apabila cerahnya siang itu berhajat kepada dalil 

Dan telah dibuka akan bumi Jawa dan membersih akannya oleh Allah SWT daripada najis kekufuran di atas tangan para Auliya' Nya dan dengan pedang² dan himmah orang² pilihanNya dan secara khusus daripada kalangan mereka yang disebutkan namanya adalah Maulana Syeikhul Akbar,Kibritul Ahmar Al-Imam Al-Humam Malik Ibrahim  Al Idrisi Al Hasani yang dipernamakan akannya di sisi lisan orang² Jawa sebagai Syeikhul Maghribi. (Syeikh Maghribi)

Begitu juga anaknya dan pewaris sirnya yang telah menyempurnakan apa yang telah dimulai oleh ayahnya (yang aku maksudkan di sini adalah Sunan Ampel). 

Beliau adalah seorang auliya' yang bernama Wali Qutub Syeikh Ahmad rahmatullah Al Hasani.

Begitu juga Maulana Ishaq Al-Jailani Al-Hasani Al Maghribi dan begitu juga Maulana Syeikh Muhammad Al Maghribi Al Masyisyi Al Idrisi Al Hasani yakni cucu kepada Maulai Abdus Salam ibnu Masyisyi yang masyhur sebagai empunya Selawat Al-Masyisyiah..
dan daripada 2 wali Qutub yang mulia ini telah zahirnya keturunan Silsilah Banten yang mulia. 

Dan sesungguhnya Sultan Banten Asy Syarif Maulana Hasanuddin telah menulis akan namanya dengan Al-Jailani Al Qadiri Al Hasani, itulah cabangan keturunan Al Hasani bertariqat Qadiri berketurunan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang masyhur di bumi Maghribi. 
Itulah tokoh² mulia yang mereka itu membuka dan menjadi sebab pembukaan bumi Jawi dan empunya madad Nabawi di dalam bumi Jawi secara Zahir dan secara Batin. 
Dan bumi Jawi itu dan ahlinya telah diwaqafkan terhadap diri mereka(kewalian mereka dan seangkatannya)
dan berterusan di atas mereka itu sehinggalah berlaku Hari Kiamat.

 
Kemudian Allah SWT menambahkan bumi Jawa limpahan dan madad dengan kedatangan pimpinan tokoh Hadramaut Bani Alawiyah yang mulia
Maka tersebarlah mereka itu di persisiran pantai,daratan dan sekitarn lautan

Dan mereka mendapati Islam telah menapak dengan tetap dan kukuh dengan usaha yang dipelopori oleh para Syarif² yg datang terdahulu
Kemudian para habaib datang menambah paksi dan ketetapan pegangan mereka

Melainkan mereka telah berpaling/ menyalahi hakikat sebenar dan amatlah disesali akannya dengan sikap penafian  orang² terkemudian terhadap jalan² yg telah dirintis oleh Tokoh² terdahulu (auliya)

Dan timbulnya sikap yang melampaui dan taksub(tidak bertempat) yg dicela akannya yg menyebabkan/melazimkan sikap meninggi diri atas hamba² Allah 
Sehinggakan telah bermulanya zahir sebahagian ungkapan² dan pendapat² yg dicela dan ditolak akannya

Iaitu berlaku pertentangan sesama kumpulan Ahli ilmu dan kumpulan para ahli bait di bumi jawi yg bertuah tersebut ..

 
Dan di antara yang demikian itu,di akhir² ini berlaku pertelingkahan sebahagian drdp pemuda² yg yang bersikap sembrono /tergesa-gesa mempertikaikan Nasab Bani Alawiyah dan sebahagian drpd Nasab keturunan pimpinan² Bantan(raja² bantan)

Perkara yang membawa sesama mereka menzahirkan dakwaan² jahiliyah dan terjahan kepada Nasab² Raja² dan empunya empayar, Yaitu pembuka bumi Jawi

Walhal jikalau tidak kerana mereka (raja² bantan dan para pejuang)
Nescaya tidak dapatlah para Ahli Ba-Alawiyah dan tidaklah lainnya drpd kalangan yg datang terkemudian untuk menjejak  kaki di Bumi bertuah tersebut...

Merekalah (raja² bantan,auliya dan para pejuang) mempersiapkan (kelaziman² bagi kedatangan para habaib Hadramaut)
Mereka menjejaki Tanah itu dengan pedang² mereka, pen² mereka (risalah),darah² mereka dan mereka menjadikan bumi Jawa tersebut sebagai tanah Islam dan Iman

Dan adalah harapan besar kepada  mereka yang mulia drdp 2 kumpulan itu (yang bertelagah)
Yaitu Kumpulan ahli² ilmu ,para Ahli bait(Alawiyah) dan pihak kesultanan berusaha untuk mengembalikan daulah Islamiyyah di bumi Jawa Dan menghidupkan kembali apa yg telah ditinggalkan pada bumi Jawa itu drpd kebanggaan² dan kegemilangan² terdahulu...

Yaitu setelah puak kafir dan penyangak² merampas dan menyerahkan Negara kepada pembantu dan khadam² mereka drpd kalangan puak yg disangsikan keturunan, iktikad dan kesetiaan 

Tidaklah mereka menjaga kita melainkan telah mengambil alih atas mereka oleh syaitan dan menyibukkan mereka dengan perkara yang ditegah pada Uruf/Adat dan pada syara'
(Perbalahan yg dicela, penukaran,pencelaan sesama sendiri,dan terjahan/pertikaman lidah )

Dan selain itu drpd perkara yg tidak diredhai oleh Datuk mulia mereka Yaitu Rasulullah SAW

Dan musuh pula sangat bergembira dengan keadaan tersebut
Dan mereka bercita-cita bahawa menjadi semakin koyak rabak masyarakat jawa...

Dan (pada masa yang sama) ahli hak menyibukkan diri sesama ahli hak Sehingga menyebabkan masyarakat Jawa terdedah kepada kelemahan, perpecahan dan disulitkan dengan ahli² fasiq 

هذا والله المُلهم للصواب وإليه سبحانه المرجع والمآب وصلى الله وسلم على النبي الأواب وعلى آله مفاتيح كل مسلكٍ وباب

Jiwa seorang hamba

Berselawat, beribadah untuk menghambakan diri kepada Allah
Bukanlah dengan rasa kelayakan
Sedang ibadah itu adalah semata² kurniaan dariNya
Perkemaskanlah amalan dan fana' lah dari amalan itu.

" Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah"

Terkadang sebagian orang menyembah atau ibadah kepada Allah SWT karena menginginkan sesuatu atau karena takut sesuatu. Padahal sesungguhnya Allah SWT berhak untuk disembah manusia, sekalipun Allah SWT tidak menciptakan surga dan neraka. 

Dalam pandangan Syekh Ibnu Athaillah, menyembah atau beribadah kepada Allah karena Allah saja, jangan karena ingin sesuatu atau takut sesuatu. 
مَنْ عَبَدَهُ لِشىءٍ يَرْجُوهُ مِنْهُ اَوْلِيَدْفَعَ بِطاَعَتِهِ وُرودُ العُقُوبَتِ عَنْهُ فَماَ قَاَمَ بِحَقِّ اَوْصَافِهِ
"Siapa yang menyembah Allah karena mengharapkan sesuatu atau untuk menghindari hukuman dari-Nya, maka ia belum menunaikan hak kewajibannya terhadap sifat-sifat Allah SWT." (Syekh Athaillah, Kitab Al-Hikam) 

Terjemah Kitab Al-Hikam karya Ustadz Bahreisy menambah penjelasan maksud Syekh Athaillah tersebut, agar semakin mudah dipahami. 

Dia menjelaskan bahwa Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada Nabi Dawud, alaihissalam. "Sesungguhnya orang yang sangat Aku (Allah) kasihi adalah orang yang beribadah bukan karena upah pemberian. Tapi semata-mata karena Aku (Allah) berhak untuk disembah." 
Di dalam kitab Zabur yang diturunkan Allah kepada Nabi Dawud Alaihissalam, dikatakan, "Siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembah-Ku (menyembah Allah) karena surga atau neraka. Apakah jika Aku (Allah) tidak membuat surga dan neraka, maka Aku tidak berhak untuk disembah." 

Sesungguhnya, pemberian Allah kepada hamba itu lebih dari yang diharapkan, yaitu hidupnya, nafasnya, pancainderanya, kesehatannya, dan lain-lainnya. 
Abu Hazim berkata, "Saya malu menyembah Allah karena menginginkan pahala, seperti seorang buruh yang buruk jika tidak dibayar maka tidak bekerja. Seperti budak yang buruk, mau menyembah karena takut disiksa. Seperti budak yang curang, jika ia tidak takut disiksa maka tidak mau bekerja. Saya menyembah Allah karena cinta kepada-Nya."

PERKARA MENCARIK ADAT(Fitnah Gemar Pada Karamah Dan Mencari Akan Karamah)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita (dapat karamah dan seumpamanya), Alhamdulillah.

Kita (sepatutnya) malu dari pemberian itu sebab kita tahu (kita) tak layak. Itu rasa kehambaan. Jadi, hamba yang betul, (dia) malu dari amalan dia macam orang yang (berbuat) maksiat malu dengan maksiat (yang) dia (lakukan). 

Itu jalan Allah, berhati-hatilah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke Jahannam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

■ Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Isnin, 19 Februari 2024

SEMUA SHOLAWAT BERADA DIBAWAH NAUNGAN SHOLAWAT ALFATIH

Berkata Sayyidina Syaikh Ahmad at-Tijani R.A :

“Sholawat selain yang dibaca Rosulullah صلى الله عليه وسلم. (yang disebut dalam hadits) yaitu sholawat yang dari ulama adalah tertulis dengan tulisan bahasa lisan dan bahasa isyaroh dibawah “gambar” Nabi صلى الله عليه وسلم dengan gambar manusia yang berada di Hadlrotul Qudsiyah, sedangkan sholawat para Wali Qutub adalah tertulis disebelah kanan, dan sholawat Auliya’ Siddiqin dibawah Wali Qutub tertulis di sebalah kiri. 
Adapun Sholawat Fatih adalah merupakan sholawat dari Allah SWT., yakni tidak dari ulama’ dan tidak dari auliya’.
Sholawat Fatih adalah tertulis di atas kepala Nabi صلى الله عليه وسلم dengan huruf yang difahami semua bahasa arab. Sholawat Fatih adalah sebagai MAHKOTA KEMULIAAN dan KERAJAAN NABI صلى الله عليه وسلم. 

Dengan Sholawat Fatih Allah SWT menjadikan Nabi صلى الله عليه وسلم lebih utama melebihi semua kerajaan dialam dunia dan menetapkan khilafahnya (kekuasaannya) dialam dunia tersebut dan juga dialam akhirat.
Dengan Sholawat Fatih Allah SWT. memuliakan agama-Nya serta mendzohirkan semua agama-agama yang lain, dan menjadikan umat ini (umat Nabi صلى الله عليه وسلم) lebih utama dan menjadi saksi atas umat agama yang lain . Dengan Sholawat Fatih Nabi صلى الله عليه وسلم pemimpin para nabi dan para rosul.

Dengan Sholawat Fatih Allah SWT. menegakkan ruh jasmani dan melahirkan atasnya peraturan hukum syari'at dan menciptakan tata peraturan dan pengaturan alam.

Oleh karenanya sholawat Fatihlah RUH ALAM WUJUD dan KEHIDUPANNYA. Kemudian atas hukum syariat dan peraturan tersebut Allah SWT. menetapkan surga beserta nikmat-nikmatnya dan neraka beserta siksa-siksanya. 

ﻣﺎ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻲ ﺍﺣﺪ ﺑﺄﻓﻀﻞ ﻣﻦ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺎﺗﺢ لمااغلق

Artinya : “Tidaklah seseorang membaca sholawat kepadaku dengan sholawat yang paling utama, melainkan ia membaca dengan sholawat fatih limaa ughliq”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Sabtu, 17 Februari 2024

TORIQAH KURNIAAN ILAHI

Apakah maksud 𝗳𝗮𝗱𝗵𝘂𝗹 𝗶𝗹𝗮𝗵i yg dikurniakan kepada Syeikh Ahmad attijani

(Daripada kerana inilah Syeikh Tijani kerap kali mengulangi perkataan)

" ما عندنا إلا فضل الله ورحمته وشفاعة رسول الله صلى الله عليه وسلم "
Ertinya:

Tidaklah ada pada kami ini melainkan Fadhlullah (𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗮𝗵𝗶), 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ.

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗱𝗵𝘂𝗹 𝗶𝗹𝗮𝗵𝗶.. 
Sbb metedologi utama ialah membawa manusia mengenal hakikat Baginda ﷺ yg tertinggi Bangsa nur 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵 ADALAH ASAL SELAWAT TUHAN PADA BAGINDA ﷺ ( MAHKOTA SELAWAT) bila kita membaca selawat fatih hanya sekali sahaja mencukupi segala amalan manusia dan jin.

Toriqah tijaniyah adalah Toriqah fadhlul ilahi...
Toriqah yg sunyi dari khalwat dan uzlah daripada manusia...

Tiada tujuan utk berkhalwat, uzlah, ijtihad, zuhud daripada sesuatu tujuan, seperti tasfiah, tazkiyah, taqrib, tahbib dan tahabbub...

●bahkan semata2 mengamalkan tuntutan syariat secara keseluruhannya atau sekadar mampu .. atas dasar junjung perintah Allah SWT, mahabbah dan membesarkan suruhannya (dan sunnah tanpa ada ijtihad dlm amalan)..

●bahkan perlaksanan suruhan atas dasar berpegang kpd hadis :

 "صلوا كما رأيتمونى أصلي"

●maka qiaslah sekelian masalah(syariat) dengan hadis tersebut...

●Sepertimana para Sahabat Nabi ﷺ berbeza ahwal/amalan mereka berdasarkan kpd ahwal Nabi ﷺ ...

●para Sahabat Nabi ﷺ tidak sekali2 meninggalkan ittiba' melainkan kerana tidak mampu..
Itu Keistimewaan para Sahabat Nabi ﷺ...

●Kita tenggelam dalam usul nikmat ilahi yakni hakikat muhammadiyyah yg semuanya terkandung dlm selawat alfatih

●Sbb tu bila kita tenggelam nafas dan kefahaman dlm selawat fatih baru permulaan perjalanan yg tiada kesudahan

●Jalan Kurniaan ilahi diberi kepada kekasihnya maka sbb tu kita hanya menumpang kasih sayang Allah dan Rasul ﷺ dan para kekasihnya yg dikurniakan jalan ini.. 
Syeikh Ahmad tijani dan Syeikh Sidi Mustahpa Bakri Alkhalwati yg kerana mereka kita diberi nikmat dan kefahaman yg agung ini utk umat di akhir zaman.

#cnp

Jumaat, 16 Februari 2024

KELEBIHAN HARI JUMAAT DAN RAHSIA KEBESARAN MAKNA SELAWAT FATIH YANG TERKANDUNG PADANYA


۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Sebagaimana diketahui hari Jumaat adalah Hari Raya bagi orang² muslim. Baginda ﷺ bersabda :

" إنَّ مِن أَفْضلِ أيَّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعةِ، فَأَكْثِرُوا عليَّ مِنَ الصلاةِ فِيهِ، فإنَّ صَلاتَكُمْ معْرُوضَةٌ علَيَّ "

Maksudnya : Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari jum'at, oleh itu perbanyakanlah padanya (Hari Jumaat) selawat kepadaku kerana sesungguhnya shalawat kalian dibentangkan kepadaku.

Dengarlah kalam Baginda ﷺ 'DIBENTANGKAN', 
Nabi ﷺ tak kata kalau kamu sembahyang atau kamu puasa atau haji akan dibentangkan kepada aku. Selawat sahaja yang akan sampai (dibentangkan) satu persatu dengan nama tuannya dan sighahnya (lafaz selawat yang dibacanya), orang itu baca selawat selawat fatih atau selawat nariyyah atau selawat nuriyyah dan selawat² Auliya Allah yang lain, akan sampai setiap nama yang selawat kepada Baginda ﷺ.

Ini dah luar akal. Satu minit berapa orang yang selawat kepada ﷺ atas muka bumi ini ? Juta² orang. Sebab itulah dalam agama ini jangan mengimbangi agama Allah dengan akal. (Contohnya tanya) "Bagaimana ﷺ mengenali kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ menjawabkan (menjawab selawat) kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenal kita satu persatu ?". Itu perkara luar akal.

Permisalan matahari hanya satu tapi berapa mata yang dapat melihat matahari itu ? BerJuta². Jadi Nabi ﷺ satu , juta² daripada ummatnya yang berselawat memang akan sampai dekatnya (Baginda ﷺ). Jangan mengira perkara itu dengan akal atau masa yang dikenali oleh kita.

Jadi BAGINDA ﷺ hari ini seronok dengan hantaran² kita kepada hadrahnya.

 Hari Jumaat ini, ramai orang tak tahu kebesaran hari ini. Ada satu orang bertanya " Apa sebab Baginda ﷺ menyuruh kita berselawat pada Hari Jumaat walhal Hari Jumaat itu hari orang lain Hari Adam (hari diciptakan Nabi Adam AS) ?".

Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus r.a berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam A.S, padanya diwafatkan Nabi Adam A.S, padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Hadis ini yang kata (seperti hadis yang didatangkan diatas) tapi padanya dijadikan Nabi Adam AS dan padanya juga dimatikan (Nabi Adam AS). Jadi ada orang tanya (kerana) macam ada 'paradoks' sebab apa Nabi suruh kita berselawat tetapi sebut Nabi Adam AS. Kalau ikut logik nescaya Nabi menyuruh kita berselawat pada Hari Isnin sebab Hari Isnin hari yang mulia (Baginda ﷺ), Hari Isnin (Baginda ﷺ) lahir, Hari Isnin diutus (Baginda ﷺ), Hari Isnin Isra', Hari Isnin wafat (Baginda ﷺ). Jadi hari Baginda ﷺ adalah Hari Isnin. 

Yakni orang yang baca hadis ini dari sudut tasawuf zauqi (perasaan) "sebab apa Nabi ﷺ suruh kita berselawat Hari Jumaat ? dan sebut Nabi Adam AS ?". Apakah kaitan Nabi Adam AS dengan selawat untuk orang lain ?. Ini daripada rahsia² Selawat Fatih.

Bermula dengan penciptaan awal kejadian iaitu Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah ( الفاتح) dan diakhiri jenis akhir ciptaan Allah ﷻ iaitu Adam (Muhammad At Tiniyah atau Muhammad bangsa tanah) dan itulah manusia atau rupa bentuk adam ( الخاتم ) ini adalah maksud Dari penciptaan alam ini.

Itulah tatawwur dan tanazul Hakikat Muhammadiah sehinggalah kepada Muhammad At Tiniyah dan tanazul serta limpahan demi limpahan itu berlaku pada Hari Jumaat (petang). Hari yang penuh barokah. Hari madad dan Faidh Rabbani. Hari terkumpul segala rahsia dan limpahan² ILAHI.

Sebab itu kita disuruh banyak berselawat pada Hari Jumaat dan sebab itu juga petang Hari Jumaat adalah waktu mustajab doa.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Khamis, 15 Februari 2024

JAHAT MAKAN

"PERUT YANG BANYAK MAKAN, TATKALA SAKARATULMAUT KELAK. MAKA TERAMATLAH PEDIH..."

Apatah lagi jikalau Mengamalkan Perkara-Perkara ataupun Memakan Benda-Benda yang HARAM !

Insan-Insan yang banyak Berpuasa dan Kurang Makan, maka Rohnya kelak akan tersangatlah mudah sahaja keluar.

Didalam TASAWWUF (Pensucian Jiwa).

MENJAUHKAN yang HARAM itu adalah WAJIB. 

Dan MENGURANGKAN yang HALAL itu pula adalah SUNAT.

Bermaksudnya :

Walaupun ianya itu adalah HALAL, maka hendaklah ianya dikurangi semampu yang boleh. 

Hal Keadaan Lapar itu adalah yang paling Terbaik, oleh kerana ianya akan dapat Menyihatkan Jasmani dan juga Menyihatkan Rohani.

Ketahuilah bahawa, Perut itu adalah punca segala Penyakit-Penyakit ! 

Bukanlah hanya Penyakit Jasad sepertimananya kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang dan sebagainya. 

Akan tetapi adalah berupa Penyakit Rohani, sepertinya :

- MALAS MENUNTUT ILMU. 

- MALAS BERIBADAH. 

- MALAS TAAT SEGALA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWT. 

Dan lain-lainnya...

Maka, kesemuanya itu adalah BERPUNCA daripada PERUT ! 

Walaupun makanannya itu pada asalnya adalah HALAL, namun apatah lagi jikalau memakan pula yang HARAM ? 

"KURANGKAN OLEHMU AKAN MAKAN. KETAHUI OLEHMU SYAITAN ITU MENGALIR DALAM URAT DARAH KAMU..."

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Syaitan menyusup dalam diri manusia melalui Aliran Darah. Aku khawatir sekiranya Syaitan itu menyusupkan kejelekan dalam Hati kalian berdua.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Banyak Makan, maka banyaklah Darah, 

Banyak Darah, maka banyaklah Syaitan.

Banyak Syaitan, maka banyaklah Ammarah.

Sesungguhnya Ammarah itu menyuruh kepada Kezaliman dan Kejahatan (Kemungkaran dan Kebatilan)... 

JAHAT MAKAN itu adalah Kepala segala Kejahatan ! 

Maka LAPARKANLAH (BERPUASA) olehmu bukan sahaja pada Perkara-Perkara dan Benda-Benda yang HARAM. 

Akan tetapi juga kepada Perkara-Perkara dan Benda-Benda yang HALAL. 

* Kalam AHLI SUFI. 

Sekurang-kurangnya, orang-orang yang dikatakan Kurang Makan itu ialah :

- Orang-orang yang makan SEKALI SEHARI akan makanan ruji.

Baik sikit lagi ialah :

- Orang-orang yang makan TIGA HARI SEKALI akan makanan ruji.

Baik lagi daripada itu ialah :

- Orang-orang yang makan SEMINGGU SEKALI akan makanan ruji.

Yang Terbaik daripada itu pula ialah :

- Orang-orang yang makan SEBULAN SEKALI akan makanan ruji.

Maka begitulah akan Amalannya bagi Insan-Insan yang 'Arifbillah. 

Insan-Insan seperti itu akan sentiasa Mengurangkan Makannya dengan cara tiga hari sekali barulah Berbuka. 

Adanya yang 40 hari sekali barulah memakan makanan ruji. 

Pada hari-hari biasa pula, Insan-Insan itu akan senantiasa Berpuasa dan Berbuka dengan hanya meminum air putih atau sebiji kurma sahaja. 

Mereka senantiasa Kenyang dengan BERDZIKIR sahaja.

Rasullullah SAW bersabda :

"Mereka akan merasa kenyang dengan Bertahlil, Bertakbir, Bertasbih dan Bertaubat. Jadi Zikir-Zikir itu yang akan menggantikan makanan..."
(HR.Ibnu Majah)

"Ketahuilah dengan Berdzikir Menenangkan Jiwa..."

Apabila Jiwa menjadi Tenang dengan Allah SWT ;

Maka terlupalah Insan-Insan itu akan kepada Duniawi Palsu yang sementara hatta makan pun mereka menjadi tidak Teringat langsung. 

Jadi, jikalau masih adanya Kasih akan Duniawi atau memiliki Penyakit Al-Wahn (Cinta Dunia dan Takut Mati). 

Maka tidak pernahlah akan sesekali masuknya KASIH ALLAH SWT. 

Hati jikalau masih adanya Hubbud Dunya, maka tidak akan pernahlah Merasakan MAHABBATULLAH. 

Kasih sahaja akan Dunia Palsu (Dunia Tipu Daya) yang sementara ini, maka itu bermaknya tidak pernahlah Kasih akan Akhirat. 

Maka tidak pernah dapatlah akan KASIH kepada Allah SWT. 

Itulah pada Hakikatnya "JAHAT MAKAN". 

Maka, hendaklah kita senantiasa sahaja berusaha untuk Mengurangkan Makan, sekaligus Mengurangkan Tidur, Mengurangkan Bercakap dan segala-galanya akan Hal-Hal Duniawi Palsu yang sementara ini dikurangkan daripada diri kita (Mengawal Hawa Nafsu diri).

(Ingatlah akan kisah semasa awal Allah SWT menciptakan Nafsu...) 

Pada Hakikatnya, 

Diri kita ini terlalulah banyaknya akan segala Dosa dan Maksiat kepada Allah SWT. 

Kerana salah satunya adalah disebabkan oleh "JAHAT MAKAN".

Kita ini hari-hari sahaja sentiasa mengingatkan makanan !

Mahu makan itu, mahu makan ini. bermenu-menu pada setiap hari. Bahkan sampai berlakunya Pembaziran.

"Membazir itu adalah saudaranya Syaitan..."

Apatah lagi mahu tibanya Bulan Ramadhan nanti, Puasanya tidaklah seberapa. Namun makanan-makanan juga yang diutamakannya. 

Itupun Puasanya telahpun banyak Terbatal yang tidak disedarinya, namun diteruskan juga oleh kerana Kejahilannya sendiri, dan mahu terlihat Suci ataupun hanya mengejarkan syaratnya tanpa Ilmu Hakikat Rukun Islam itu sendiri. 

Maka, macam manakah kita hendak menjadi Insan yang Beriman dan Beramal Soleh, sekaligus Membangkitkan semula Jasmani dan Rohani Umat Islam yang telahpun lama terpuruk didalam Lubang Biawak Dunia Akhir Zaman Dajjal ini ? 

Dunia yang dipenuhi oleh makanan-makanan yang tidak jelas akan HALAL dan KESUCIANNYA, bahkan segala-galanya daripada segi makanan, hiburan, sosial dan sebagainya hanyalah bertujuan untuk Mengawal Minda dan Hati manusia untuk menjadi 'Budak Sistem Dajjal'... 

Renung-renungkanlah... 

Sabda Rasulullah SAW :

"Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan dan iblis lakhnatullah, maka ia Diselamatkan dengan berkat Zikir yang tulus kepada Allah..."

"أَكْثَرُهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوتِ وَأَكْثَرُهُمْ اِسْتِعْدَادًا لِلْمَوتِ أُوْلَئِكَ الأَكْيَاسُ، ذَهَبُوا بِشَرَفِ الدُّنْيَا وَكَرَامَةِ الأَخِرَةِ"

"Manusia yang paling banyak Mengingati Kematian dan paling banyak Menyiapkan Diri untuk Menghadapi Kematian, mereka inilah manusia yang paling Cerdik. Mereka pergi dengan Kemuliaan Dunia dan Kemuliaan Akhirat..." 
(HR Ibn Majah)

SYAABAN BULAN BAGINDA RASULULLAH ﷺ

Pada diri Baginda Rasulullah ﷺ, kesempurnaan Baginda ﷺ ialah abadi, berterusan, dan dapat melaksanakan adab-adab Ilahi dengan sempurna.

Dan Baginda ﷺ berdiri di kedudukan perantaraan di antara Allah dan makhluk-makhlukNya, dan menyampaikan Tajalli-Tajalli Allah dengan penuh kesempurnaan, dan penyampaiannya tanpa ada sebarang kelemahan-kelemahan.

Kedudukan ini bukannya usaha daripada Baginda Rasulullah ﷺ, sebaliknya, ianya adalah lantikan dan kurniaan Allah kepada Baginda ﷺ sebagai perantaraan yang Agong, dan liputan yang Agong bagi makhluk ini, dan menyampaikan Tajalli Allah dalam liputan dirinya (Baginda ﷺ) sendiri (terhadap alam ini).

■ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Rabu, 14 Februari 2024

JALAN SELAWAT ADALAH ANUGERAH DAN HADIAH UTK UMAT AKHIR ZAMAN YG PENUH DENGAN KELEMAHAN DAN KELALAIAN

AHWAL Umat akhir zaman ini penuh dengan KEAIBAN dan KELEMAHAN dalam semua aspek kehidupan mereka ,ibadahnya penuh lalai dan ghaflah ,punca rezeki makanan dan minuman penuh syubhah dan haram(riba) banyak terlibat dengan perkara yg sia sia (politik kepartian dan pecah belah ummah)

macamana Allah hendak menerima amalan dan suluk kamu dengan ahwal seperti ini ???

SOLUSINYA maka carilah jalan yg Allah paling suka dan menerimanya SEPENUH amalan itu TANPA MELIHAT ahwal dan keadaan seseorang hamba itu samaada dia ikhlas atau tidak ? ahli maksiat atau tidak ? ahli lalai atau tidak ? 

Maka JALAN SULUK yang paling MUDAH dan SESUAI utk semua LAPISAN UMMAH yang hidup di AKHIR ZAMAN ini untuk sampai KEHADRAH ALLAH HANYASANYA melalui JALAN SELAWAT khasnya dengan memperbanyakkan membaca SELAWATUL ALFATIH nescaya Allah akan MENUTUPI segala kelemahan umat ini dengan RAHMAH,KEMULIAAN dan KETINGGIAN MARTABAT KEKASIHNYA yang AGONG BAGINDA صل الله عليه وسلم .

#intipati syarah Majlis Maulid dan pengijazan selawat Alfatih oleh guru yg mulia Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah di kuang selangor 25/11/2022

#Anugerah tidak mensyaratkan kelayakan
#selawatfatihdihati
#ahli maghribi ahli selawat
#ahli nusantara ahli pencinta selawat para auliya

PERHATIAN AL QUTB MAKTUM SYEIKH AHMAD AT TIJANIY R.HU PADA AHLI THORIQAHNYA


*بِسٔمِ اللّٰهِ الرَّحٔمٰنِ الرَّحِئمِ ،الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩* 

Ketahuilah bahawa engkau berada diantara kedua mata dan hati Syeikh (dalam pengawasan Syeikh). Dia tidak lalai dari mu selama mana engkau tidak lalai. 

Sidi As Syarif Muhammad Al Gholi Abu Tholib Al Hasani r.hu berkata kepada gurunya Syeikhuna Al Qutb Al Maktum Sidi Ahmad bin Muhammad At Tijaniy r.hu : 

"Sesungguhnya Sidi Abdul Qadir Al Jailani r.hu berkata : Apabila muridku ingin tidur, kujadikan satu tanganku hamparan untuknya dan satu tangan yang lain sebagai penutup (pelindung)". 

Kemudian Syeikhuna Al Qutb Al Maktum r.hu berkata : 

"Adapun aku, maka muridku tidak terlepas dari (pengawasan) ku walau sekelip mata pun". 

Ini termasuk perhatian terbesar Syeikh Ahmad At Tijaniy r.hu terhadap para ahli Thoriqahnya. 

Sesungguhnya para khalifah Thoriqah Tijaniyah yang penuh berkah ini, hati mereka tercipta untuk mencintai para pecinta mereka dan mendo'akan mereka di seluruh waktu. 

CPF Achmad Somady Aroby 

*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه*

KETAHUILAH MARTABAT IMAM MUJTAHID DAN BERADABLAH DENGAN MEREKA

Sesungguhnya para Waliyullah yang Kaamil lagi sempurna itu telah menerima amanah mereka atas ummat melalui Sayidina Muhammad ﷺ. Kepada ahli bid'ah, beradablah dengan mereka, Imam-Imam Mujtahid, kerana atas mereka itu terhimpun kasih dan sayang pada ummat, bukanlah mereka menginginkan kesukaran pada ummat, bahkan bagi mereka itu lebih menyukakan keringanan untuk ummat. 

Imam Sya'rani r.a telah menyebut dalam Kitab Mizan, katanya dalam kitab tersebut;

بأن المجتهدين جميعهم كالإمام مالك و الإمام الشافعي قائلون برؤية ذاته الشريفة صلى الله عليه و سلم في اليقظة و يسألونه عما يحتاجون السؤال عنه و عليه فإن إختلاف أقوالهم بإشارة منه صلى الله عليه وسلم 

Ertinya:- 
Bahawasanya Imam-Imam Mujtahid, seperti Imam Malik r.a dan Imam Syafie r.a mengatakan bahawa mereka melihat Zat Baginda ﷺ dalam keadaan jaga, dan mereka bertanya apa yang mereka perlukan untuk ditanyakan kepada Baginda ﷺ dan diatas perkataan ini, bahawasanya perkara khilaf yang berlaku dalam perkataan mereka adalah melalui isyarat dari Baginda ﷺ. 

Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala mengomentar; 

"Semoga Allahﷻ dapat memperlihatkan kepada kita martabat sebenar Imam-Imam Mazhab yang empat dan semua Imam Mujtahid yang lain, merekalah pengganti Baginda ﷺ dalam menjaga Agama Islam dan menegakan syiar Islam di bumi ini. Apa yang telah disebutkan di atas, sudah memadai bagi Ahli Insaf". 

Naqal: Kitab Irsyadul Asfiya, Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Ahad, 11 Februari 2024

MAKSUD MAUT IALAH MERDEKA DARIPADA PENJAJAHAN JASMANI


۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Mati itu bukan perkara tak baik. Mati itu bermaksud terpisah daripada bekas jasmani dan kembali kepada hadrah Allah ﷻ.

Ramai orang rasa berat dengan kalimah 'maut' atau 'mati'. Mati itu membebaskan roh yang suci (dan) murni dari keberataan (ujian yang berat) duniawi ini (perlu makan, perlu minum, perlu tido). Allah ﷻ nak memuliakan kamu (dengan) membebaskan roh kamu daripada penjaranya (dunia).

Jadi konsep maut dalam Agama Islam lain (berbeza) daripada konsep yang dikenali oleh kita. Maut itu MERDEKA (daripada) penjajahan jasmani.

Sebab itulah (ketika malaikat) Izrail tanya (kepada) Rasulullah ﷺ "Ya Rasulullah, nak (nak tak jika Allah ﷻ jadikan kamu) kekal (tidak mati) ?" (lalu baginda ﷺ membalas) "tak³, Teman yang tinggi (yakni Allah ﷻ)" (menunjukkan Rasulullah ﷺ) nak pergi (kembali ke Hadrah Allah ﷻ). (Umpama dalam) Bahasa Melayu kata "dah tak larat, nak pergi ke Hadrah Allah ﷻ".

Jangan takut dengan maut. Maut itu bertemu dengan kekasih (Allah ﷻ).

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Hadratul Alif, Hadratul Mim, HAKIKAT MUHAMMADIYAH, NUR MUHAMMAD (AWAL KEJADIAN)



Hakikat Rasulullah terkaya drpd berhajat kpd kewujudan dan hukum2nya
Syeikh Tijani mengatakannya Awwaliah Muhammadiah(awal kejadian) dan Hakikat Muhammadiah adalah makhluk pertama (Nur Muhammad awal kejadian)

ada yang bertanya kpd Syeikh Tijani kalau mengatakan hakikat  Rasulullah (Nur Muhammad) adalah makhluk pertama tentulah ada baginya tempat, tempat itulah yg pertama sbb yg tidak berhajat kpd tempat hanyalah Allah swt, lalu jawab  Syeikh: 
ini hukum akal kalau kata sesuatu itu berhajat kpd tempat, sedangkan Allah SWT boleh mencipta sesuatu tanpa tempat dan masa, dan kesemuanya selain (hakikat Muhammadiyah) wujud slps kewujudan Hakikat Rasulullah,

sbb itulah kewujudan Hakikat Rasulullah tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu, dan semua kewujudan terzahir sebab kewujudan hakikat Rasulullah, maka hakikat Rasulullah mendahului semua kewujudan dan menyembah Allah sblm wujudnya kewujudan ini,

hakikat Rasulullah tunggal menyembah Allah pada hadrat Allah, mencukupi ibadah, beribadah kpd Allah cara tunggal sblm ada kewujudan, sblm ada masa, sblm ada tempat, sbb itulah pada hadrat ini tidak boleh menggambarkan caranya, siapakah baginda? Bahan apakah Hakikat Rasulullah, sedangkan setiap sesuatu mesti ada bahan dan bahan hakikat Rasulullah adalah rahsia yang teragung, sirr Allah Al A'zom, dicipta dr hadrat Allah, itu cara hakikat makrifat, tapi tak perlu cari apakah bahan, dari mana,bagaimana? dilarang disoal, tp ijmak ahli makrifat mengatakan bahawa Hakikat Rasulullah adalah rahsia Allah yang Agung, itulah Sir Allah Al A'zom, sbb itulah dlm hadis yang masyhur Rasulullah bersabda :
انا من الله والمؤمنون مني
Daku daripada Allah dan org mukmin drpdku, sbb itulah disebut dlm selawat fateh, Al Fatihi bermaksud pembuka hadrat ketiadaan, dgn sbb Hakikat Rasulullah Saw wujudnya kewujudan.
Jadi Rasulullah(hakikat Rasulullah SAW) ada sblm ada kewujudan makhluk Allah yg lain, 

dan dlm hadrat ketunggalan inilah Rasulullah digelar Ahmad, Ahmad bukan hanya bermaksud tafdil (yg plg byk memuji Allah) tapi juga bermaksud 
"Hamid Awhadu"
iaitu yg satu-satunya memuji Allah sblm ada kewujudan dan martabatnya turun (tanazul) daripada Ahmadiyah kpd Muhammadiyah iaitu yg dipuji oleh seluruh makhluk, bersyukurlah kpd atas asbab kewujudan makhluk, lihatlah  dalam alam ini Rasulullah dinamakan Muhammad iaitu 'Mahmud' :
yg dipuji oleh makhluk 
sbb seluruh makhluk sblm adanya Hakikat Rasulullah tersimpan dalam hadrat ketiadaan حضرة العدم dan kerana baginda Rasulullah lah keluarnya seluruh makhluk daripada hadrat ketiadaan kpd hadrat kewujudan, 

sbb itulah semua makhluk memuji baginda, kerana Rasulullah adalah kunci kewujudan ini, tanpanya tidak boleh makhluk keluar daripada hadrat ketiadaan kpd hadrat kewujudan, dan masa Rasulullah menyembah Allah dan syukur Allah itu cara tunggal dinamakan hadrat itu Ahmadiyyah, yg memuji Allah secara tunggal sblm dipuji selainnya, kemudian tanazul kpd Muhammadiyah yg menjadi bekas kpd alam, dan Allah menyuruh Alif Ahmadiyah itu membulat menjadi Mim Muhammadiyah, dari Ahmad jadi Muhammad, jadi bekas alam yg meliputi seluruh makhluk, 

diisyaratkan perkara ini dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah, Rasulullah keluar dr bulatan alam, Jibril sampai kpd had bulatan alam(sidratul Muntaha) dan terhenti disitu, luar bulatan alam tiada tempat, tiada masa yg dikenali, tiada yg boleh keluar dr bulatan alam itu, kalau keluar juga maka akan masuk ke hadrat ketiadaan kecuali Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Khamis, 8 Februari 2024

ISRAK MIKRAJ DAN PENGAJARAN KEHAMBAAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Nabi Musa a.s dengan darjatnya yang tinggi dan kelebihannya telah meminta untuk bertemu dengan Allahﷻ. Lalu Baginda a.s meminta kepada Allahﷻ untuk menyingkapkan hijab yang memisahkan dirinya dengan Tuhannya, “Ya Tuhan, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau.” 

Maka Allahﷻ, Tuhan yang tidak terjangkau oleh mata manusia, Yang Maha Kuat lagi Maha Nyata menjawab, “Kamu tidak akan sanggup melihat-Ku.”  

Untuk melihat akan Allahﷻ, Nabi Musa a.s telah diperintahkan dengan syarat untuk bermujahadah dengan berpuasa dan beribadah selama 40 hari dan terpaksa berjalan kaki dengan jauh sehingga ke Gunung Sinai di Selatan Mesir. Namun, pengakhiran dari harapannya adalah Baginda Musa a.s pengsan dan Baginda a.s tidak mampu untuk melihat akan Allahﷻ. 

Namun, Nabi kita Sayidina Muhammad ﷺ melalui jalan kehambaannya, yakni jalan jazbah tanpa meminta kepada Allahﷻ, telah dijemput oleh Allahﷻ untuk bertemu denganNya. Jemputan dari Allahﷻ untuk bertemu denganNya adalah tanpa ada syarat-syarat dan mujahadah, bahkan pula dimuliakan jemputan tersebut bertemankan Jibril a.s dan Buraq, hanya dalam masa yang sungguh singkat untuk bertemu dengan Allahﷻ, tidak perlu 40 hari, bahkan tidak sampai jarak masa satu malam. Inilah tarikan daripada Allahﷻ untuk sampai kepadaNya pada malam Israk dan Mikraj melalui jalan kehambaan. 

Maka, inilah jalan ummat akhir zaman - jalan Jazbah, jalan kehambaan, merasa tidak layak dengan amalan, malu dengan amalan, jalan yang ditunjukan oleh Baginda ﷺ, sehingga hanyalah melalui jalan ini yang mampu menyampaikan seseorang itu kepada Allahﷻ melalui kurniaanNya. 

Jalan Mujahadah adalah jalan Baginda Musa a.s manakala jalan Jazbah atau Kehambaan adalah jalan Sayidina Muhammad ﷺ. Maka kita sebagai ummat Sayidina Muhammad ﷺ, adalah terlebih baik memilih jalan Sayidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan kita - jalan kehambaan, tidak berhajat pada habuan dalam amalan, merasa tidak layak dan malu pada amalan, dan tidak syuhud pada amalan. 

● Sebahagian daripada intipati syarahan Israk dan Mikraj oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala di Zawiyyah Ainurrahmah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Via Sidi Nazrul Attijani

SENARAI ULAMA DAN CENDEKIAWAN ISLAM KHURASAN

Kesempatan berada di Uzbekistan tempohari memberi peluang kepada saya untuk menjejaki beberapa tokoh2 besar dalam keilmuan Islam. Kemudian ia diteruskan dengan penelitian lanjut dalam lipatan sejarah Khurasan yang telah melakarkan nama2 lain dari kalangan para ulama dan cendekiawan Islam yang telah membuat sumbangan besar dalam perkembangan ilmu agama dan intelektual.

Khurasan adalah nama yang digunakan pada zaman dahulu (abad ke-3M sehingga abad ke-18) untuk sebuah wilayah yang besar dan kini telah terpecah menjadi beberapa buah negara iaitu Uzbekistan, Turkmenistan, sebahagian Iran, sebahagian Afghanistan, sebahagian Tajikistan, sebahagian Kazakhstan, sebahagian Kirgystan dan sebahagian China. (lihat gambar yg di gariskan dengan garisan merah)

Perlu ditekankan disini bahawa kawasan yang dipanggil sebagai ma wara'a al-nahr (negeri belakang Sungai Jayhun/Amu Darya) atau dalam bahasa Latinnya Transoxiana hanyalah merangkumi Uzbekistan dan Kazakhstan. Ia merupakan sebahagian dari wilayah Khurasan yang lebih luas liputannya.

Asal usul nama Khurasan adalah dari bahasa Parsi yg bermaksud tempat matahari datang. "khur" ertinya matahari dan "asan" bererti datang. Nama itu diberikan ketika kawasan ini ditakluk oleh Sassanid. 

Majoriti ilmuan Khurasan adalah rumpun besar Bangsa Turki yang menggunakan bahasa induk Turki(altaic) dan Parsi. Diantara kedua2 bahasa tersebut, bahasa Turki adalah jauh lebih tua berbanding bahasa Parsi. Oleh itu, banyak perkataan dalam Parsi diambil dari bahasa Turki.

Pada pemerhatian saya, kawasan Khurasan dahulunya muncul menjadi sebuah kawasan yang melahirkan cerdik pandai dan tokoh2 keilmuan yang hebat adalah kerana lokasinya yang berada dalam Laluan Sutera(Silk Road) yang menghubungkan China dan Eropah. Kemajuan ilmu dan intelektual menjadi lebih rancak berkembang di wilayah ini kerana dipacu oleh peranan yang dimainkan pemerintah Sassanid. 

Ini semua memberikan kelebihan dari segi latar belakang pemikiran yang tinggi dan percampuran kebudayaan ilmu yang berbagai kepada penduduk wilayah Khurasan kesan dari keberadaannya terletak di tengah-tengah pertemuan yang strategik antara Tamadun Rom, Tamadun Yunani, Tamadun Parsi, Tamadun India dan Tamadun China.

Ditambah pula dengan datangnya Islam bersama peradabannya di wilayah Khurasan menyaksikan cetusan dan ledakan ilmu yang begitu mengagumkan dunia. 

Senarai ulama dan cendekiawan yang dinyatakan dibawah adalah yang hidup dari zaman awal Islam sehinggalah 1500M. Saya berani katakan bahawa hampir 100% mereka adalah berfahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Sungguhpun kebanyakan asal usul mereka adalah lebih berada di kawasan Iran, namun mereka bukanlah penganut Syiah kerana negara Iran hanya menjadi Syiah bermula pada era pemerintahan Safawid (1501M).

Nama Iran sebagai negara adalah sesuatu yang baru digunakan iaitu pada 1935M. Sebelum Safawid mengambil alih tampuk pemerintahan, ia di panggil sebagai wilayah Parsi. Selepas tahun 1500M, tidak kedengaran lagi para ulama atau cendekiawan yang berasal dari Iran.

Inilah beberapa nama tokoh besar Khurasan yang telah memberi acuan kepada ketamadunan dan peradaban dunia. Dibawah ini saya nyatakan nama nisbat mereka yg menunjukkan kepada nama tempat asal usul dan kelahiran mengikut nama2 negara yang sekarang. Juga disertakan sekali dengan bidang kepakaran masing2.

UZBEKISTAN

1. Al-Bukhari (Bukhara) 
a.Imam Muhammad b. Isma‘il: muhaddis
b. Ibnu Sina: medic
c. Abu Mansur al-Qumri: physician 

2. Al-Tirmizi (Tirmiz)
a. Imam Hakim: sufi, tafsir, hadis
b. I. Abu Isa: hadis, pengarang Syamail 

3. Al-Samarqandi (Samarqand)
a. I. Abul Laith: sufi, faqih, hadis, Tanbihul Ghafilin 
b. I. Fudhail b. Iyadh: sufi
c. I. FadlulLah: sufi, faqih, guru kpd al-Jami, cicit I. Abul Laith 
d. Sh.Ibrahim al-Samarqandi/Asmoro: anak Sayyid Husain Jumadil Kubro, ulama ahlul bait, ibunya ialah orang Samarqand, merupakan moyang kepada Wali Songo

4. Al-Khawarizmi (Khwarizm)
a. Sh. Najmuddin Kubrawi (pengasas tareqat Kubrawiyah) 
b. Sh. Muhammad b. Nur al-Khalwati:pencetus Khalwatiah
c. I. Zamakhsyari: tafsir, linguist
d. I.al-Biruni/Bayruni:historian
e. I. Muhammad b. Musa:mathematician: founder of algorithm & algebra

5. Al-Shashi now Tashkent 
a. I. Abu Bakar:faqih Syafi'e
b. I. Nizamudin: faqih Hanafi, pengarang Usul al-Shashi 

6. Al-Maturidi (I. Abu Mansur:aqidah Aswaja)

7. Al-Qaffal (I. Abu Bakar:faqih Syafi'e)

8. Al-Farghani /Ferghana (I. Burhanuddin:faqih Hanafi)

9. Al-Nasafi (I. Abu Hafs:aqidah Maturidiyah)

10. Al-Darimi near Samarqand (I.Abdullah:hadis)

11. Al-Naqshbandi (Sh. Baha'uddin:pengasas tareqat Naqshabandi)

12. Al-Kalabazi near Bukhara (I. Abu Bakar:sufi)

13. Al-Ailaqi (I. Abu Rabi':faqih)

14. Al-Marghinani (Sahibul Hidayah:fiqh Hanafi)

15. Al-Ghujdawani/ Gujdawan near Bukhara (Khoja Abdul Khaliq:sufi)

16. Al-Kasani/al-Kashani/Kasansay near Ferghana 
a. I. Alauddin: faqih Hanafi
b. I. Kamaluddin Abdul Razzaq:sufi wujudiyyah
c: I. Afdhaluddin: philosopher 

17. Al-Nakhshabi near Bukhara (I. Abu Turab:sufi) 

IRAN

1. Al-Juwaini
a. I. Abul Ma'ali Abdul Malik :digelar Imam Haramain, guru I. Ghazali
b. I. Abu Muhammad: faqih, ayah I. Haramain
c. I. Abul Hasan Ali:sufi, hadis, abang I. Haramain 

2. Al-Naisaburi
a. I. Muslim:muhaddis
b. I. Abu Ali al-Daqqaq:sufi, guru dan ayah mertua Imam Qusyairi
c. I. Abul Qasim al-Qushairi:sufi, pengarang al-Risalah 
d. I. Al-Nasir Abadi:sufi
e. I. Fariduddin Attar:sufi, poet
f. Omar Khayyam:astronomer
g. Ibnu al-Munzir: fuqaha' Syafi'e 

3. Al-Tusi 
a. I. Abu Hamid al-Ghazali dan adiknya, I. Ahmad
b. I. Sarraj: sufi, pengarang Luma'
c. I. Ali al-Ruzbari:sufi keturunan raja Kisra Parsi
d. I. Nasiruddin:arkitek
e. Jabir ibnu Hayyan:ahli kimia
f. I. Abul Qasim Firdausi:kesenian

4. Al-Shirazi
a. I. Abu Ishaq: faqih Syafi'e 
b. I. Ibnu al-khafif:early sufi
c. I. Qutbuddin:sufi & mathematician
d. Mulla Sadra: philosopher 
e. Syeikh Sa'di:sufi, poet
f. I. Sibawaih:linguistic
g. Sh. Asiluddin Abdullah al-Husaini(pengarang maulid Darajud Durar)
h. I. Mansur b. Ilyas:pakar anatomi

5. Al-Kirmani /Kermanshah
a. I. Shah Kirmani:sufi
b. I. Ahmad al-Dinawari:botanist
c. I. Hamiduddin:philosopher

6. Al-Hamadani/Hamadan
a. I. Abdullah Aynul Qudah:sufi, anak murid I. Ahmad al-Ghazali 
b. I. Yusuf:sufi, tokoh tareqat Tayfuriah, Khwajagani 
c. Mir Sayyid Ali:tokoh wahdatul wujud 

7. Al-Taftazani /Taftazan (I. Sa'duddin:aqidah)

8. Al-Isfarayini /Isfarayin (I. Abu Ishaq:aqidah Asya'irah)

9. Al-Bustami/Bastam (I. Abu Yazid:sufi)

10. Al-Tibrizi/Tabriz (al-Khatib Tibrizi:hadis, Sahib Misykatul Masabih)

11. Al-Isfahani / Isfahan
a. I. Raghib: linguist
b. I. Abu Shuja':faqih Syafi'e 
c. I. Abu Bakar bin Furak:aqidah Asya'irah 
d. I. Ibnu Rustah:geologist
e. I. Abu Nua'im:pengarang Hilyatul Awliya'

12. Al-Firuzabadi 
a. I. Majduddin Abu Tahir:sufi, linguist, penyokong Syaikhul Akbar
b. I. Abu Tahir:linguist

13. Al-Bayhaqi / Sabsevar (I. Ahmad b. Husain:hadis)

14. Sijistani / Sistani /Sijzi
a. I. Abu daud:hadis
b. Abu Sa'id al-Sijzi:Mathematician

15. Al-Qazwini /Qazvin
a. I. Ibnu Majah:hadis
b. I. Zakaria:fizik
c. I. Abul Khayr:hadis

16. Al-Baghawi /Baghsyur (I. Husain:tafsir)

17. Al-Jurjani / Gorgan
a. I. Abdul Qahir:linguist, digelar Nuhwi
b. I. Ali b. Muhammad:linguist, encyclopedic, digelar Al-Sayyid Al-Syarif, al-Husaini, keturunan Rasulullah SAW, pengarang al-Ta'rifat
c. I. Abu Sa'id al-Darir, sufi, mathematician, murid I. Ibnu Arabi al-Hatimi
d. I. Abu Sahl Isa al-Masihi: physician, guru Ibnu Sina

18. Al-Iji /Ij near Syiraz (I. Adhuddin:aqidah Asya'irah)

19. Al-Simnani /Semnan 
a. Alauddawla:sufi, pengikut tareqat Kubrawiyah, pembangkang wahdatul wujud
b. I. Abul Hasan al-Kharqani:sufi

20. Al-Razi / Rayy 
a. I. Fakhruddin:tafsir, philosopher 
b. I. Muhammad b. Zakaria:ahli kimia

21. Al-Tustari / Shooshtar (I. Sahl:juga dikenali al-Syustari:sufi)

22. Al-Suhrawardi (Suhraverd)
a. I. Shahabuddin Abu Hafs Umar: sufi, pengarang Awariful Ma'arif
b. I. Abu al-Najib (anak saudara I. Abu Hafs): sufi
c. I. Shahabuddin Yahya al-Maqtul:sufi,tokoh isyraqi

23. Al-Farisi/Fars (Mansur al-Hallaj:tokoh syatahat) 

24. Al-Kazaruni/Kazerun near Fars 
a. Sayyidina Salman al-Farisi:sahabat Nabi
b. I. Muhammad b. Bayan
c. I. Ali b. Muhammad
d. I. Mansur b. Hasan
e. I. Sadiduddin:medic
f. I. Sa'duddin (pengarang mawlid al-Muntaqa) 
g.I. Abu Ishaq: sufi

25. Al-Dawwani near Kazerun (I. Jalaluddin:aqidah)

26. Al-Tabari /Tabaristan (I. Ibnu Jarir:tafsir)

27.al-Jailani /Gilan (Sh. Abdul Qadir:pengasas tareqat Qadiriyyah)

28. Al-Dailami / Deylaman near Gilan (I. Abu Mansur -hadis: Musnad al-Firdaus)

29. Al-Lahiji /Lahijan near Gilan (Sh. Umar:pengasas tareqat Khalwatiah, anak murid Sh. Muhammad b. Nur)

30. Al-Farmadi/Farmad near Tus 
a. I. Abu Ali:guru Imam Ghazali

31. Rayy /al-Razi
a. I. Ibnu Hatim al-Razi :muhaddis
b. I. Abu Uthman al-Hiri:sufi
c. I. Ibnu Misykawaih:ahli falsafah

32. Al-Ahwazi/ Ahvaz (Abu Nuwas:poet)

33. Al-Zanjani at Sultanieh (Ulugh Beg:Mathematician:cucu Timur Lenk)

34. Al-Syahrastani (I. Tajuddin Abul Fatah:historian, pengarang al-Milal wa al-Nihal) 

AFGHANISTAN

1. Al-Balkhi
a. Imam Syaqiq:sufi
b. Hatim al-Asam:sufi
c. Jalaluddin Rumi:sufi, poet
d. Sh. Ibrahim bin Adham:sufi, al-Husaini, berketurunan Rasulullah, bekas raja Balkh
e. I. Ahmad ibnu Khadrawaih:sufi
f. Abu Zayd:pakar psikologi Muslim
g. Abu Mash'ar:astronomer

2. Kabul
a. Chisti /Chist (Khoja Muinuddin:pengasas tareqat Chistiyyah)
b. Ulama yg asal usul keluarganya dari Kabul;
i. Ayah I. Abu Hanifah berasal dari Kabul, namun beliau lahir di Kufah, Iraq
ii. Datuk kpd Imam Sirhindi berasal dari Kabul kemudian berpindah ke Sirhind, India
iii. Ayah I. Malik b. Dinar berasal dari Kabul

3. Al-Faryabi (I. Zahiruddin:poet)

4. Al-Ghaznawi 
a. I. Jamaluddin:qadhi, faqih Hanafi
b. Mahmud Ghaznawi: raja, pemula kpd selawat Sultan

5. Al-Hujwiri near Ghazni (I. Ali al-ghaznawi:sufi, pengarang Kashful Mahjub)

6. Al-Juzjani (I. Minhaj Siraj:historian)

7. Herat (ini adalah tempat bermula penyebaran tareqat Khalwatiah oleh Sh. Umar al-Khalwati, Khalwatiah adalah cabang dari tareqat Suhrawardiah manakala Sammaniah adalah cabang dari Khalwatiah)

8. Al-Jami / Jam (Mawlana Abdul Rahman:sufi, Khwajagani)

TURKMENISTAN

1. Al-Marwazi/Marwurruzz/Merv/Maru/Marwi
 a. I. Bishr al-Hafi:sufi
b. I. Shah Al-Kirmani:sufi
c. I. Abdul Rahman al-Khazini:fizik
d. I. Abu Ja'far al-Khazini: astronomer, mathematician 
d. I. Ishaq ibnu Rahwayh:hadis, faqih

2. Al-Nasa'i (I. Ahmad al-Nasa'i:hadis)

3. Al-Sarakhsi (Syamsul Aimmah Abu Bakar:faqih, Sahibul Mabsut)

KAZAKHSTAN 
1. I. Al-Zarnuji (I. Burhanuddin:Ta'lim al-Muta'allim)

2. I. Al-Farabi (I. Abu Nasr:Saintis)

KYRGIZSTAN 

Al-Kashgari now is Xinjiang, part of China 
a. I. Mahmud: linguist, tokoh besar Uighur
b. Sh. Abdullah bin Muhammad:pengarang maulid, pengikut Naqshabandi

*Mohon maklumkan kepada saya jika ada nama tokoh yang masih tertinggal

Disediakan oleh: Iqbal Zain al-Jauhari

Malu minta hajat

Berkata Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary Rahimahullah, 

“Terkadang seorang Arif itu malu meminta hajatnya kepada Tuhannya kerana sudah merasa rela (puas dengan kehendakNya) maka bagaimana tidak malu meminta hajat/keperluannya kepada makhlukNya.”

Dalam hikmah ini Syeikh ibnu Attaillah menerangkan tentang sikap para Arif yang malu meminta hajatnya kepada Allah kerana sudah merasa puas dengan kehendak Allah apa lagi meminta kepada makhluk.

Syeikh Sahl bin Abdullah Rahimahullah berkata : Tiada suatu nafas atau denyutan jantung melainkan diperhatikan oleh Allah pada tiap detik baik siang mahupun malam maka apabila Allah melihat dalam hati itu ada hajat kepada sesuatu selain Allah niscaya Allah mendatangkan iblis untuk hati itu.

Syeikh Abu Ali Ad-daqqoq berkata : Suatu tanda dari makrifat itu tidak meminta hajat/keperluan kecuali kepada Allah baik besar mahupun kecil. Contoh nabi Musa as. Yang rindu ingin melihat Allah ia berkata : “Robbi arini andhur ilaika. Dan ketika ia memerlukan roti ia berdoa : Robbi innii lamaa anzalta ilayya min khoirin faqiir.

Nabi Ibrahim ketika dilemparkan ke dalam api, ia didatangi malaikat Jibril dan ditanya : Apakah engkau ada hajat ? jawabnya : Kepadamu tidak. Dan kepada Allah? Ya. Jika demikian mintalah kepada Allah. Jawab Ibrahim : Hasbi min su-ali ilmuhu billahi. (Cukup bagiku, Ia mengetahui keadaanku sehingga tidak usah saya minta kepadaNya).

Syeikh Abul Hasan As-Syadzili ra. Ketika ditanya tentang makrifatullah jawabnya : Keluarkanlah semua makhluk dari dalam hatimu, dan putuskan harapanmu untuk mendapat sesuatu selain yang telah ditentukan oleh Tuhanmu untuk kamu. Allah berfirman : “Sabarlah terhadap hukum Tuhanmu kerana engkau selalu dibawah pengawasan Kami”.

Sumber : Kitab Syarah Al Hikam

Rabu, 7 Februari 2024

ISRA MIKRAJ TANDA KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN BAGINDA SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

MAKHLUK RABBANI 
البشر ليس كالبشر #بل ياقوتة بين الحجر 

Janganlah kamu menyibukkan akal kamu dengan bertanyakan bagaimanakah Baginda saw mikraj/naik ke langit atau diperjalankan ke baitul maqdis
itulah kenyataan benar yg kamu dengar akannya
para malaikat,mikraj,
buraq,
Rafraf(hamparan/selendang),
batasan sidratul muntaha,
istiwa,
qolam dan bunyian qolam sedang menulis,
kedengaran suara abu bakar,
ucapan wida’ jibril dan doanya
dan amanatnya
terbukanya pintu2 langit
keberadaan malaikat di langit2 dan keajaiban mereka
malaikat kanan dan kiri
syurga dan neraka
bintang yg bersinar
Nabi saw menjadi imam para Nabi2 AS di baitul maqdis
-keajaiban kejadian keseluruhan alam malakut
sesungguhnya semuanya itu ia adalah tersingkapnya rahsia zarrah Nabi Saw

-diperlihatkan kpd Baginda saw akan keajaiban ciptaan Allah swt yg asalnya drpd Nur Hakikat Baginda saw

Isra’ itu bermaksud berenangnya Nabi Saw didalam lautan cahanya2nya melalui pembukaan Rabbani

berjalannya dan Naiknya(mikraj) Nabi saw adalah dengan Zat diri dan ruh Baginda Saw
tetapi bukanlah dengan cara kebiasaan,
bahkan dengan cara yg mencarikkan adat kebiasaan 
yg dipernamakan sebagai fathul akbar
sesungguhnya pembukaan pertama yg berlaku adalah pembukaan pd makrifah akan Tuhannya
maka Allah swt mahabbah akan Nabi saw dan juga menjadikannya makhluk pilihanNya

dan Allah swt meletak akan hijab terhadap Baginda saw drpd mengetahui akan hakikat ciptaan diri Baginda Saw 
adalah kerana hendak mempermudahkan atas Baginda saw akan urusan yg sangat besar(penting) yg tidak diketahui akannya oleh selain baginda saw

yaitu urusan yg akan dipertangung jawab terhadapnya oleh Allah swt
maka tiada kepenatan seumpama kepenatan Baginda saw kerana banyak anaknya
 
kerana keseluruhan makhluk ini adalah anak2nya (didalam medan hakikat)
(ahli taat atau sebaliknya)

adalah Baginda saw berada ditempat yg sama (ketika isra dan milraj)
bukanlah berpindah mengikut jalan adat kebiasaan bahkan secara luar biasa

adalah Baginda saw isra’ dengan keseluruhan badan Baginda saw dan dengan Ruhnya untuk melihat keseluruhan zarrah yg Allah swt Meng-adakannya di dalamnya

berpindahnya Nabi Saw drpd alam rendah ke alam yg tinggi adalah pada masa yg sama

qudrah Allah swt tiada sekatan oleh sesuatu
hanyasanya kemuncak pencapaian akal adalah ia mengetahui bahawa Allah swt boleh melakukan apa yg dikehendaki olehNya dalam kerajaanNya

sesungguhnya Allah swt telah melakukan sesuatu(menzahir qudrahNya) terhadap kekasihnya yg agung apa yg dikehendakiNya

(ketika isra mikraj)kelihatan matahari dan bulan terbit didalamnya
juga kelihatan orbit2 berada dipaksinya
dan Baginda saw meliputi pengetahuannya perincian Zat dirinya

semua itu adalah berenangnya Baginda Saw didalam lautan hakikat Adamiahnya 

Baginda Saw dan tatkalamana selesai berenang di dalam hakikat Adamiah dan kelaziman2nya
maka seterusnya Baginda Saw merenangi didalan lautan hakikat Muhammadiyahnya 

maka masuklah Baginda ke dalam hadrah buta/kelam yg Rabbani (العمى الرباني), 

hadrah yg tidak boleh digambarkan akannya (tidak boleh dipersoalkan bagaimana tempat tersebut)
itulah hadrah yg tunggal/Esa yg Allah tajalli dengan sendirinya oleh ZatNya yg maha tinggi didalam hakikat Muhammadiyah (yaitu dengan kesempurnaan/keseluruhan ZatNya

maka tenggelamlah Baginda Saw di dalam lautan hakikat nur2 kunhi Allah swt..
maka ghaiblah drpdnya Asma2 dan Sifat2 Allah (ketika tenggelam didalam lautan nur2 kunhi)
apatah lagi diri Baginda saw

-itulah hadrah (ما زاغ البصر و ما طغى)

penglihatan Nabi Saw
tidak berpaling (dan tidak melampauinya) maksudnya, tidak berpaling dari apa yang dilihatnya dan tidak pula melampaui apa yang dilihatnya pada malam ketika ia diisrakkan dan ketika bertemu dengan Allah swt

-dan juga hadrah
‎(لقد رآى من آيات ربه الكبرى)

 (Sesungguhnya dia telah melihat) pada malam itu (sebagian tanda-tanda kekuasaan Rabbnya yang paling besar) yang paling agung, dimaksud adalah sebagian dari tanda-tanda itu, maka dia melihat sebagian dari keajaiban-keajaiban alam malakut, dan Rafraf berwarna hijau menutupi cakrawala langit, dan malaikat Jibril yang memiliki enam ratus sayap.

hadrah yg tidak diketahui akannya melainkan tuan empunya diri yg sedang tenggelam didalam hadrah kunhi tersebut

itulah hadrah yg terputus/terhalang padanya keseluruhan ilmu2 dan isyarat makhluk2 Allah yg lain melainkan diri Baginda saw yg mengetahui akannya

maha tinggi hadrah tersebut drpd apa yg cuba kita sifatkan/gambarkan/bayangkan

‎نفحات_في_الطريقة_التجانية
‎ -سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه

JAUHI FITNAH JALAN KESUFIAN AKHIR ZAMAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Berhati-hatilah dengan fitnah sufi zaman ini. Dengan fitnah itu (seseorang yang mengikuti jalan sufi) akan jadi musuh Allah, bukan murid jalan Allah.

Bila dapat perkara itu (perkara-perkara yang mencarik adat), kita mesti Ghaddul Basar (merendahkan pandangan). Itu (adalah) ujian Allah, (samada kita) nak Allah atau nak selain dari-Nya (seronok dan terpaut pada perkara-perkara mencarik adat).

Akhir zaman, dengan fitnah itu, (seseorang sufi) akan menjadi musuh Allah, bukan murid jalan Allah. 

Kalau jumpa orang yang banyak bercakap tentang kasyaf, karamah - buang dan tinggalkan jalan itu!!! TAK BETUL.. 

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat (mestilah) mensahihkan kehambaan, dan hamba (itu) tiada milik (tidak memiliki apa-apa), tiada apa-apa (keistimewaan), dia (adalah) hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya keakuan, tiada langsung!! Tidak gembira dengan amalannya, tidak rasa bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak Tuhan, bukan hak dia.

Itulah KEHAMBAAN !!!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahi Ta'ala

Cpf

BERIMAN DENGAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ (PENGANUGERAHAN IBADAH SOLAT DI TEMPAT YANG TINGGI DAN MULIA)

Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang dicatatkan dalam al-Quran.

Firman Allah :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Isra’ : 1)

Kemudian Allah SWT memperjalankan Rasulullah SAW daripada Masjid al-Aqsa ke Sidaratul Muntaha. Dalam perjalanan tersebut Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi-nabi yang terdahulu daripada Baginda dan diberikan kefardhuan Solat di Sidaratul Muntaha.

صحيح مسلم ٢٣٤: حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا }ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ

Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami Tsabit al-Bunani dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi Buraq. Yaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq tersebut mencapai hujungnya.” 

Beliau bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis.” Beliau bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, tiba-tiba aku didatangi oleh Jibril dengan membawa semangkuk arak dan semangkuk susu. Dan aku pun memilih susu. Lalu Jibril berkata, ‘Kamu telah memilih fitrah’. 

Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Ditanyakan lagi, ‘Siapa yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad.’ Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutus? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutus.’ Maka dibukalah pintu untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Adam, dia menyambutku serta mendoakanku dengan kebaikan. 

Lalu aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril lalu minta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapa yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad.’ Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Yusuf AS, ternyata dia telah dikurniakan dengan kedudukan yang sangat tinggi. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Idris AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Allah berfirman: ‘(Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya) ‘. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Harun AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Musa, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi, ‘Siapakah kamu? ‘ Jibril menjawabnya, ‘Jibril’. Jibril ditanya lagi, ‘Siapakah bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad’. Jibril ditanya lagi, ‘Apakah dia telah diutuskan? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya, dia telah diutuskan’. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam, dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari boleh memasukkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar, mereka tidak kembali lagi kepadanya (Baitul Makmur). 

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan.” Beliau bersabda: “Ketika beliau menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya kerana indahnya. 

Lalu Allah memberikan wahyu kepada beliau dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. 

Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa Alaihissalam, dia bertanya, ‘Apakah yang telah difardhukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? ‘ Beliau bersabda: “Solat lima puluh waktu’. Nabi Musa berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan menguji mereka’. 

Baginda bersabda: “Aku kembali kepada Tuhan lalu berkata, ‘Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku’. Lalu Allah SWT mengurangkan lima waktu solat dari beliau’. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata, ‘Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku’. Nabi Musa berkata, ‘Umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi’. Beliau bersabda: “Aku berulang alik antara Tuhanku dan Nabi Musa, sehingga Allah berfirman: ‘Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardhukan lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardhu dilipatgandakan dengan sepuluh kali ganda. Maka itulah lima puluh solat fardhu. Begitu juga barangsiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu pun. Lalu jika dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya’. Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih saja berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan’. Aku menjawab, ‘Aku terlalu banyak berulang-ulang kembali kepada Tuhanku, sehingga menyebabkanku malu kepada-Nya’.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim 234)

Ahad, 4 Februari 2024

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗧𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛

Telah mengkhabarkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, akan perkara yang menyuburkan Hakikat Selawat Al Fatih itu didalam diri seorang murid, dan perkara yang memutuskan diri seorang murid tu dengan Hakikat Selawat Al Fatih, dengan bicara sedemikian;

Pada perkara nafahat-nafahat Qudsiyyah yang menghembus akan kehalusan rahsia-rahsia Hakikat Ahmadiah, menghembus kesan-kesannya dan memandu akannya, akan haruman nafas-nafas, dan rasa-rasa Zouk At Tijaniyyah Al Baqiliyyah. Itulah sepertimana yang telah disebut dalam firman Allah SWT; 

“Telah dihantar akan angin-angin sebagai berita gembira atau khabar gembira di hadapan Rahmat Tuhan”. 

Dan daripada itu juga, hal keadaan yang menzahirkan simpanan sir-sir Al Yaqutatul Faridah, iaitu Selawat Al Fatih yang dapat menenggelamkan akan kita, dan mereka semua di dalam lautan-lautan, rahsia-rahsia Hakikat Muhammaddiah sepanjang zaman;

Ketahuilah olehmu wahai saudara Ihsan yang sedang mengikuti jalan kesufian, bahawasanya Makrifah akan rahsia-rahsianya Hakikat Selawat Al Fatih dan menyelam di dalam lautan cahaya-cahayanya, bukanlah dengan getaran bibir dan pergerakan lidah, dan hanyasanya sesungguhnya untuk mendapatkan Rahsia Makrifah itu dengan cara bersuhbah, berdamping dengan pimpinan Ahli Irfan Al Aarifin, yang disingkap dari rahsia-rahsia mereka, dan roh-roh mereka, setiap hijab-hijab, dan setiap kabus, sehinggalah mereka itu dipandang daripada Penghulu Ciptaan ini dengan cara Musyahadah dan dengan cara Muayanah. 

Adapun perkara yang memutuskan seseorang itu daripada rahsia Selawat Al Fatih adalah melalui diantaranya usikan-usikan syaitan, seperti memalingkan akan himmah seseorang itu untuk mendapatkan sir, mencari sir, rahsia dan martabat, dan juga untuk menarik manfaat dan menolak akan mudharat, dan juga untuk menundukkan akan Jin Rohani dan juga Jann yakni sejenis jin. 

Itulah perkara yang memutuskan, yang akan menghalang akan seseorang murid itu untuk sampai dan masuk ke dalam Hakikat-Hakikat Rahsia Selawat Al Fatih. 

Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ۝١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ۝١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ۝١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]

Cpf

JANGAN TERLIHAT ADANYA DIRI

Jikalau saya sakit, apakah Allah SWT juga sakit ?

Daripada ungkapan tersebut membuatkan saya tiba-tiba mahu tersenyum apabila sepintas lalu terpandangnya dipaparan media sosial.

Bukanlah secebis persoalan untuk saya tumpang menjawabnya, akan tetapi saya segera teringat akan bagaimanakah Tuhan telah menyinggung Nabi Musa AS :

"Wahai Musa, AKU ini sakit. Mengapa engkau tidak datang menjenguk ?..."

Nabi Musa AS yang tidak menjangkakan akan teguran Tuhan itu, maka terdesak bertanya :

"Wahai Tuhan ! ENGKAU adalah Tuhan sekelian alam, manakah mungkin ENGKAU sakit ?..."

Tuhan pun menjawab bahawa adanya seorang Hamba yang sangat Dicintai-Nya, tetapi ia tinggal berjauhan dan bersendirian kerana tidak pernah diambil peduli oleh masyarakat disekelilingnya.

Kini, telah sekian lamanya dia terlantar sakit keseorangan, tiada sesiapapun yang sudi datang untuk merawatnya.

Kata Tuhan lagi :

"Selama dia keseorangan, AKU yang menjadi temannya..."

Nabi Musa AS pun menjadi amat terharu mendengarkan penjelasan Tuhan itu. 

Maka, ternyatalah bukannya Tuhan yang sakit ! 

Sebaliknya, yang sebenar-benarnya sedang sakit itu adalah merupakan seorang 'Kekasih' yang tidak dikenali oleh makhluk dimuka bumi ini, tetapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui akannya. 

Nescaya Tuhan juga MAHA MENGETAHUI akan segala sesuatu dan bagaimanakah rasanya Kesakitan itu. 

Andaikata persoalan tersebut :

"Saya sakit, apakah Allah SWT juga sakit ?..."

Jadi diperlukanlah kefahaman makna Ontologis secara Spiritual. 

Maka Kecederasan pandangan kita terhadap Hakikat Hidup ini akan segala perihal sakit, sihat, miskin, kaya, cantik, hodoh, baik, buruk dan kesemuanya itu adalah Limpahan Manifestasi daripada Tuhan, tetapi hanyalah yang bersifat sementara dan tidak memiliki wujudnya yang tersendiri.

Jadi apakah adanya jarak perbedaan diantara kita dengan Tuhan ?

Kemungkinan saja itu adalah puncak pengucapan daripada seorang 'Pencari Tuhan' yang telahpun mencapai tingkatan Spiritual yang paling teratas dan berada diruang lingkup kebebasan yang tidak lagi memerlukan Strukturalisme. 

Didalam perspektif SUFI, 

Ini diistilahkan level 'MAHABBAH' ataupun 'CINTA'. 

Sedalam-dalamnya CINTA itu dapat dirasakan Ke'MAHA'an-NYA setelah Melarutkan Keakuan dan kembali dengan Penyerahan secara Optimal kepada Tuhan sebagaimana Hakikat Diri itu asalnya dahulu adalah memang tidak ada.

CINTA menawarkan sebuah pakej yang Berintisarikan penderitaan, pengorbanan, kerinduan, kesakitan, kemiskinan, kebahagiaan, kesunyian, keasingan dan segala-galanya.

Seorang Insan yang telahpun jatuh CINTA pada Tuhan, maka ia adalah Pesakit yang tidak akan mahu Merawat dirinya sendiri dan menolak kesemua Penawar yang datang daripada dunia Fana ini.

Apa-apapun yang dia ucapkan sama apa yang Tuhan ucapkan, dan apa-apapun yang Tuhan ucapkan sama apa yang dia ucapkan.

Kembali Menyata akan segala Hak-Hak Tuhan Diawal dan Diakhirnya. Maka dirinya sudahpun tiada atau Lebur.

Kalam Hikmah Tok Kenali :

"JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI..."

Cpf

Baginda ‎ﷺ adalah Rahmat

Baginda ‎ﷺ adalah Punca Rahmat.. Punca segala nikmat.. Punca kesucian... 

Telah berkata Sayidi Ahsan Al Ba'qili R.hu ;

Maka apabila engkau berselawat keatasnya (Sayyidina Muhammad ﷺ) sebenarnya engkau telah mensyukuri semua nikmat-nikmat Allah kerana bahawasanya Sayyidina Muhammad ‎ﷺ  itulah penyebab (asal usul) bagi semua nikmat-nikmat tersebut.

Khamis, 1 Februari 2024

Beruntungnya umat akhir zaman

-Beruntungnya Umat Akhir Zaman kerana dekatnya dengan Alam Akhirat
Dan banyaknya kurniaan Allah kepada mereka.
-Ketidak-upayaan pd setiap sudut amal ibadah dan lain² Melayakkan untuk mendapatkan Kurniaan.

-Itulah Rahsia Selawat Fatih yg zahir di akhir Zaman melalui pewaris Baginda SAW
Selawatlah banyak²
Khususnya Hari jumaat
Kerana pada hari jumaat ini mempunyai Rahsianya tersendiri yg mengisyaratkan kepada kemuliaan diri Baginda SAW

~Syarif Ahmad Alhadi AlHassani Al Maghribi Hafizahullah

#SELAWAT AL FATIH SATU KURNIAAN YANG BESAR UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN 

Hamba naqalkan sebahagian daripada kalam MurobbinaAl Arifbillah Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menerangkan akan satu kurniaan yang besar dari Allahﷻ kepada ummat kekasih-Nya di akhir zaman, pada sedemikian ini; 

Fahamilah jua bahawa Allahﷻ mengurniakan anugerah-Nya bukan melalui ukuran kelayakan. Hadiah daripada Allahﷻ tidak ada orang yang boleh mempersoalkannya dengan Allahﷻ, kerana apa diberi? Ini semua hanyalah semata-mata kerana Allahﷻ ingin mengurniakannya pada akhir zaman ini kerana ummat itu lemah, ummat itu dikasihani, ummat itu ramai yang sakit, ummat akhir zaman itu tidurnya banyak, ummat akhir zaman itu makan syubhah dan banyak tidur banyak, fahamilah.  

Ummat akhir zaman ini tidak boleh menjaga wudhuk, dua tiga jam sekali kena ambil wudhuk yang baharu. Ummat terdahulu sembahyang Subuhnya sekali dengan wudhuk Isyaknya. Ummat akhir zaman ini banyak kelemahannya. Allahﷻ  daripada hadrah kurniaan-Nya, anugerah-Nya, hendak memberi kepada orang yang lemah diakhir zaman kerana mereka ummat Baginda ﷺ. Fahamilah !! 

Dan daripada itu, akhir zaman itu bermaksud hujung umur ummat, yakni yang dah tua. Ummat yang dah tua, banyak aib, macam orang tua, pakcik kita, makcik kita yang dah tua, kadang-kadang boleh buang air atas baju, air kecil, tetapi perkara itu tidak menafikan kemuliaan ibu bapa kita.  Demikianlah perumpamaan bagi ummat islam itu, walaupun dah tua, banyak aib, banyak kekurangan, tapi disisi Allahﷻ mereka adalah ummat Baginda Rasulullah ﷺ, faham!! 

Oleh yang demikian, Rahmat Allahﷻ itu jika dipandang dari sudut kurniaan-Nya, adalah Ia-Nya ingin menganugerahkan dan menghadiahkannya kepada ummat akhir zaman. Seandainya kamu berada di dalam dewan Awliya, kamu akan mendengar cerita daripada Awliya Allah tentang Selawat Al Fatih itu sebagai hadiah, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih. 

Dan ditambah lagi di dalam Dewan Awliya itu dengan sebahagian daripada Awliya itu yang telah mati, mengkhabarkan akan kesedihan mereka kepada Awliya yang masih hidup, akan kesedihan mereka kerana tidak dapat berselawat dengan Selawat Al Fatih semasa mereka masih hidup. 

Wallahu kata Awliya yang telah mati, seandainya Allahﷻ memberi kami pilihan samada untuk menjadi Wali Besar seperti mana yang telah kami dapati, atau dapat menyebut Selawat Al Fatih walaupun sekali, nescaya kami akan pilih untuk menyebut Selawat Al Fatih satu kali walaupun kewalian kami dibuang. 

Fahamilah dan ketahuilah !! Bahawasanya kita tidak dapat mengenali dengan sebenarnya apakah Selawat Al Fatih itu. Cukuplah ianya adalah selawat Tuhan atas Nabi-Nya sendiri, cukup. Jangan cari lain. 

# Petikan Syarahan Selawat Al Fatih 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞