Telah mengkhabarkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, akan perkara yang menyuburkan Hakikat Selawat Al Fatih itu didalam diri seorang murid, dan perkara yang memutuskan diri seorang murid tu dengan Hakikat Selawat Al Fatih, dengan bicara sedemikian;
Pada perkara nafahat-nafahat Qudsiyyah yang menghembus akan kehalusan rahsia-rahsia Hakikat Ahmadiah, menghembus kesan-kesannya dan memandu akannya, akan haruman nafas-nafas, dan rasa-rasa Zouk At Tijaniyyah Al Baqiliyyah. Itulah sepertimana yang telah disebut dalam firman Allah SWT;
“Telah dihantar akan angin-angin sebagai berita gembira atau khabar gembira di hadapan Rahmat Tuhan”.
Dan daripada itu juga, hal keadaan yang menzahirkan simpanan sir-sir Al Yaqutatul Faridah, iaitu Selawat Al Fatih yang dapat menenggelamkan akan kita, dan mereka semua di dalam lautan-lautan, rahsia-rahsia Hakikat Muhammaddiah sepanjang zaman;
Ketahuilah olehmu wahai saudara Ihsan yang sedang mengikuti jalan kesufian, bahawasanya Makrifah akan rahsia-rahsianya Hakikat Selawat Al Fatih dan menyelam di dalam lautan cahaya-cahayanya, bukanlah dengan getaran bibir dan pergerakan lidah, dan hanyasanya sesungguhnya untuk mendapatkan Rahsia Makrifah itu dengan cara bersuhbah, berdamping dengan pimpinan Ahli Irfan Al Aarifin, yang disingkap dari rahsia-rahsia mereka, dan roh-roh mereka, setiap hijab-hijab, dan setiap kabus, sehinggalah mereka itu dipandang daripada Penghulu Ciptaan ini dengan cara Musyahadah dan dengan cara Muayanah.
Adapun perkara yang memutuskan seseorang itu daripada rahsia Selawat Al Fatih adalah melalui diantaranya usikan-usikan syaitan, seperti memalingkan akan himmah seseorang itu untuk mendapatkan sir, mencari sir, rahsia dan martabat, dan juga untuk menarik manfaat dan menolak akan mudharat, dan juga untuk menundukkan akan Jin Rohani dan juga Jann yakni sejenis jin.
Itulah perkara yang memutuskan, yang akan menghalang akan seseorang murid itu untuk sampai dan masuk ke dalam Hakikat-Hakikat Rahsia Selawat Al Fatih.
Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ.
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan