Sesungguhnya para Waliyullah yang Kaamil lagi sempurna itu telah menerima amanah mereka atas ummat melalui Sayidina Muhammad ﷺ. Kepada ahli bid'ah, beradablah dengan mereka, Imam-Imam Mujtahid, kerana atas mereka itu terhimpun kasih dan sayang pada ummat, bukanlah mereka menginginkan kesukaran pada ummat, bahkan bagi mereka itu lebih menyukakan keringanan untuk ummat.
Imam Sya'rani r.a telah menyebut dalam Kitab Mizan, katanya dalam kitab tersebut;
بأن المجتهدين جميعهم كالإمام مالك و الإمام الشافعي قائلون برؤية ذاته الشريفة صلى الله عليه و سلم في اليقظة و يسألونه عما يحتاجون السؤال عنه و عليه فإن إختلاف أقوالهم بإشارة منه صلى الله عليه وسلم
Ertinya:-
Bahawasanya Imam-Imam Mujtahid, seperti Imam Malik r.a dan Imam Syafie r.a mengatakan bahawa mereka melihat Zat Baginda ﷺ dalam keadaan jaga, dan mereka bertanya apa yang mereka perlukan untuk ditanyakan kepada Baginda ﷺ dan diatas perkataan ini, bahawasanya perkara khilaf yang berlaku dalam perkataan mereka adalah melalui isyarat dari Baginda ﷺ.
Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala mengomentar;
"Semoga Allahﷻ dapat memperlihatkan kepada kita martabat sebenar Imam-Imam Mazhab yang empat dan semua Imam Mujtahid yang lain, merekalah pengganti Baginda ﷺ dalam menjaga Agama Islam dan menegakan syiar Islam di bumi ini. Apa yang telah disebutkan di atas, sudah memadai bagi Ahli Insaf".
Naqal: Kitab Irsyadul Asfiya, Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan