Jumaat, 16 Februari 2024

KELEBIHAN HARI JUMAAT DAN RAHSIA KEBESARAN MAKNA SELAWAT FATIH YANG TERKANDUNG PADANYA


۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Sebagaimana diketahui hari Jumaat adalah Hari Raya bagi orang² muslim. Baginda ﷺ bersabda :

" إنَّ مِن أَفْضلِ أيَّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعةِ، فَأَكْثِرُوا عليَّ مِنَ الصلاةِ فِيهِ، فإنَّ صَلاتَكُمْ معْرُوضَةٌ علَيَّ "

Maksudnya : Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari jum'at, oleh itu perbanyakanlah padanya (Hari Jumaat) selawat kepadaku kerana sesungguhnya shalawat kalian dibentangkan kepadaku.

Dengarlah kalam Baginda ﷺ 'DIBENTANGKAN', 
Nabi ﷺ tak kata kalau kamu sembahyang atau kamu puasa atau haji akan dibentangkan kepada aku. Selawat sahaja yang akan sampai (dibentangkan) satu persatu dengan nama tuannya dan sighahnya (lafaz selawat yang dibacanya), orang itu baca selawat selawat fatih atau selawat nariyyah atau selawat nuriyyah dan selawat² Auliya Allah yang lain, akan sampai setiap nama yang selawat kepada Baginda ﷺ.

Ini dah luar akal. Satu minit berapa orang yang selawat kepada ﷺ atas muka bumi ini ? Juta² orang. Sebab itulah dalam agama ini jangan mengimbangi agama Allah dengan akal. (Contohnya tanya) "Bagaimana ﷺ mengenali kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ menjawabkan (menjawab selawat) kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenal kita satu persatu ?". Itu perkara luar akal.

Permisalan matahari hanya satu tapi berapa mata yang dapat melihat matahari itu ? BerJuta². Jadi Nabi ﷺ satu , juta² daripada ummatnya yang berselawat memang akan sampai dekatnya (Baginda ﷺ). Jangan mengira perkara itu dengan akal atau masa yang dikenali oleh kita.

Jadi BAGINDA ﷺ hari ini seronok dengan hantaran² kita kepada hadrahnya.

 Hari Jumaat ini, ramai orang tak tahu kebesaran hari ini. Ada satu orang bertanya " Apa sebab Baginda ﷺ menyuruh kita berselawat pada Hari Jumaat walhal Hari Jumaat itu hari orang lain Hari Adam (hari diciptakan Nabi Adam AS) ?".

Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus r.a berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam A.S, padanya diwafatkan Nabi Adam A.S, padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Hadis ini yang kata (seperti hadis yang didatangkan diatas) tapi padanya dijadikan Nabi Adam AS dan padanya juga dimatikan (Nabi Adam AS). Jadi ada orang tanya (kerana) macam ada 'paradoks' sebab apa Nabi suruh kita berselawat tetapi sebut Nabi Adam AS. Kalau ikut logik nescaya Nabi menyuruh kita berselawat pada Hari Isnin sebab Hari Isnin hari yang mulia (Baginda ﷺ), Hari Isnin (Baginda ﷺ) lahir, Hari Isnin diutus (Baginda ﷺ), Hari Isnin Isra', Hari Isnin wafat (Baginda ﷺ). Jadi hari Baginda ﷺ adalah Hari Isnin. 

Yakni orang yang baca hadis ini dari sudut tasawuf zauqi (perasaan) "sebab apa Nabi ﷺ suruh kita berselawat Hari Jumaat ? dan sebut Nabi Adam AS ?". Apakah kaitan Nabi Adam AS dengan selawat untuk orang lain ?. Ini daripada rahsia² Selawat Fatih.

Bermula dengan penciptaan awal kejadian iaitu Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah ( الفاتح) dan diakhiri jenis akhir ciptaan Allah ﷻ iaitu Adam (Muhammad At Tiniyah atau Muhammad bangsa tanah) dan itulah manusia atau rupa bentuk adam ( الخاتم ) ini adalah maksud Dari penciptaan alam ini.

Itulah tatawwur dan tanazul Hakikat Muhammadiah sehinggalah kepada Muhammad At Tiniyah dan tanazul serta limpahan demi limpahan itu berlaku pada Hari Jumaat (petang). Hari yang penuh barokah. Hari madad dan Faidh Rabbani. Hari terkumpul segala rahsia dan limpahan² ILAHI.

Sebab itu kita disuruh banyak berselawat pada Hari Jumaat dan sebab itu juga petang Hari Jumaat adalah waktu mustajab doa.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan