Khamis, 15 Februari 2024

JAHAT MAKAN

"PERUT YANG BANYAK MAKAN, TATKALA SAKARATULMAUT KELAK. MAKA TERAMATLAH PEDIH..."

Apatah lagi jikalau Mengamalkan Perkara-Perkara ataupun Memakan Benda-Benda yang HARAM !

Insan-Insan yang banyak Berpuasa dan Kurang Makan, maka Rohnya kelak akan tersangatlah mudah sahaja keluar.

Didalam TASAWWUF (Pensucian Jiwa).

MENJAUHKAN yang HARAM itu adalah WAJIB. 

Dan MENGURANGKAN yang HALAL itu pula adalah SUNAT.

Bermaksudnya :

Walaupun ianya itu adalah HALAL, maka hendaklah ianya dikurangi semampu yang boleh. 

Hal Keadaan Lapar itu adalah yang paling Terbaik, oleh kerana ianya akan dapat Menyihatkan Jasmani dan juga Menyihatkan Rohani.

Ketahuilah bahawa, Perut itu adalah punca segala Penyakit-Penyakit ! 

Bukanlah hanya Penyakit Jasad sepertimananya kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang dan sebagainya. 

Akan tetapi adalah berupa Penyakit Rohani, sepertinya :

- MALAS MENUNTUT ILMU. 

- MALAS BERIBADAH. 

- MALAS TAAT SEGALA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWT. 

Dan lain-lainnya...

Maka, kesemuanya itu adalah BERPUNCA daripada PERUT ! 

Walaupun makanannya itu pada asalnya adalah HALAL, namun apatah lagi jikalau memakan pula yang HARAM ? 

"KURANGKAN OLEHMU AKAN MAKAN. KETAHUI OLEHMU SYAITAN ITU MENGALIR DALAM URAT DARAH KAMU..."

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Syaitan menyusup dalam diri manusia melalui Aliran Darah. Aku khawatir sekiranya Syaitan itu menyusupkan kejelekan dalam Hati kalian berdua.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Banyak Makan, maka banyaklah Darah, 

Banyak Darah, maka banyaklah Syaitan.

Banyak Syaitan, maka banyaklah Ammarah.

Sesungguhnya Ammarah itu menyuruh kepada Kezaliman dan Kejahatan (Kemungkaran dan Kebatilan)... 

JAHAT MAKAN itu adalah Kepala segala Kejahatan ! 

Maka LAPARKANLAH (BERPUASA) olehmu bukan sahaja pada Perkara-Perkara dan Benda-Benda yang HARAM. 

Akan tetapi juga kepada Perkara-Perkara dan Benda-Benda yang HALAL. 

* Kalam AHLI SUFI. 

Sekurang-kurangnya, orang-orang yang dikatakan Kurang Makan itu ialah :

- Orang-orang yang makan SEKALI SEHARI akan makanan ruji.

Baik sikit lagi ialah :

- Orang-orang yang makan TIGA HARI SEKALI akan makanan ruji.

Baik lagi daripada itu ialah :

- Orang-orang yang makan SEMINGGU SEKALI akan makanan ruji.

Yang Terbaik daripada itu pula ialah :

- Orang-orang yang makan SEBULAN SEKALI akan makanan ruji.

Maka begitulah akan Amalannya bagi Insan-Insan yang 'Arifbillah. 

Insan-Insan seperti itu akan sentiasa Mengurangkan Makannya dengan cara tiga hari sekali barulah Berbuka. 

Adanya yang 40 hari sekali barulah memakan makanan ruji. 

Pada hari-hari biasa pula, Insan-Insan itu akan senantiasa Berpuasa dan Berbuka dengan hanya meminum air putih atau sebiji kurma sahaja. 

Mereka senantiasa Kenyang dengan BERDZIKIR sahaja.

Rasullullah SAW bersabda :

"Mereka akan merasa kenyang dengan Bertahlil, Bertakbir, Bertasbih dan Bertaubat. Jadi Zikir-Zikir itu yang akan menggantikan makanan..."
(HR.Ibnu Majah)

"Ketahuilah dengan Berdzikir Menenangkan Jiwa..."

Apabila Jiwa menjadi Tenang dengan Allah SWT ;

Maka terlupalah Insan-Insan itu akan kepada Duniawi Palsu yang sementara hatta makan pun mereka menjadi tidak Teringat langsung. 

Jadi, jikalau masih adanya Kasih akan Duniawi atau memiliki Penyakit Al-Wahn (Cinta Dunia dan Takut Mati). 

Maka tidak pernahlah akan sesekali masuknya KASIH ALLAH SWT. 

Hati jikalau masih adanya Hubbud Dunya, maka tidak akan pernahlah Merasakan MAHABBATULLAH. 

Kasih sahaja akan Dunia Palsu (Dunia Tipu Daya) yang sementara ini, maka itu bermaknya tidak pernahlah Kasih akan Akhirat. 

Maka tidak pernah dapatlah akan KASIH kepada Allah SWT. 

Itulah pada Hakikatnya "JAHAT MAKAN". 

Maka, hendaklah kita senantiasa sahaja berusaha untuk Mengurangkan Makan, sekaligus Mengurangkan Tidur, Mengurangkan Bercakap dan segala-galanya akan Hal-Hal Duniawi Palsu yang sementara ini dikurangkan daripada diri kita (Mengawal Hawa Nafsu diri).

(Ingatlah akan kisah semasa awal Allah SWT menciptakan Nafsu...) 

Pada Hakikatnya, 

Diri kita ini terlalulah banyaknya akan segala Dosa dan Maksiat kepada Allah SWT. 

Kerana salah satunya adalah disebabkan oleh "JAHAT MAKAN".

Kita ini hari-hari sahaja sentiasa mengingatkan makanan !

Mahu makan itu, mahu makan ini. bermenu-menu pada setiap hari. Bahkan sampai berlakunya Pembaziran.

"Membazir itu adalah saudaranya Syaitan..."

Apatah lagi mahu tibanya Bulan Ramadhan nanti, Puasanya tidaklah seberapa. Namun makanan-makanan juga yang diutamakannya. 

Itupun Puasanya telahpun banyak Terbatal yang tidak disedarinya, namun diteruskan juga oleh kerana Kejahilannya sendiri, dan mahu terlihat Suci ataupun hanya mengejarkan syaratnya tanpa Ilmu Hakikat Rukun Islam itu sendiri. 

Maka, macam manakah kita hendak menjadi Insan yang Beriman dan Beramal Soleh, sekaligus Membangkitkan semula Jasmani dan Rohani Umat Islam yang telahpun lama terpuruk didalam Lubang Biawak Dunia Akhir Zaman Dajjal ini ? 

Dunia yang dipenuhi oleh makanan-makanan yang tidak jelas akan HALAL dan KESUCIANNYA, bahkan segala-galanya daripada segi makanan, hiburan, sosial dan sebagainya hanyalah bertujuan untuk Mengawal Minda dan Hati manusia untuk menjadi 'Budak Sistem Dajjal'... 

Renung-renungkanlah... 

Sabda Rasulullah SAW :

"Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan dan iblis lakhnatullah, maka ia Diselamatkan dengan berkat Zikir yang tulus kepada Allah..."

"أَكْثَرُهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوتِ وَأَكْثَرُهُمْ اِسْتِعْدَادًا لِلْمَوتِ أُوْلَئِكَ الأَكْيَاسُ، ذَهَبُوا بِشَرَفِ الدُّنْيَا وَكَرَامَةِ الأَخِرَةِ"

"Manusia yang paling banyak Mengingati Kematian dan paling banyak Menyiapkan Diri untuk Menghadapi Kematian, mereka inilah manusia yang paling Cerdik. Mereka pergi dengan Kemuliaan Dunia dan Kemuliaan Akhirat..." 
(HR Ibn Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan