Khamis, 29 Februari 2024

MEMELIHARA MAHABBAH AKAN UMMAT NABI ﷺ ADALAH SATU IBADAH YANG BESAR DAN UTAMA

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Telah menasihati akan guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala keatas kami semua, dengan suatu nasihat kefahaman kasih sayang yakni Mahabbah yang sepenuhnya ke atas ummat, pada kalamnya yang sedemikian;
  
“Saya akan memberi nasihat kepada kamu dan untuk diri saya sendiri, bahawasanya tidaklah beribadah pada zaman ini sepertimana ibadahnya dengan Mahabbah ummat Nabi ﷺ dan mengagungkan keadaan mereka itu, dan menutup mulut daripada berbicara keburukan mereka, daripada keaiban mereka, kerana ummat Nabi ﷺ ini tiada pengaiban kepada mereka, kerana nisbah mereka kepada Nabi ﷺ . Nisbah tersebut telah menghilangkan, membuang segala kekurangan dan keaiban yang ada pada ummat Nabi ﷺ kerana dinisbahkan kepada Baginda ﷺ".

Dalam nasihatnya ini beliau mengatakan ummat Muhammad ﷺ adalah satu perkara yang besar. Beliau menerangkan betapa ibadah ummat sekarang ini hendaklah disertakan dengan sifat Mahabbah yakni berkasih sayang sepenuhnya dengan ummat islam yang lain tanpa melihat kepada keburukan mereka dan melupakan segala aib-aib mereka kerana ummat akhir zaman adalah ummat Sayidina Nabi ﷺ.

Seandainya Sayidina Nabi ﷺ itu seorang ayah, maka ummat islam akhir zaman ini adalah seumpama anak-anak Sayidina Nabi ﷺ sendiri. Dan kita ummat islam ini semuanya adalah seumpama adik beradik dan janganlah kita sibuk melihat aib dan keburukan kita adik beradik sendiri. Menurut beliau ummat islam itu umpama satu jasad. Hendaklah kita bersama menutup mulut daripada memperkatakan keburukan adik beradik kita sendiri, kerana nisbah kedudukan kita yang mulia ke atas ayah kita yang lebih mulia yakni Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. Inilah suatu nasihat yang amat berat bagi kami yang banyak dosa dan kemaksiatan. 

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan