Hakikat Rasulullah terkaya drpd berhajat kpd kewujudan dan hukum2nya
Syeikh Tijani mengatakannya Awwaliah Muhammadiah(awal kejadian) dan Hakikat Muhammadiah adalah makhluk pertama (Nur Muhammad awal kejadian)
ada yang bertanya kpd Syeikh Tijani kalau mengatakan hakikat Rasulullah (Nur Muhammad) adalah makhluk pertama tentulah ada baginya tempat, tempat itulah yg pertama sbb yg tidak berhajat kpd tempat hanyalah Allah swt, lalu jawab Syeikh:
ini hukum akal kalau kata sesuatu itu berhajat kpd tempat, sedangkan Allah SWT boleh mencipta sesuatu tanpa tempat dan masa, dan kesemuanya selain (hakikat Muhammadiyah) wujud slps kewujudan Hakikat Rasulullah,
sbb itulah kewujudan Hakikat Rasulullah tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu, dan semua kewujudan terzahir sebab kewujudan hakikat Rasulullah, maka hakikat Rasulullah mendahului semua kewujudan dan menyembah Allah sblm wujudnya kewujudan ini,
hakikat Rasulullah tunggal menyembah Allah pada hadrat Allah, mencukupi ibadah, beribadah kpd Allah cara tunggal sblm ada kewujudan, sblm ada masa, sblm ada tempat, sbb itulah pada hadrat ini tidak boleh menggambarkan caranya, siapakah baginda? Bahan apakah Hakikat Rasulullah, sedangkan setiap sesuatu mesti ada bahan dan bahan hakikat Rasulullah adalah rahsia yang teragung, sirr Allah Al A'zom, dicipta dr hadrat Allah, itu cara hakikat makrifat, tapi tak perlu cari apakah bahan, dari mana,bagaimana? dilarang disoal, tp ijmak ahli makrifat mengatakan bahawa Hakikat Rasulullah adalah rahsia Allah yang Agung, itulah Sir Allah Al A'zom, sbb itulah dlm hadis yang masyhur Rasulullah bersabda :
انا من الله والمؤمنون مني
Daku daripada Allah dan org mukmin drpdku, sbb itulah disebut dlm selawat fateh, Al Fatihi bermaksud pembuka hadrat ketiadaan, dgn sbb Hakikat Rasulullah Saw wujudnya kewujudan.
Jadi Rasulullah(hakikat Rasulullah SAW) ada sblm ada kewujudan makhluk Allah yg lain,
dan dlm hadrat ketunggalan inilah Rasulullah digelar Ahmad, Ahmad bukan hanya bermaksud tafdil (yg plg byk memuji Allah) tapi juga bermaksud
"Hamid Awhadu"
iaitu yg satu-satunya memuji Allah sblm ada kewujudan dan martabatnya turun (tanazul) daripada Ahmadiyah kpd Muhammadiyah iaitu yg dipuji oleh seluruh makhluk, bersyukurlah kpd atas asbab kewujudan makhluk, lihatlah dalam alam ini Rasulullah dinamakan Muhammad iaitu 'Mahmud' :
yg dipuji oleh makhluk
sbb seluruh makhluk sblm adanya Hakikat Rasulullah tersimpan dalam hadrat ketiadaan حضرة العدم dan kerana baginda Rasulullah lah keluarnya seluruh makhluk daripada hadrat ketiadaan kpd hadrat kewujudan,
sbb itulah semua makhluk memuji baginda, kerana Rasulullah adalah kunci kewujudan ini, tanpanya tidak boleh makhluk keluar daripada hadrat ketiadaan kpd hadrat kewujudan, dan masa Rasulullah menyembah Allah dan syukur Allah itu cara tunggal dinamakan hadrat itu Ahmadiyyah, yg memuji Allah secara tunggal sblm dipuji selainnya, kemudian tanazul kpd Muhammadiyah yg menjadi bekas kpd alam, dan Allah menyuruh Alif Ahmadiyah itu membulat menjadi Mim Muhammadiyah, dari Ahmad jadi Muhammad, jadi bekas alam yg meliputi seluruh makhluk,
diisyaratkan perkara ini dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah, Rasulullah keluar dr bulatan alam, Jibril sampai kpd had bulatan alam(sidratul Muntaha) dan terhenti disitu, luar bulatan alam tiada tempat, tiada masa yg dikenali, tiada yg boleh keluar dr bulatan alam itu, kalau keluar juga maka akan masuk ke hadrat ketiadaan kecuali Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan