Jikalau saya sakit, apakah Allah SWT juga sakit ?
Daripada ungkapan tersebut membuatkan saya tiba-tiba mahu tersenyum apabila sepintas lalu terpandangnya dipaparan media sosial.
Bukanlah secebis persoalan untuk saya tumpang menjawabnya, akan tetapi saya segera teringat akan bagaimanakah Tuhan telah menyinggung Nabi Musa AS :
"Wahai Musa, AKU ini sakit. Mengapa engkau tidak datang menjenguk ?..."
Nabi Musa AS yang tidak menjangkakan akan teguran Tuhan itu, maka terdesak bertanya :
"Wahai Tuhan ! ENGKAU adalah Tuhan sekelian alam, manakah mungkin ENGKAU sakit ?..."
Tuhan pun menjawab bahawa adanya seorang Hamba yang sangat Dicintai-Nya, tetapi ia tinggal berjauhan dan bersendirian kerana tidak pernah diambil peduli oleh masyarakat disekelilingnya.
Kini, telah sekian lamanya dia terlantar sakit keseorangan, tiada sesiapapun yang sudi datang untuk merawatnya.
Kata Tuhan lagi :
"Selama dia keseorangan, AKU yang menjadi temannya..."
Nabi Musa AS pun menjadi amat terharu mendengarkan penjelasan Tuhan itu.
Maka, ternyatalah bukannya Tuhan yang sakit !
Sebaliknya, yang sebenar-benarnya sedang sakit itu adalah merupakan seorang 'Kekasih' yang tidak dikenali oleh makhluk dimuka bumi ini, tetapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui akannya.
Nescaya Tuhan juga MAHA MENGETAHUI akan segala sesuatu dan bagaimanakah rasanya Kesakitan itu.
Andaikata persoalan tersebut :
"Saya sakit, apakah Allah SWT juga sakit ?..."
Jadi diperlukanlah kefahaman makna Ontologis secara Spiritual.
Maka Kecederasan pandangan kita terhadap Hakikat Hidup ini akan segala perihal sakit, sihat, miskin, kaya, cantik, hodoh, baik, buruk dan kesemuanya itu adalah Limpahan Manifestasi daripada Tuhan, tetapi hanyalah yang bersifat sementara dan tidak memiliki wujudnya yang tersendiri.
Jadi apakah adanya jarak perbedaan diantara kita dengan Tuhan ?
Kemungkinan saja itu adalah puncak pengucapan daripada seorang 'Pencari Tuhan' yang telahpun mencapai tingkatan Spiritual yang paling teratas dan berada diruang lingkup kebebasan yang tidak lagi memerlukan Strukturalisme.
Didalam perspektif SUFI,
Ini diistilahkan level 'MAHABBAH' ataupun 'CINTA'.
Sedalam-dalamnya CINTA itu dapat dirasakan Ke'MAHA'an-NYA setelah Melarutkan Keakuan dan kembali dengan Penyerahan secara Optimal kepada Tuhan sebagaimana Hakikat Diri itu asalnya dahulu adalah memang tidak ada.
CINTA menawarkan sebuah pakej yang Berintisarikan penderitaan, pengorbanan, kerinduan, kesakitan, kemiskinan, kebahagiaan, kesunyian, keasingan dan segala-galanya.
Seorang Insan yang telahpun jatuh CINTA pada Tuhan, maka ia adalah Pesakit yang tidak akan mahu Merawat dirinya sendiri dan menolak kesemua Penawar yang datang daripada dunia Fana ini.
Apa-apapun yang dia ucapkan sama apa yang Tuhan ucapkan, dan apa-apapun yang Tuhan ucapkan sama apa yang dia ucapkan.
Kembali Menyata akan segala Hak-Hak Tuhan Diawal dan Diakhirnya. Maka dirinya sudahpun tiada atau Lebur.
Kalam Hikmah Tok Kenali :
"JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI..."
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan