-KISAH PERJALANAN KERUHANIAN SAYIDI AHMAD ALHADI
-KISAH KEWALIAN ATAS JIN DAN MANUSIA
-SANAD ZAHIR YANG PALING DEKAT DENGAN RASULULLAH
-HANYA DENGAN PERANTARAN 1 DAN 2 PERANTARAAN
KISAH KEKERAPAN BERSALAMAN DENGAN RASULULLAH SAW
* بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم *
Inilah sebahagian kisah yang berlaku ke atas diriku bersama Wali Qutub bagi Manusia dan Jin, yang dikagumi oleh bangsa Arab dan kabilah bumi Sudan(orang kulit hitam)
Iaitu Sidi Maulai Muhammad Mukhtar Alawi Asy-Syinqiti yang dikenali oleh kaumnya dengan nama Sayyid Dahah
Kataku :
Beliau ialah seorang Syeikh yang Kamil lagi wasil,keturunan pimpinan Khalifah² dan wali² Qutub yang mewarisi kewalian daripada para pembesar² auliya
Kewalian dan kekhalifahan diatas 2 bangsa iaitu Manusia dan Jin yang diwarisi sejak daripada bapa²nya dan datuk²nya yang mulia dari kalangan lelaki dan perempuan.
Yang masyhur mereka itu disisi kabilahnya sebagai keturunan yang mempunyai ilmu dan rahsia pada bumi Asy-Syinqiti iaitu kabilah Idau Ali, kabilah terpilih.
Datuknya ialah Sayyid Muhammad Al-Hanafi adalah seorang daripada kalangan sahabat pilihan kepada Sidi Muhammad Al-Hafiz Asy-Syinqiti RA yang masyhur sebagai pintu hadrahnya sepertimana telah di-isyaratkan atas perkara itu di kalangan orang² Khas dan orang awam.
Dan nasab sebelah ibunya yang terpelihara bersambung kepada hadrah Al-Arif Akbar Mahmazan Bin Babana Al-Alawi empunya tangan (صاحب اليد ),Tangan kanannya lebih panjang dari tangan kirinya kerana kekerapan dapat bersalaman dengan Sayyidul Wujud ﷺ secara yaqazah,
beliaulah yang menjadi asbab kepada kemasyhuran Sidi Muhammad Al-Hafiz Asy-Syinqiti RA (dan toriqah Tijaniyyah)
Yaitu setelah Syeikh Tijani RA memerintahkan Sidi Muhammad Al-Hafiz Asy-Syinqiti RA dengan katanya yang mulia :
" لا تظهر نفسك حتى يُظهرك الله "
"Janganlah engkau menzahirkan dirimu sehingga Allah yang menzahirkan kamu"
( Ia berlaku pada kisah yg dimaklumi, masyhur dan telah disabitkan di sisi ahli sirah daripada kalangan ahli Toriqah kita)
Sambungan..
Aku bertemu dengannya ketika aku dalam keadaan lenyap, fana’ dan ahwal jazbah ,dan ketika aku dalam pengembaraan yang hanya berbekalkan tawakal semata-mata,
Beliau RA telah menyingkapkan kepadaku tanpa menunda kata²nya pada pertemuan pertamaku dengannya,
Yaitu dengan beberapa perkara itu tidaklah diketahui melainkan hanya Allah SWT
Dan beliau RA menyingkapkan kepadaku diatas kewaliannya yang tinggi dan Khalifahnya yang sempurna daripada Allah dan Rasulullah ﷺ serta Sayyidina Syeikh tanpa didahului dengan imtihan dan ujian.
Dan kerana kata²nya itu,ia menjadi asbab aku memotong pengembaraanku dan mengubah haluanku ke arah khemah² dan tempat tinggalnya di pendalaman padang sahara bumi Asy-Syinqiti iaitu disekitar bandar Infini berdekatan dengan kubur Sidi Muhammad Al-Hafiz Asy-Syinqiti yang masyhur seperti disebutkan diatas tadi
(yang mana beliau seorang daripada murid Sayyidina Syeikh Tijani RA dan pintu hadrahnya di dalam iklim Asy-Syinqitiah dan Sudan)
Kerana telah masyhur dan tersebar toriqah ke arah tempat itu dengan sanadnya yang tinggi
Dan Sudah memada kemasyhurannya dengan dengan penzahiran Khalifah Haq ke-6, Sultan bagi Ulama’ dan Alim bagi para Sultan², pembuka bumi Afrika dan yang mengurus atasnya ketika masa hayatnya dan kisah persembunyian-nya
(-beliau adalah Uwais hadrah kita-)
Iaitu Sidi Al-Haj Umar Bin Said Al-Futi murid kepada murid Syeikh Tijani RA.
Beliau RA telah memberi kesaksian kepadaku pada awal pertemuanku di hadapannya dengan perkara yang sukar diungkapkan dengan kata² dan ke-engganan diri daripada menyebut akannya kepada selain daripada ahlinya,
Sehingga salah seorang anaknya yang terhormat telah terdengar apa yang diungkapkan oleh Beliau terhadapku
maka anaknya itu telah menundukkan dirinya untuk mengucup kakiku,
lalu aku cepat² menarik kakiku kerana beradab dengan hadrahnya yang mulia
(Pada satu ketika)
Beliau telah menyuruhku kembali kepada khemah²nya untuk berkahwin dengan ahli keluarganya yang mulia,
Dan hadir bersama kami ketika itu Imam Masjidnya dan cucunya yang dihormati Sayyid Muhammad Yanjah Ibnu Sayyidi Muhammad Al-Hanafi Bin Dahah yang masyhur.
Kataku kepadanya :
" كيف يسعني الزواج وأنا على قدم التجرد والسياحة ، غارقًا في أحوال الجذب ، مُتنقلا من أرض إلى أرض من غير هدفٍ ولا قصدٍ ولا أدري أين يستقر بيَ المقام ، فكيف يكون حالي إذا تولَّد عن هذا الزواج خِلفةٌ وولدٌ
"Bagaimana membolehkan aku berkahwin sedangkan aku ini dalam keadaan tajarrud dan dalam pengembaraan, tenggelam didalam keadaan jazbah serta berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa arah tujuan dan aku tidak tahu dimana aku akan menetap secara tetap, dan bagaimana hal keadaanku akan datang jika dengan perkahwinan ini meninggalkan tinggalan dan anak ?"
kemudian Beliau RA memandang ke arahku dengan segera, dan berkata dengan lisan izin Ilahi yg tidaklah mampu mengungkap akannya melainkan orang yang seumpamanya drpd pembesar² Auliya' sebagai gantian kata² drpd hadrah Allah dgn penuh kasyaf
" لا ولد لك منها "
"Tidak akan ada anak kamu daripadanya "
Kalam seumpama ini tidak akan keluar melainkan melalui orang yang tetap kasyafnya daripada hadrah Allah.
-Yaitu kasyaf yg datang drpd Hadrah firman Allah SWT :
"وعنده أم الكتاب"
"Dan disisiNya Ummul Kitab"
-Dan Bukanlah drpd hadrah
" يمحو الله ما يشاء ويُثبت "
"Allah memadam apa yg Allah kehendaki dan mensabitkan/menetapkannya ".
Kerana kasyaf yg zahir drpd lauh/lembaran
" taqdir Penukaran ",
kemungkinan bersalahan atau kemungkinan tidak berlaku seperti mana diketahui dikalangan pembesar Auliya'..
Maka berlakulah apa yg dikhabarkan dengannya yaitu ketika beliau mmberitahu
" tidak akan lahir anak drpdnya"
Maka berlakulah Seperti mana beliau telah memutuskan akan perkara itu.(pada kasyafnya)..
Walhal telah diketahui bahawa perempuan itu telah memiliki seorang anak lelaki dan perempuan daripada pernikahannya yg awal
Dan Secara hakikatnya semenjak hampir lebih drpd 10 tahun aku lalui,
Aku tidak pernah bertemu dengan orang yang sebanding dengan beliau dalam pengembaraanku,
Yg mempunyai ketetapan kasyaf,berbicara dgn lisan hadrah serta penguasaannya yg sempurna akan ilmu² sir, dan rahsia²
Beserta kepakaran menguasai ilmu 2 hadrah iaitu Ahmadiyah dan Muhammadiyah
Kataku :
“bagaimana tidak berlaku yg demikian itu sedangkan telah mentalqin akannya oleh ketua dan guru zamannya iaitu Khalifah hadrah Syinqitiyah,Dan pewarisnya Sempurna kepada hadrah ar-Ribatiyah (yakni Sidi Arabi As-Saihi)
beliau adalah Imam Allamah,Pakar, Penghujah semasa yaitu As-Syeikh Abdullah bin Muhammad Fal bin Babah Al-Alawi Asy-Syinqiti,
Beliau ini adalah ayah kepada Imam As-Saddah Malikiyah wa Baqiyatul salaf daripada bumi Asy-Syinqitiah pada zaman ini
Dan juga pewaris kepada empunya hadrah An-Nabaghiyah yg masyhur Asy-Syeikh Al-Imam Abah Wuldu Fal Hafizahullahu Ta’ala
dan semoga Allah memberkati pada nafas²nya dan memanjangkan umurnya..
Drpd perkara yg ajaib berlaku padaku ketika disana ialah ke-enggenanannya utk mentalqin dan mentajdidkan daku walaupun berkali² aku memintanya.
Dan adalah drpd adatnya ketika keluar utk ziarah Sidi Hafiz Asy-Syinqiti yg berlaku 2 hari seminggu dan beserta dengannya rombongan lain drpd kalangan penduduk dan orang² jauh yg bertujuan ziarah bersamanya.
Sekira² Telah dimaklumi bahawasanya tanah di sekitar kubur Sidi Hafiz menjadi penyembuh bagi penyakit² zahir dan batin
Dan adalah Sidi Mukhtar dahah RA mentalqinkan toriqah dihadapan kubur Sidi Hafiz Syinqiti RA dan menggepal tanah serta diberi kpd masyarakat. Orang ramai berbaris panjang utk mendapatkan tanah itu.
Ketika aku duduk bersama mereka di satu saf sehingga sampai giliranku utk tajdid toriqah lalu beliau menggenggam tangannya (tidak hulur) dan senyum ia serta berkata :
“ أنتَ ما تَبلى “
Diri kamu tidak akan reput
Kemudian Beliau juga pernah berkata kepadaku pada majlis yg lain :
لا داعي للبحث والتجوال في طلب المربي ، فالشيخ التجاني بنفسه رضي الله عنه من تكفل بك من غير وسائط ، فهو شيخك المباشر ولا يستطيع أحد أن يدخل بينك وبينه
“tidaklah perlu mencari dan menjelajah untuk mencari murobbi kerana sesungguhnya Syeikh Tijani lah guru kamu tanpa ada perantaraan, beliaulah guru kamu secara langsung dan tidak ada seseorang mampu untuk campur tangan diantara kamu dengan beliau”
Dan aku telah menyebut pada suatu hari akan sanad Baqiliku, sanad yang aku berbangga dengan masyrab, sanadnya dan bersangatan murni zauq²nya
Dan tidaklah aku menisbahkan melainkan kepadanya atas sudut Mahabbah walaupun berbilang dan banyaknya sanadku
Dan beliau berkata kepadaku dan memberi jawapan melalui kasyaf dan pengkhabaran ghaib :
دعك من أهله الوقتيين فإنه قد أعماهم التعصب ولا خير لك في مُخالطتهم
"Tinggalkan engkau drpd perlakuan ahwal ahli waktu/semasa kerana sesungguhnya telah membuta akan mereka itu oleh sifat taksub mereka dan tidak ada kebaikan bercampur dgn mereka."
Kataku:
Inilah hakikat sebenar yg aku dapat lihat ketika aku tinggal bersama mereka sepanjang aku berada di bumi Maghribi dimana aku mendapati mereka jauh dgn masyrab (albaqili) dan diuji mereka itu dgn taksub yg menyebabkan perpecahan ummah apatah lagi perpecahan dikalangan ahli toriqah, dan jauhnya mereka dgn sunnah Nabi ﷺ
dan secara khususnya aku melihat bermudahnya ahli toriqah memakai pakaian era alaf baru Yang menjauhi pakaian ikut fitrah dan sunnah nisbah pakaian dan tingkah laku yg baik.
dan diantara yg demikian itu mereka mencukur akan janggut
dan begitu juga terpesongnya pembesar² dan ketua² tanpa disebut sesiapa kerana menutupi akan aurat/aib mereka.
Ada yang terpesong hingga jadi Rafidah dan mencerca Saidina Umar dihadapanku dan temanku pada waktu itu, semoga Allah melindungi kita drpd pengabaianNya (setelah menerima taufiq dan hidayah).
tambahan pula kerapnya mereka menonjolkan diri dihadapan makhluk Allah dgn mengingkari dan memperkecilkan yg lain dgn sebab apa yg mereka sangka akan ketinggian masyrab mereka atas masyrab yg lain,
Dan Itulah kebenaran, (ketinggian masyrab Syekhuna Al-Ba'qili bagi sesiapa yang secara hakikat atas masyrabnya bukan pada sangkaan,seperti mana keadaan kebanyakan ahli waktu pada ketika ini)
Dan setelah ziarah gua tempat persembunyian Sidi Al-Haj Umar Al-Futi dan tempat khalwatnya itu, dan sampailah waktu izin khas dari Futa Masinah untuk kembali kepada bumi Maghribi, maka aku memulakan perjalananku kepada hadah Fes dimana padanya berlaku banyak kisah² pelik yg bertasaruf padanya oleh Syeikhuna Dahah yg disebutkan diatas.
Yaitu ketika bertasarruf Sidi Mukhtar Dahah kepada diriku hingga menarik aku pergi ke hadrah Syeikh Tijani RA dan mengeluarkan aku dari pedalaman bumi Futa dimana aku hampir menjadi ahli masyarakat bumi itu,
Dan tatkala aku sampai ke Fes aku mendapati Sidi Mukhtar dahah sedang menantiku di depan maqam Syekhuna Ahmad Tijani RA.
Kemudian kami saling mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat ke Malaysia pertama kali
dan kata² yg akhir yang beliau berkata kepadaku ialah dengan perkataan yg masyhur disisi Khalifah toriqah kami dan menambah padanya :
" توجه حيثما شئت فإنك منصور ومحبوب ومقبول "
“Tawajjuh(menyeselusurilah) kemana² saja yg kamu kehendaki,sesungguhnya kamu akan dibantui, dikasihi dan diterima”
…….
Dan kembali kepada kisah utamaku (pengembaraanku),
Selepas itu aku berpisah dgn Sayyid Dahah (ketika di Mauritania)dan memasuki bumi Sudan utk mengziarahi pusat² hadrah Al-Futiyah selama 2 tahun dan aku menghabiskan masa dgn merantau diantara bumi Al-Futa yg 3
1) Futa Turu = Tempat lahir dan tempat besarnya Sidi Umar Alfuutu
2) Futa Jalun = Tempat zahirnya sidi Umar Alfuuti dengan izin Ilahi utk mendirikan daulah Al-Futiyah dan menghidupkan resam jihad
3) Futa Masinah = Tempat ghaibnya dan persembunyiannya.
Aku berkata itulah bumi² Futa yg Rasulullah SAW telah menyuruh guru kita Sidi Umar Futi utk mengtauhidkan tempat itu dan menghilangkan apa yang berada pada pemerintahan² kafir.
Dan telah berlaku padaku pada arah itu perkara yg sukar diungkapkan dengan kata² daripada perkara² yg ajaib dan pelik.
Sesungguhnya aku adalah tetamu Syekhuna Sidi Umar Futi pada masa tersebut.
، ،
Dan setelah ziarah tempat persembunyian Sidi Al-Haj Umar Al-Futi dan tempat khalwatnya itu, diilhamkan daku dari Futa Masinah untuk kembali kepada bumi Maghribi, maka aku memulakan perjalananku kepada hadrah Fes dimana padanya berlaku banyak kisah² pelik yg bertasaruf padanya oleh Syeikhuna Dahah yg disebutkan diatas.
"
Yaitu ketika bertasarruf Sidi Mukhtar Dahah kepada diriku hingga menarik aku pergi ke hadrah Syeikh Tijani RA dan mengeluarkan aku dari pedalaman bumi Futa dimana aku hampir menjadi ahli masyarakat bumi itu,
Kemudian setelah apa yang berlaku, iaitu sejurus kebarangkatanku dari Hadrah Fes, aku bertemu dengan Qutub Bumi Maghribi yang mana beliau sedang menantiku dgn arahan drpda hadrah Nabi di maqam Sidi Muhammad Al-Arabi As-Saihi Al-Umari di zawiyahnya Rabat, iaitu Qutub yang berumur panjang Al-Musnid Sidi Maulay At-Tuhami Al-Wazani, beliau telah memberitahuku bahawa beliau adalah salah seorang yang pernah bertemu dgn Sidi Ahsan Al-Ba’qili ketika hari² penjelajahan dan pengembaraan di bumi Maghribi , (ketika beliau masih muda)beliau menumpang penempatan disekitar penempatan “Al-Qasar Al-Kabir”
Dan telah mendahului kelahiran Qutub yang berumur panjang ini atas kelahiran Syekhuna Al-Ba'qili RA lebih dari 10 tahun dan dilambatkan kematiannya dgn perbezaan yg panjang dengan Syekhuna Al-Ba'qili RA.
Beliau wafat pada umur 140 tahun atau lebih, kerana itu juga beliau dikenali sebagai orang yg bertemu Khalaf dengan Salaf nisbah syariah dan toriqah.
Dan beliau meriwayatkan ilmu syariat daripada pimpinan Ulama' Kattani yg terdahulu dan seumpama mereka dari ahli Fes dan beliau juga meriwayatkan toriqah dengan sanad melalui ramai perantara² dan khalifah² yang terawal
Dan Sayyid Dahah dikira dalam kalangan tabiin dan tabi'-tabiin
kerana beliau telah bertemu dan bersuhbah dgn baki kalangan sahabat Nabi dari kalangan jin khususnya Sayyid Syamharush Qadhi Jin dan ahli keluarganya.
Kemudian di antara 2 keluarga tersebut iaitu keluarga Sayyid Dahah dan keluarga sahabat jin tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dan hubungan Susuan.
Sayyid Syamharush diketahui perdampingan/Suhbahnya dgn ahli toriqah kita sejak mula Syeikhuna mengasaskan toriqah ini dan bersuhbah dgn pembesar toriqah ini sejak Sidi Ali Harazim menjadi pintu kepada hadrah Syeikhuna.
Sidi Ali Harazim RA telah mengembara ke bumi Sijlamasiah berbulan² untuk bertemu sahabat Nabi dari kalangan jin tersebut utk menerima secara langsung Hizbu Saifi yang beliau terima drpd Nabi ﷺ.
Maka dengan itu, Syekhuna Dahah meriwayatkan drpd hadrah Nabawi :
1- dengan 1 perantaraan iaitu drpd Sayyid Syamharush...
2-dan dengan 2 perantaraan iaitu drpd anaknya Sayyid Abdullah bin Al-Qadhi Syamharush semoga Allah meredhoi mereka semua.
Leluhur Sayyid Dahah telah bertasaruf terhadap qabilah² jin ketika perang dakwah agama Islam dan dakwah toriqah yg telah makruf dikalangan ahli daerah itu , terkenal serta tersebar secara meluas perkara ini dikalangan mereka.
Sesungguhnya dalam qabilah tersebut ada seorang yang memiliki tangan kanan panjang (daripada kirinya)dari leluhur mulia mereka yg menjadi Khalifah² yg sempurna dalam hadrah Tijani sejak datuknya yg pertama yg telah bersuhbah dengan Sidi Muhammad Hafiz Asy-Syinqiti yg digelar Sidi Muhammad Al-Hanafi
berterusanlah kekhalifahan itu sampai hingga kepada Syekhuna Sayyid Dahah dan tanpa syak hal itu berterusan berlaku atas zuriatnya sehingga kini.
Moga Allah berkati pada mereka
Dan drpd perkara yg jarang² sekali berlaku,ketika bersama beliau ialah bahawasanya aku bersungguh utk menulis akan kesahihan nasabku kerana pada adat ahli maghribi adalah tidak meyakini akan nasab melainkan dengan kesaksian Auliya' yg sempurna.
Dan beliau telah menjawab akan daku dgn risalah yang menyaksikan pada diriku akan nasab dan memenuhi dalam risalah tersebut sighah lafaz Ismul A'zhom yg khas sebagai hadiah drpdnya kepadaku dan telah menulis risalah itu oleh cucunya yg dihormati
(Nama beliau telah disebutkan di atas)
Dan setelah sampai diriku di Malaysia dan setelah sekian lama metetapku ini, aku telah dikejutkan dengan kehilangan risalahnya yg ajib itu
yg telah memulakan oleh Syeikhuna Mukarram dengan ungkapannya:
"wahai anak Fatimah Az-Zahra dan menamakan daku dgn Sirnya yg mulia... hinggalah kepada akhir kalamnya .
Maka aku menghubungi cucunya utk mendapatkan salinan itu kerana adat penulis risalahnya yg khas (dan izin Sayyid Dahah),
Ialah disalin setiap jawapan atau risalah atau ijazah atau nuskhah yg lain bahawa disimpan dalam simpanan² mereka.
Dia (cucu Sayyid Dahah) menjawabku dengan jawapan yang lebih menghairankan daripada apa yang berlaku terhadap risalahku yg telah hilang secara tiba²,
beliau berkata kepadaku ketika aku ingin menulis jawapan kpd kamu mengikut akan lisan Sayyid Dahah
Maka aku ingin menyalin nuskhah ini seperti kebiasaanku tetapi Sayyid Dahah berkata
هذه لا تنسخ عنها شيئًا
"Ini Jangan kamu menyalin apa² drpdnya".
Dan Telah berlaku kepadaku juga bandingan kisah ini, yaitu ketika awal pertemuanku dgn Sidi Dahah, ketika mana anak perempuannya cuba merakam didalam handphone mereka apa yg berlaku antara kami waktu perbincangan² ,penyingkapan² rahsia dan perkhabaran Rabbani
dan setelah beberapa hari,dan setelah kepulangan mereka daripada Noksyut ibu negeri Mouritania ke perkhemahan mereka di padang sahara
Aku meminta kpd mereka akan rakaman ketika mana aku berbicara dgn Sidi Dahah drpd perkara yg ajib dan pelik² pada hari itu,
mereka menjawab bahawa rakaman itu semuanya terpadam dari handphone mereka secara tiba².
tidaklah tinggal walau satu huruf pun drpd apa yg telah dirakam oleh mereka pd hari tesebut. mereka telah diberitahu akan keadaan itu tanpa merasa pelik dan hairan
kerana mereka mngetahui akan tasaruf Sidi Dahah
kerana diketahui tasarufnya itu secara mutlak terhadap alam ini,
dan tidaklah mereka daripada anak lelaki dan perempuannya melainkan telah dibawa jelajah ke alam ghaib dan hadrah rabbaniyah sejak kecil lagi.
dan Sidi Dahah memperlihatkan kepada mereka apa yg melemahkan akan lidah² mereka menceritakan akannya.
Inilah keadaan Sebenar yg berlaku,
bahawa mengenali akan wali itu terlebih sukar drpd mengenal Allah SWT.
semoga Allah SWT tidak menghalang kita daripada bertemu dengan mereka didunia dan di akhirat
Kita berlindung drpd Allah drpd menghakimi satu perkara, yg mana perkara itu akan menyebabkan hamba itu terhijab untuk bertemu mengenal pilihan² dan khalifah² Allah,
bahkan perkara itu (terhijab ) mensia²kan akan umur
Yang membawa pengakhiran yang sia-sia yg tidak dipuji akannya
Syukur kepada Allah yg mmpermudahkan kpd kita, yg menyampaikan kita utk bertemu dgn mereka, mengambil ilmu dari mereka dan daripada pewaris² mereka.
Hanyasanya itu kurniaan dan anugerah drpd Allah.
Inilah kisah² dan kenangan yang dapat dikongsikan bersama
Allahlah yg menyatakan sebenar² kebenaran dan Allah-lah yg memberi hidayah
dan selawat dan salam kepada Nabi yg mulia dan ahli keluarga serta sahabatnya drpd setiap org yg merdeka dan ada asal usulnya.