بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
Antara syarahan Sayyidi pada malam ini yang dapat di ambil dan di simpulkan ialah hendaklah kita membetulkan jasad, hati dan ruh kita mengikuti Rasulullah ﷺ.
Jasad itu di betulkannya dengan Syariat
Hati itu di betulkannya dengan Tarekat
Ruh itu di betulkannya dengan Hakikat
Itulah 3 martabat yang disebut dalam hadis Jibril tentang Islam, Iman, Ihsan.
Janganlah kita berhenti pada syariat sahaja dan waspadalah daripada Fuqaha', Ustaz², Imam², Mufti² yang menghalang orang daripada berjalan menuju Allah.
Mereka yang menghalang manusia daripada ber-tarekat adalah perompak jalan ILAHI kerana Allah menyuruh hambaNya berjalan
datang kepadaNya.
Andai pada diri Ustaz², Fuqaha' dan Mufti² yang ada keinsafan dalam diri mereka sendiri setelah mengajar syariat akan beritahu muridnya bahwa yang mereka ajar ini adalah medan badan/jasad sahaja, ada lagi 2 medan yakni medan hati dan Ruh yang perlukan murobbi.
Medan ini ada izin khusus, ada ahlinya merekalah Auliya' Allah. Dan menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, mencari murobbi/mursyid itu adalah Fardhu Ain dan perlu bersegera tidak boleh melambatkan kerana tidak tahu bila ajal kita datang.
Dan peringatan bagi kita semua jangan lah merasa cukup dengan jasad/badan kita, teruskan berjalan dengan petunjuk Murobbi/Mursyid. Dan kepada Fuqaha', Ustaz², Mufti² insaflah dan jangan sesekali menjadi Perompak Jalan Ilahi.
Wallahu'alam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan