Selasa, 30 Julai 2024

-Bahaya ahli bidaah -Bahaya ahli Hawa' -Mubasyirat Auliya


وأنك تشفع يوم القيامة في عدد ربيعة ومضر
Sesungguhnya kamu dapat memberi Syafaat kepada bilangan penduduk kabilah Rabi'ah dan Mudhar 

Di antara mubasyirat bagi Penghulu Tabii'n adalah beliau dapat memberi Syafaat kepada bilangan penduduk kabilah Rabi'ah dan Mudhar 

Dan dalam riwayat lain 
Sebanyak bilangan bulu kambing/biri² dalam kabilah Rabi'ah dan Mudhar 

Syafaat² seperti Sidi Uwais Al-Qarni diharuskan kepada sesiapa daripada kalangan Auliya dan orang² Saleh seperti Penghafal Al-Quran dan seumpamanya 
Tiada tegahan daripada syara' terhadap demikian itu 
Bahkan Apa yang harus pada Nabi SAW daripada perkara yang mencarikkan adat daripada mukjizat² Baginda SAW 
Harus Juga Bagi Wali atas Jalan Karomah

" كل ما جاز أن يكون معجزة لنبي 
جاز أن يكون كرامة لولي"

Ertinya: 
Setiap perkara yang harus berlaku nisbah mukjizat kepada Nabi 
Maka harus berlaku nisbah karomah kepada wali 

Perkara ini telah masyhur dan di sisi Ulama dan disepakati akan perkara itu ...
Melainkan mereka² yg pegangan Asasnya terkeluar daripada kelompok SAWADUL A'ZHOM atau kelompok Ahli sunnah Wal jama'ah ...

Begitu juga perbahasan masalah mubasyirat tentang kelebihan² yang dinyatakan oleh Auliya terhadap pengikut mereka 
Melalui pengkhabaran yang diterima Daripada Rasulullah SAW dan umpamanya ..

Umpamanya barang siapa yang mengikat bai'ah/memasuki Toriqah sekian² akan memperolehi sekian² kelebihan ..

Perkara/permasalahan ini telah masyhur bagi Pengamal Tasawwuf secara Amnya dan pengamal Toriqah secara Khususnya 
Seperti kelebihan membaca hizib Bahar atau hizib Imam Nawawi , Ratib Haddad dan lain-lain...

Sampai bila kita sebagai Majoriti umat Islam kena meraikan kumpulan² bidaah yang telah manipulasi Negara kita, jabatan² autoriti dan media² sosial sehingga kebenaran/Hak terpaksa disembunyikan drpd pengetahuan masyarakat 

Serta pada masa yang sama kita berdiam diri dan membiarkan mereka berleluasa menyebar akidah songsang 
Dengan slogan Al-Quran dan As-Sunnah atau seumpamanya 
Hanyasanya Untuk mengaburi mata masyarakat dan menjauhkan masyarakat daripada Tasawwuf Arifin dan jalan Auliya 
Yang adalah Tasawwuf/jalan Auliya itulah intipati Setiap individu Muslim...

Sebab itu kita tidak pernah jemu dan putus asa menasihatkan dan memperingatkan ummah bahayanya Ahli bidaah dan fahaman ahli Hawa' di dalam masyarakat 

Samada di dalam mana-mana parti atau pertubuhan atau lainnya 

Kerana Jikalau dibiarkan perkara ini berterusan sehingga ke tahap yang lebih parah 
Tiada jalan untuk memulihkan masyarakat dan Negara ...

Kerja buat mereka seperti mana musuh² Islam menangkap para pemimpin² Sufi/Toriqah yang memimpin ummah melawan kafir dan penjajahan mereka ...

Dan contoh terbaik jasa pemimpin Toriqah Auliya disebelah utara tanah air kita 

Pemimpin² Toriqah Sufi yg mengetuai ummah dan mempertahankan Negara 

Seperti Syeikh Abdul Samad Palembangi, Syeikh Daud al-Fathani dan lain-lain 

Sedarlah dan bangkitlah..

ألحق احق ان يتبع

Tiada ulasan:

Catat Ulasan