Isnin, 1 Julai 2024

BERTASAWUF HENDAKLAH DENGAN GURU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Syeikh Jibril Al Khorma Baazi r.hu (ertinya); 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya orang yang lemah dalam pengetahuan dan dalam kebijaksanaan, apabila ia mengembara di alam syahadah (alam jasmani), sama ada di laut atau di darat, jika ia pergi tanpa diberi petunjuk oleh seseorang, secara adatnya ia akan sesat dan hilang begitu sahaja, melainkan ia bernasib baik dapat sampai ke tempat tujuannya. 

Dan bagaimana pula jika seseorang itu mengembara di alam ghaib, alam yang tidak dapat dicapai oleh panca indera yang lima. Maka wajiblah bagi orang yang mempunyai gerak hatinya, mengerah kesungguhannya dalam mencari seorang petunjuk yang arif (Wali yang Kaamil, Arifbillah, Mursyid) dengan petanda-petanda yang ada di jalanan dan yang mengetahui kemungkinan bahaya dan mala petaka (Kasyaf, Futuh, Asrar dan umpamanya) yang menghalang seseorang itu di pertengahan perjalanannya. 

Dan juga mencari petunjuk (Guru/Syeikh/Murobbi) tersebut, supaya memberitahunya bagaimana untuk melintasi jalan dicelah-celah bukit-bukau, dan kawasan lembah-lembah yang ada di kawasan pendalaman yang sangat jauh. 

Iaitu hendaklah seseorang itu mencari seorang petunjuk yang benar (Wali Allah/Syeikh/Murabbi), yang telah berulang kali sampai ke tempat tersebut (Wali yang sudah menempuhi liku-liku kehidupan seorang salik), iaitu Wali tersebut telah pun berada dalam hadrah hakikat. 

Maka apabila seorang Salik itu menemui wali tersebut, hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada Wali itu, dan membiarkan Wali tersebut menguruskannya, dan menceraikan ikhtiar dirinya dengan talak tiga (selama-lamanya) dan menyerahkan segala ikhtiar dirinya kepada
kehendak wali tersebut. 

Ulasan Pengarang (Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala); 

Jika seorang murid itu bersikap telus dengan gurunya dalam setiap urusan dengan gurunya,maka gurunya akan memaklumkan padanya inilah diri kamu dan itulah Tuhan kamu. 

Telah berkata Abdullah Al-Mursi, beliau adalah guru kepada Ato'illah As-Sakandari; 

Jika seseorang itu masih belum ada seseorang Ustaz yang membawanya sampai ke jalan llahi, dan tersingkap daripada lubuk hatinya rasa selesa
dan cukup dengan apa yang ada, sesungguhnya la umpama anak buangan yang tidak ada baginya bapa dan keturunannya. 

Terhimpun erti perkataan tersebut dalam Hadis Nabi ﷺ (Mafhumnya); 

Ulama adalah pewaris bagi Nabi, tidakkah kamu tahu bahawasanya Nabi-Nabi tidak mewariskan duit dirham dan dinar, tetapi mewariskan ilmu Ulama (Ilmu Robbani/Ilahi). Dan barangsiapa yang mengambil akannya (dari Ulama' tersebut), nescaya ia telah mengambil sesuatu habuan yang sempurna. 

Pewaris yang sebenar ialah ulama yang arif yang mewarisi dari Rasulullah ﷺ segala martabat ilmu, ilmu zohir dan batin, dan berterusan Rasulullah ﷺ mempunyai pewaris yang mewarisi dari Baginda ﷺ. 

Maka ketika itu, menjadi fardhu ain bagi setiap hamba Allah mencari pewaris-pewaris tersebut.
Barangsiapa yang berpaling daripada mereka, maka seakan-akan ia berpaling daripada Rasulullah ﷺ, kerana mereka itu mewarisi dari Rasulullah ﷺ  akan Rahmat dan ketinggian martabat. 

Dari kerana inilah Imam Al Ghazali telah menfatwakan bahawa penyucian jiwa dan mencari Syeikh yang a'rif adalah fardhu ain bagi setiap muslim. 

* Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, Karangan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan