Ahad, 7 Julai 2024

Guruku tak hebat .. ??

Sekumpulan pelajar berbisik bisik sesama mereka didalam kelas berkenaan hal gurunya yg sedang menulis dgn kapur putih di papan hitam.. guru tersebut telah mengajar anak2 muridnya selama 40 tahun dgn kesungguhan dan penuh dedikasi termasuk menjaga masa dan mengumpul segala tenaganya demi memberikan yg terbaik buat anak2 didiknya.

Sebahagian anak2 muridnya mengatakan “ org ramai telah lama bersama guru ini dan tidak kelihatan apa2 pada diri kita ini melainkan keadaan kita yang biasa2 shj jika nak dibandingkan dgn kumpulan pelajar2 yang berada di desa sebelah yg belajar dgn seorang guru dan melihat byk karamah dan perkara2 yg luar dari adat kebiasaan berlaku keatas mrk”

perbualan secara perlahan itu rupanya didengar oleh gurunya dan terdetik didalam hati guru tersebut untuk memberi pengajaran kpd anak2 muridnya..

kesokkan harinya seperti biasa beliau hadir didalam kelas dan menulis dihadapan anak2 muridnya , setelah mnulis beberapa patah perkataan beliau meninggalkan kapur putih melekat di papan hitam melintang tegak dan tidak kejatuhan, melihat akan perkara tersebut murid2nya menjadi kagum , tercengang dan bersemangat , tetapi kmudian disentak oleh gurunya dgn mengatakan “ aku hairan melihat kamu sekalian mengkagumi batang kapur yg melekat di papan hitam yg tempohnya baru sesingkat ini , namun tidak merasa pelik dgn keadaan gurumu yang sudah berdiri sekian lama mengajarkan dihadapan kamu dan org2 sebelum kamu selama 40 tahun tanpa merasa letih “ 

demikianlah niat dan tujuan belajar dan bersuhbah dgn guru bukanlah atas dasar mencari karamah2 tertentu atau keseronokkan duniawi yang melekakan , tetapi adalah semata2 mencari keredhaan mahabbah dan makrifah kepadaNya.

#tak kenal maka tak cinta

والله يهدي فهو الهادي بمنه الى سواء الطريق 🤲🏻

Tiada ulasan:

Catat Ulasan