Sabtu, 6 Julai 2024

BALASAN SEORANG YAHUDI YANG MEMBENARKAN KALAM AL QUTBL MAKTUM SYEIKH AHMAD TIJANI R.HU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Diceritakan oleh Murobbina Hafizahullahu Ta'ala bahawa Al Qutbl Maktum Syeikh Ahmad Tijani r.hu telah berkata bahawa, "sesiapa yang melihatku pada hari Isnin atau Jumaat, maka dia tidak akan dimasukkan dalam api neraka". 

Seorang Yahudi yang bekerja sebagai tukang jahit telah mendengar akan kalam ini, dan berbetulan pula Syeikhuna telah menempah sepasang jubah dengan Yahudi tersebut. Maka apabila jubah tersebut telah siap mengikut hari yang dijanjikan, maka Syeikhuna telah memerintahkan seorang sahabatnya untuk mengambil jubah tersebut. 

Apabila sahabat tersebut datang untuk mengambil jubah yang ditempah, maka si Yahudi tukang jahit itu telah memberikan alasan bahawa jubah tersebut masih belum siap dan beliau berjanji bahawa beliau akan menghantar sendiri jubah tersebut kepada Syeikh Tijani r.hu apabila telah siap.

Bukanlah sebenarnya jubah itu belum siap, tetapi hanya Yahudi itu memberikan alasan supaya beliau dapat menyerahkan sendiri jubah itu kepada Syeikh Tijani r.hu pada hari Jumaat dan dapat melihat wajah Syeikh Tijani r.hu. 

Maka apabila tiba hari Jumaat, si Yahudi itu datang menghantarkan jubah Syeikhuna dikediamannya, dan Syeikhuna bertanya kepada beliau, mengapa jubah itu terlewat disiapkan? Maka dijawab oleh Yahudi itu, bahawa telah sampai kepada beliau akan kalam Syeikh Tijani r.hu bahawa barangsiapa yang melihat beliau (Syeikh Tijani r.hu) pada hari Isnin atau Jumaat, maka dia tidak akan dimasukkan kedalam neraka. Maka dengan sebab itulah dia datang sendiri menyerahkan jubah Syeikh Tijani r.hu pada hari Jumaat semata-mata untuk melihat Syeikh Tijani r.hu.

Maka kemudiannya Syeikh Tijani r.hu telah menyatakan kepada si Yahudi itu bahawa beliau tidak akan mati dan memasuki neraka. Dengan kehendak Allah Ta'ala, Yahudi itu telah hidup lebih lama dari Syeikh Tijani r.hu dan dipenghujung hayatnya, Yahudi itu telah masuk kedalam agama islam dan menjadi salah seorang dari pengikut Syeikh Ahmad Tijani r.hu.

Wallahu a'lam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan