Amalan Yang Sahih Dan Murni Di Dalam Jalan Ilahi ialah Amalan Yang Tidak Disertakan sebarang TUJUAN & HABUAN.
Bilamana Nafsu Kamu Hendak Melakukan Amalan 'Ini' Kerana Ingin Mendapatkan 'Itu', Ketahuilah, Itu Adalah Amalan Yang Tidak Murni Yakni Telah Dikeruhkan. Ini Kerana , Jika Kita Cabut Niat Tujuan & Habuan Tadi, Nafsu Akan Malas Untuk Melakukan Amalan Tersebut, Itulah Yang Dipernamakan Amalan 'Nafsani' (Amalan Tujuan & Habuan).
Tapi, Kalau Kita Cabut Niat Tujuan & Habuan , Dan Kita Masih Rajin & Bersungguh Melakukan Amalan Tersebut, Alhamdulillah, Amalan Tersebut Adalah Amalan Yang MURNI & SAHIH.
Sebab Yang Menggerakkan Manusia Kepada Melakukan Amalan Adalah Tujuan & Habuan. Misalnya , Kalau Kita Minta Seseorang Untuk Kerja Di Kilang Tapi Tanpa Gaji, Nescaya Tiada Seorang Pun Yang Ingin Kerja Disitu.
Agama Kita Mempunyai 1 Tahap, iaitu 1 Tahap Yang Menyembah Allah Kerana Tujuan & Habuan. Rasulullah SAW telah meletakkan tahap tersebut Kerana ada sebahagian dari ummat Baginda SAW tidak boleh Menyembah Allah Melainkan mendapatkan balasan, upah & ganjaran. Tanpa Balasan, upah & ganjaran, nescaya tidak rajin untuk beribadah kepada Allah. Jadi, itulah method Muhammadi untuk menarik orang. Tapi bukanlah yang tinggi & sahih ini kerana ummat Baginda SAW yang Dhaif iaitu berbuat sesuatu untuk mendapat kepuasan beramalan.
Namun, ada 1 tahap yang Tinggi lagi Sahih iaitulah menyembah Allah SWT tanpa sebarang Tujuan & Habuan. Lihatlah Cara ibadah Baginda صلى الله عليه وسلم utk dijadikan contoh dan tauladan ikutan pada ummatnya sepanjang Zaman spt YG tersebut dalam hadith Baginda YG mulia .
Sabda Rasulullah SAW :
Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata;
Bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang disepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda; " Mengapa engkau melakukan begini wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan datang? Maka nabi SAW bersabda; " Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur? "
Muttafaqun 'Alaih
JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEBENAR
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan