Kalam Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala:-
Orang yang inginkan zuhud itu sebenarnya takut akan dunia. Dirinya masih berhajat kepada iradat diri dan tadbir diri.
Pencerahannya amat jelas sekali. Org yg sempurna tdk takut selain Allah. Bagaimana orang yg sempurna takut kpd dunia dan meninggalkan dunia? Apabila berhajat seseorang kepada zuhud, maka dirinya sebenarnya berpaling drpd iradat Allah dan tadbir Allah yang ingin menyempurnakan nikmatNya kepada hambaNya. Dia berpaling kepada iradat dan tadbir dirinya sendiri. Sedangkan iradat Allah itu lebih aula dan disukai oleh orang yang sempurna, melebihi iradat dirinya. Sedangkan diri yg memilih zuhud, merasakan dirinya layak dan berhak atas maqam zuhud, maka itulah racun pd ketaatannya. Dan merasakan diri itu layak dan berhak adalah sifat ketuhanan, bukan sifat kehambaan.
Beliau menyatakan, orang yang sempurna kehambaan itu sama sahaja pada apa jua sahaja keadaan, kerana dirinya sentiasa diserahkan dlm tadbir dan iradat Allah. Diberi kekayaan dia taslim, diberi kesusahan dia taslim. Dirinya sentiasa taslim. Dirinya mati disisi Allah, tidak ada tadbir diri melainkan tadbir Allah.
Oleh itu beliau menyatakan bahawa zuhud itu taslim pada iradat dan tadbir Allah. Bukanlah zuhud itu menjauhi dunia kerana dunia itu syariat. Sedangkan pada diri orang yang sempurna itu sentiasa menzahirkan syariat. Orang yg tidak menzahirkan syariat itu menurut beliau adalah orang yang merosakan syariat kerana mengurangkan agama. Orang yg sempurna perhambaannya menzahirkan syariat.
Menurut beliau, para sahabat itu menyimpan sifat ketuhanan didlm hati dan menzahirkan sifat kehambaan dlm menyempurnakan syariat.
Mudah2an Allah SWT akan sentiasa merahmati dan memberkati Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasihNya yg terpuji, Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Rasulillahi SAW. Aamiinnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan