Isnin, 25 November 2019

MURAQABAH YG WAJIB ATAS SEORANG HAMBA

Ingatlah bahawa Allah menciptakan kita semata2 kurniaanNya (fadhl) utk kita mengenalNya dan supaya kita dpt bernikmat2 dgn nikmatNya, tanpa ada munasabah (kelayakan) antara kita dgnNya melainkan munasabah dpt menikmati kurniaanNya

Sesungguhnya kewujudan hamba itu kurniaan Allah, sbb kewujudan juga kurniaanNya, amalan itu kurniaanNya, tujuannya juga kurniaan, manakala kejahatannya itu jenayah, seseorang hamba itu dlm kerugian bila bermaksiat jikalau tanpa kemaafan Allah

Maka tidak harus bg hamba lalai dr muraqabah tuhannya pd setiap amalan, dan ketahuilah bahawasanya Allah yg menggerakkannya dan mendiamkannya, mengatur segala urusannya, mengada dan meniadakan sesuatu di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya yg membuat hanyalah Allah dan selainNya adalah kejadian pembuat (Allah), maka tidak harus bg hamba akal rabbani cenderung kpd makhluk yg dijadikan drpd tiada, hendaklah dia cenderung kpd kewujudan sebenar yg berdiri dgn sendiriNya, tidak harus bg mahkluk melainkan syuhud kpd pembuat, maka hendaklah ia syuhud (lihat) kpd pembuat kerajaan sblm dan setelah ada kerajaan itu

Selain Allah itu seumpama air batu, yang awalnya hanyalah Allah, akhirnya Allah, yg kekal hanyalah Allah, bila dtg cahaya matahari (hadrat Allah) maka cair air batu dan kembali kpd asalnya yakni air, kewujudannya (makhluk) majazi, awal akhir zahir batin hanyalah Allah, siapa yg lihat dgn pandangan rabbani maka akan lihat asal air batu yakni air jua, lalu dijadikan air batu, kemudian tiada, yg kekal hanyalah air, jadi makhluk itu adalah penzahiran kpd Allah,

Dan apabila keras air batu itu  hendaklah bertayammum, asal syuhud air tetapi kalu xdpt syuhud air batu iaitu muraqabah, apabila cair pd penglihatannya maka berwuduklah, apabila lalu hairan dgn air batu maka sesatlah ia, bila ia mengalir ia mengetahui sir Allah di atas muka bumi (kalam majazi)

Sesiapa yg berpegang bergantung kpd Allah, tidak menghendaki yang lain, hanya nak Allah maka sempurna makrifatnya, sesiapa yg berpegang kpd makhluk maka celakalah ia, bila berpegang dgn amalan maka dia berpegang dgn sesuatu yg hilang (tidak kekal), dan jikalau berpegang dgn karamat maka hilanglah taufik dan barakah sepertimana  yg dikurniakan kpd para ahlillah

Org yg suluk sebenarnya itu adalah org yg tidak berpegang dgn makhluk, amalan, karamah, selain Allah, maksudnya di sini ialah tiada syuhud kpdnya dan tidak mengatakan amalannya yg membawanya kpd hadrat Allah, sbb itu Rasulullah mengajarkan kita fana dr amalan dgn byk istighfar spt mana seorg pemaksiat yg bertaubat, malu dr amalannya, krn amalan itu kurniaan Allah, bagaimana kamu nk nisbah kpd dirimu

Sbg peringatan bukanlah ini bermaksud kita tinggal amalan tp fana dr amalan, inilah rasa zauq para ahlillah, bila rasa amalan itulah yg bawanya ke hadrat Allah, maka dia telah ada rasa kelayakan masuk ke hadrat Allah sedangkan di sisi Allah ada undang2 tersendiri, barangsiapa yg ada rasa layak, maka akan ditutup pintu bgnya, tidak akan dpt masuk hamba ke hadrat Allah kecuali dgn rasa rendah diri kehambaan sebenar kpd Allah

#pengajianKitabTabsiratularwa'h
#SidiAhsanAlbaaqili AlhasaniAttijani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan