Rabu, 27 November 2019

Maksud Jalan Ahlillah

Apabila basirah/mata hati seorang hamba sudah terbuka ...
Maka ia akan menyibukkan dirinya dengan ketaatan secara zahirnya
Dan hatinya dengan mahabbah akan Allah SWT dan Rasulullah SAW

Maksud toriqah dan jalan ahlillah ialah berdiri di hadapan Allah SWT, Nabi SAW dan syeikhnya ..
Yaitu berdiri dgn billah  (بالله )،bukan dengan diri kamu sendiri 
-Dengan maksud bahawa amalan kamu bukan kerana kasyaf, martabat, kewalian dan lain2..
Tujuan dan matlamat kamu bermula dengan syeikh/toriqah kamu, kemudian baginda SAW dan seterusnya Allah SWT...
Jangan kamu merasa kamu mampu sampai kpd Allah SWT tanpa perantaraan Nabi SAW dan syeikh kamu ...
Wallaua'lam
#tidaklah seseorang itu dapat masuk kpd Allah swt melainkan melalui perantaraan/wasitah (Nabi SAW /Wali2)

#guru murabbi
لابد من الشيخ الكامل ليخرج النفوس من تعبها الى راحتها بشهود ربها فالشيخ الكامل هو الذى يريحك من التعب لا الذى يدلك على التعب . فمن دلك على العمل فقد أتعبك , ومن دلك على الدنيا فقد غشك وخانك ومن دلك على الله فقد نصحك 
-tidak dapat tidak  bagi guru murabbi itu, hendaklah ia mampu utk mengeluarkan nafsu manusia daripada keperitan mujahadah kepada ketenangan...,ketenangan  yg membawa syuhud kpd Allah dengan sebenarr
sesungguhnya  murabbi yg sebenar ialah guru yang memberi ketenangan,bukanlah yang memenatkan kamu dengan mujahadah yang memenatkan
sesungguhnya orang yang mengajak/memimpin kamu kepada mujahadah dengan amalan   
sesungguhnya ia memenatkan kamu
dan barangsiapa yang mengajak kamu kpd kesedapan dunia
sesungguhnya ia cuba memperdaya dan mengkhianati kamu 
dan barangsiapa yg mengajak kamu kpd Allah 
sesungguhnya ia betul2 menasihati akan kamu
~kalam ahlillah
wassalam


وقال إمام الشعرانى رضي الله عنه في كتاب الميزان : 
أما سلوكك بغير شيخ فﻻ يسلم غالبا من الرياء والجدال والمزاحمة على الدنيا...ولو من بالقلب من غير لفظ..
فﻻ يوصلك إلى ذلك...
ولو شهد لك جميع اقرانك بالقطبية ..فﻻ عبرة بها..

Telah Berkata lmam Sya'rani dalam kitab Mizaan beliau :

"Adapun Perjalanan suluk kamu tanpa seorang syeikh murabbi...
Tidak menyelamatkan kamu daripada riak,suka debat dan persaingan mencari keduniaan ...(walaupun kamu tidak menzahirkan dengan kata2..
-perjalanan suluk (yg dibina sendiri tanpa guru), tidak membawa kepada Allah SWT....
Walaupun kamu (guru yg perasan diri) dipandang sebagai wali qutub dikalangan kawan2 kamu...
Sesungguhnya suluk kamu tidak ada apa2 faedah pun pd kamu...
Sedarlah !!!!!
Kembalilah ke pangkal jalan..
Kemegahan dan dunia hanya sementara....

Bila mana kamu merasakan amalan kamu yang menyampaikan kamu kpd Allah, maka Allah akan menghisab amalan kamu dengan keadilanNya. 

Jika kamu merasakan rahmat dan kurnia Allah yang menyampaikan kamu kpd Allah, maka kamu akan sampai kpd Allah dgn rahmatNya, yakni sebagai satu kurniaanNya kpd kamu.

# Mutiara kalam rabbani dari alfadhil adduktur Sidi عدنان زهار almaghribi

sesungguhnya seorang yg di anggap faqih,adalah org yng bersifat faqih pada dirinya sendiri,dan bukanlah seseorang yg merasa faqih dengan kalamnya...
dan begitu juga org yg yang dianggap ketua ,sesungguhnya ia dapat menguasai dirinya sendiri bukanlah pada org lain...
begitu juga seorg yg kaya ,sesungguhnya ia terkaya dengan keadaan dirinya sendiri...bukanlah kaya dengan kedudukkan dan hartanya;;;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan