Khamis, 28 November 2019

Hakikat Doa

"Berdoa dengan lidah itu serta penyerahan (taslim) dalam hati.."

...berdoa orang-orang arifbillah bukanlah maksud dari doa mereka itu menolak apa yang ditetapkan oleh Allah..bahkan doa mereka itu hanyalah sekadar menzahirkan perhambaan kepada Allah s.w.t. jua.  Sesungguhnya lisan hanya berdoa...hati taslim..serah kepada Allah. 

Apabila seseorang itu berdoa dengan lisannya berserta dihatinya mereka itulah melampau had kerana ia hendak berlawan dengan iradat Allah s.w.t. 

Itulah rahsia kehambaan yang mana Allah s.w.t. menghendaki seorang hamba itu menzahirkan dirinya lemah..

#kalam murobbina Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijani 
#adab dalam berdoa
#hakikat doa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan