Isnin, 25 November 2019

Berdampinglah/Bersuhbahlah" dgn golongan Muhaqiq

"Berdampinglah/Bersuhbahlah" dgn golongan Muhaqiq dari kalangan wali wali dan orang orang Arifin kerana Nafahat itu mengalir keatas diri mereka dan mengalir juga kedalam tadahan mereka. Dinuqilkan hadis drpd Sayyidina Nabi SAW;

إن لربكم في أيام دهركم نفحات ألا فتعرضوالها
Ertinya : Sesungguhnya ada bagi Allah suatu masa dlm hari hari kamu, iaitu beberapa nafahatnya akan mengalir kpd diri kamu, tidakkah kamu bersedia utk mendapatkannya.

Nafahat tersebut ialah suatu limpahan ilahi yang Allah kurniakan kedalam hati  hati hambaNya yg terpilih.

Carilah, Mohonlah kpd Allah SWT agar dipertemukan dgn mereka mereka yg terpilih, penyambung warisan kenabian, sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengadakan bagi ummat itu para kekasihNya yg menyambung amanah amanah kenabian.

Barangsiapa yg bertemu dan mengambil faedah drpd mereka dgn bersuhbah dan berdamping dgn mereka, dan mengharapkan madad ilahi terus melimpah kpd dirinya pd masa hayatnya, sesungguhnya dia adalah org yg beruntung kerana memperolehi limpahan madad yg mengalir keatas dirinya drpd Allah SWT melalui org org pilihanNya.

سل العلماء وخالط الحكماء وآصحب الكبراء
Ertinya : Tanyalah ulama', berurusanlah dgn Ahli ahli hikmah, dan bersahabatlah dgn Alkubara' (Org org Mulia, Mursyid dan Murobbi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan