# hadiah yg sangat berharga kepada ikhwan dan para muhibbin #
بسم الله الرحمان الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
inilah mukhtasar sunah memakai cincin,mustahabat dan pendapat2 ulama dalam perbicaraan ini,dipernamakan dengan :
" قول الجازم في أحكام الخاتم "
huraian lengkap pada menyatakan hukum memakai cincin
1-pada menyatakan tempat dipakai akan cincin tersebut
2-timbangan berat
3-batu cincin
4-bilangan cincin yg dipakai(hukum)
-pertama:
tempat yg dipakai akan cincin
ulama telah berselisih pendapat pada jari manakah dipakai akan cincin...,
adakah pada tangan kanan atau tangan kiri???
-kebanyakan jumhur ulama dan ahli2 mazhab telah menetapkan bahawa pemakaian cincin pada tangan kiri adalah terlebih afdhal dan utama..
itulah pendapat yg diguna pakai oleh pimpinan mazhab maliki,hanafi dan hambali
-disebut didalam hasyiah Al-Adawi Ala kifayat Tolib :
pilihan disisi jumhur ulama,disunatkan memakai cincin disebelah kanan,dan imam malik memakai akan cincin ditangan kirinya
-dan berkata imam Abi Walid AlBaaji seperti mana disebut dalam kitab muntaqa (syarah kitab muwatta'):
ahli sunnah telah ijmak bahawa :
"-sunat memakai cincin disebelah kiri(itulah pendapat imam Malik)
-dan makruh memakai cincin disebelah kanan
hanyasanya tangan kanan digunakan untuk makan,minum dan kerja..,
bagaimana seseorang itu memulakan pekerjaan pakai akan cincin dengan menggunakan tangan kirinya
kemudian memakaikannya di tangan kanannya "
-berkata imam darqutni dan lainnya daripada ahli hadis :
" المحفوظ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتختم في يساره "
"bahawasanya Nabi SAW memakai cincin disebelah tangan kirinya"
-mereka berdalilkan dengan dalil2 hadis dan perbuatan sahabat
antaranya :
* أن أنس رضي الله عنه قَالَ كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
رواه مسلم
ertinya :
bahawasanya sayidina anas RA berkata :
adalah cincin Rasulullah saw dijari ini..,
yaitu beliau mengisyaratkan dijari anak jari tangan kirinya
* dalil perbuatan kebanyakan para sahabat,dan dinakalkan oleh ibnu abi syaibah dalam kitab musannif mengikut sanad2nya melalui sayidi Abu Bakar,Umar,Usman,Alhasan, Alhusain,lbnu Umar,Alqasim,Salim dan lain2nya daripada kalangan ulama salaf..
bahawasanya mereka semua memakai akan cincin disebelah tangan kiri mereka
-adapun ulama2 dan sebahagian ulama syafie memilih pakai cincin disebelah tangan kanan berdasarkan dalil mereka sendiri ..
tetapi mereka juga me-naskan seperti kebanyakan jumhur ulama(memakai di tangan kiri)
kerana menyanggahi dan menyalahi akan kumpulan syiah rafidah (laknatullah alaihim) yg memakai cincin ditangan kanan mereka
*moga Allah menghancurkan akan mereka..
-dan sudah menjadi makluman pd kita semua..
bahawa menyalahi ahli bidaah dr setiap segi adalah sangat dituntut akannya
lebih2 lagi pada ketika zaman fitnah yg berleluasa
moga dijauhkan drpd mereka dan daripada kejahatan mereka
-kedua :
timbangan berat cincin
disebut dalam kitab sunan Abi Daud,yg diriwayatkan drpd Abdullah bin Baridah drpd ayahnya :
أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وعليه خاتم من شبه فقال له ما لي أجد منك ريح الأصنام فطرحه ثم جاء وعليه خاتم من حديد فقال ما لي أرى عليك حلية أهل النار فطرحه فقال يا رسول الله من أي شيء أتخذه قال اتخذه من ورق ولا تتمه مثقالا
bahawasanya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw,dan lelaki tersebut memakai cincin tembaga..
lalu Rasulullah saw berkata kepadanya :
Aku mendapati daripada diri kamu bauan berhala..
lalu lelaki tersebut membuang cincin tembaga tersebut..
kemudian lelaki tadi datang dan memakai cincin daripada besi..
lalu Rasulullah saw berkata :
aku mendapati kamu dengan pakaian ahli neraka
lalu lelaki tersebut membuang cincin besi tersebut
maka ia bertanya pd Rasulullah saw :
daripada jenis apakah cincin yg boleh aku pakai akannya ???
Rasulullah saw menjawab :
pakailah cincin drpd perak dan timbangannya tidak sampai satu misqal
para fuqaha berselisih pendapat timbangan yg diharuskan bagi cincin yg dipakai oleh seorang lelaki..
-pendapat mazhab hanafi mengatakan tidaklah cincit itu melebihi 1 misqal
-mazhab maliki mengatakan harus lelaki memakai cincin perak jikalau berat timbangannya 2 dirham atau kurang,dan jika melebihi drpd 2 dirham,hukumnya haram
(1 dirham bersamaan 2.975 gram)
dan mazhab syafie tidak menetapkan secara terperinci timbangan berat cincin yg diharuskan..
dan disisi mazhab hanbali:
tidak mengapa jikalau timbangannya 1 misqal atau lebih
kerana tiada dalil khas yg menetapkan kadar timbangan berat cincin tesebut,selama mana tidak terkeluar drpd adat kebiasaan setempat
dan jikalau tidak,hukumnya haram..
dan yg terlebih warak..
hendaklah seseorang memegang kepada zohir hadis yg menetapkan tidak melebihi 1 misqal perak..
-kerana hukum asal pada emas dan perak adalah haram kpd lelaki..
melainkan apa yg dibenarkan oleh syarak
# dan sudah menjadi makluman kpd kita bahawa pegangan mazhab adalah tiada keluasan dlm suatu perkara yg rukhsah,kerana ia menyalahi yg asal..
yg ketiga :
batu cincin
ahli feqah telah berpendapat bahawa harus batu cincinnya drpd bahan perak yg sama
diriwayatkan drpd anas RA pd menyatakan sifat batu cincin Nabi SAW
" كَانَ خَاتَمُهُ مِنْ فِضَّةٍ وَكَانَ فَصُّهُ مِنْهُ "
أخرجهُ البخاري
adalah cincin nabi SAW drpd perak dan batu cincinnya juga drpd perak..
*itulah cincin yg terukir
محمد - رسول - الله
dan disebut didalam beberapa hadis pada menyatakan kelebihan dan khasiat2 sebahagian batu2 yg bermanfaat,dan yg terlebih utama dan bernilai adalah batu akik delima merah...
- imam tabrani telah takhrij akan sebuah hadis didalam kitab ausat,
yg diriwayatkan drpd sayidah fatimah RA ,bahawasanya beliau meriwayatkan drpd Rasulullah saw bahawa Rasulullah saw bersabda :
" مَنْ تَخَتَّمَ بِالْعَقِيقِ لَمْ يَزَلْ يَرَى خَيْرًا "
barangsiapa yg memakai cincin akik,sentiasalah ia melihat kebaikan
dan diriwayatkan juga drpd sayidah fatimah RA
" تختموا بالعقيق فإنه ينفي الفقر "
pakailah cincin akik,kerana ia menghalang kefaqiran..
-dan juga telah disebut dlm akhbar..
bahawasanya Allah swt menyukai tapak tangan yg diangkat ketika berdoa,yang ada padanya batu akik..
*boleh jadi,jika mengikut jalan ini,dan apa yg disebut bahawa nabi SAW,apabila hendak berdoa ,baginda akan mengalihkan batu cincin ke perut tapak tangan
- diriwayatkan drpd sayidina Ali RA bahawasanya batu fairuz memberi pemeliharaan kepada kuku
keempat :
bilangan cincin yg diharuskan
-hukum disisi mazhab maliki :
tidak diharuskan lelaki memakai lebih daripada satu cincin,jikalau masih kurang timbangan berat cincin yg diharuskan pd syarak..
itulah pendapat yg diamalkan oleh orang bijak pandai
-berkata alkharsyi didalam hasyiahnya:
وَلَا يَجُوزُ تَعَدُّدُ الْخَاتَمِ وَلَوْ كَانَ وَزْنُ جَمِيعِ الْمُتَعَدِّدِ دِرْهَمَيْنِ
tidak harus berbilang cincin,jikalau timbangan semua cincin yg dipakai itu sekadar 2 dirham
- dan yg muktamad disisi mazhab syafie :
harus berbilang cincin yg dipakai,selama mana ia tidak dikira melampau
- dan disisi mazhab hanbali,disebut didalam kitab muktabar mereka,
jikalau seseorang itu memakai beberapa cincin atau manatiq (sejenis alat yg mengikat perut)dan lainnya ...
maka yg terlebih jelas hukumnya adalah harus
وصل الله وسلم على سيدنا محمد النبي الخاتم وعلى آله الأفاضل الأكارم
*dikumpul dan disusun oleh Syarif Ahmad Alhadi Attunisi Attijany RA...
moga beliau diberi keampunan di dunia dan akhirat dengan keberkatan sayidina Hasan dan Husain...
# ditulis dipulau langkawi pd 29 rabiul awal 1437 ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan