Khotmul-Auliya Al-Muhammadi adalah pewaris tunggal kepada warisan Al-Muhammadi
sepertimana Allah SWT melantik Baginda SAW dengan Khotmun-Nubuwwah Syariah,(membawa syariat )
…seperti itu juga, Allah SWT telah melantik seorang khotmul-Auliya Al-Muhammadi (khas) dalam umat Nabi Muhammad SAW
Yaitu satu satunya warisan martabat yang diwarisi daripada Baginda SAW ,bukanlah diwarisi daripada Nabi nabi yang lain...
kerana sesungguhnya terdapat daripada kalangan para wali yang mewarisi martabat kewalian daripada Nabi Ibrahim AS Nabi Musa AS,Nabi Isa AS,dan daripada nabi nabi yang lain
…Semua para wali tersebut(yang mewarisi daripada nabi nabi yang lain), boleh didapati akan mereka ,sebelum dan selepas munculnya Khotmul- Auliya AlMuhammadi khas…
…Maka tidak akan didapati sama sekali wali-wali yang akan muncul atas tiket dan kedudukan martabat Khotmul Auliya Muhammadi (Khas) selepas lahirnya Khotmul-Auliya Al-Muhammadi tersebut...
…itulah yang maksud sebenar dengan martabat Khotmul Auliya AlMuhammadi (khas)…
(berakhirnya terjemahan ungkapan Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi dalam kitab “Futuhat Makkiyah” pada jilid ke3,bab 73,muka surat 75…)
…ungkapan dan nas beliau ini cukup jelas bahawa : beliau sendiri telah menarik balik dakwaan beliau sebagai Khotmul Auliya AlMuhammadi(khas)…,
…juga terdapat beberapa ungkapan beliau dalam kitab tersebut (Futuhat-Makkiyah)
yang menguatkan hujah bahawa beliau telah menarik balik dakwaan bahawa beliau adalah Khotmul Auliya AlMuhammadi…
sekiranya ada orang bertanya :
jikalau Syeikhul Akbar RA telah menarik balik dakwaan tersebut, mengapa terdapat jawapan bagi soalan HakimTarmizi RA tersebut…???
ulasan pengarang :
tiada sebarang kemusykilan bagi perkara tersebut,kerana sesungguhnya Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA adalah salah seorang yang mencapai tahap martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi(beliau mewarisi warisan Muhammadi,),kerana apabila seseorang yang mencapai maqam ini,beliau akan dapat mengetahui walaupun sedikit tentang maqam tertinggi dalam martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi (maqam tertinggi dalam martabat Khotmul-Auliya ,adalah martabat khotmul auliya akbar...
sila lihat perbicaraan seterusnya dlm kitab futuhat makkiyah bagi Syeikhul Akbar lbnu Arabi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan