Bagaimana nak perkemaskan kehambaan kepada Allah
Berkata guruku yang mulia, Sayyidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi bahawa tujuan utama hidup ini adalah untuk memperkemaskan kehambaan kepada Allah, janganlah beribadah kepada Allah dengan ada tujuan sendiri sebab hamba itu tiada tujuan serta Allah, dia hanya ingin jadi hamba yang sebenar kepada Allah, tiada niat yang lain, kerana dia menyedari dirinya adalah milik Allah, amalnya adalah milik Allah, dia tidak memiliki tapi dimiliki, itulah hamba.
Memperkemaskan kehambaan itu bukanlah bermaksud dengan ibadah yang tanpa panduan tetapi beribadah dengan niat yang betul, niat memperhambakan diri hanya kepada Allah semata-mata, niat inilah yang dinilai di sisi Allah.
Inilah yang dinamakan Ihsan, iaitu memperkemaskan amalan hanya kerana Allah semata-mata. Memperelokkan ibadah hanya kerana Allah.
Maka janganlah beribadah kepada Allah dengan tujuan nak rai pandangan manusia,nak makam, martabat, kasyaf, dan lain-lain, kerana itu semua tiada manfaatnya bagi hamba. Itu semua penghalang antara hamba dan Allah.
Hendaklah kamu rai pandangan Allah sahaja, jangan rai pandangan makhluk, kerana itu syirik kepada Allah.
Berhati-hati lah dalam ibadah kamu, janganlah lalai dari selain Allah.
Semoga Allah mengampuni diri kita yang senantiasa lalai dariNya
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞
نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan