Berkata Sayyidi Asy Syarif Anmad Al Hadi Al Hasani bahawa ramai wali meninggal dunia dalam keadaan mereka dlm hasrat nak tahu hadrat Khatmul Auliya ini, tp Allah kurniakan kpd kita bukan hanya kenal bahkan masuk hadrat ini lalu mengambil faedah akannya, ini adalah anugerah bukan dgn kelayakan
Jgnlah rasa ada kelayakan atau sangka amalannya yg bw dia maauk hadrat ini
Ibnu Arabi ketua ahli makrifat hanya tahu gelaran shj bukan nama pemiliknya
Berkata Sidi Ahsan murid tijani ada 3 nasib
1. Dapat ketika baiah
2. Sedikit demi sedikt dgn suhbah dan tajrid
3. Ketika nazak
Hasil hadrat ini ialah tenggelam dlm lautan kehambaan
Mesti menunggalkan guru dlm hadrat ini
Kisah Sidi Ibrahim Arriyahi Al Hasani, ulamak tunis, mufti dan sudah mjd wali Allah sblm jumpa Syeikh Tijani, telah dtg kpdnya Sidi Ali Harazim, yg mana Syeikh Tijani telah mengatakan bahawa Sidi Ali Harazim akan mentarbiah manusia dlm perjalanannya haji ke mekah, lalu berjumpalah Sidi Ali dgn Sidi Ibrahim yg sdg menunggu gurunya di Masjid Zaitun, secara tiba2 duduk di sebelahnya lelaki maghribi dan dia tak tahu ttg Sidi Ibrahim lalu mengatakan bahwa guru kamu tak dtg hari ini, ini asas tarekat iaitu mencukupi dengan satu tarekat, Sidi Ibrahim kata pelik kamu ini, Sidi Ali kata gurumu xkan datang, menanti shg bisan, Sidi Ibrahim kata mati jd tetamuku krn ahli tunis bila jumpa ahli maghrib akan kata dia wali, maka pergilah Sidi Ali ke rumah Sidi Ibrahim, lalu duduk dlm satu bilik rahsia, Sidi Ali kata tutup pintu dan jgn buka pintu shg Sidi Ibrahim gelisah sbb lama sgt Sidi Ali dlm bilik lalu buka jg ttp tiada org, risau dia takut org akan mencelanya, lalu keluarlah Sidi Ali, kemana kamu tadi, wahai Sidi Ibrahim adakah kamu tak tahu bila kami membaca ismil a'zom akan lebur diri kami, maka dinamakan bilik itu darul sir, itulah tempat Sidi Ali mengeluarkannya dr hadrat syazili ke hadrat tijani, lalu baiah, dan Sidi Ali kata kamu akan ke maghrib, bila kamu sampai usahakanlah kamu utk jumpa Syeikh Tijani
Satu ketika, tunisia kena kemarau, raja tunis arahkan seseorang utk ke maghribi jumpa Maulay Sulaiman seorang raja yg alim utk minta bantuan, lalu dipilih Sidi Soleh Al Kawwasy ulamak masjid Zaitun, Sidi Soleh kata aku dh tak mampu utk musafir sbb tua, lalu diarahkan anak muridnya iaitu Sidi Ibrahim, maka sedarilah ia akan kata Sidi Ali secara kasyaf, bila sampai di fes ingin jumpa Syeikh Tijani di Darul Maraya, pembantu tanya kalu kamu Sidi Ibrahim maka masuk, didapati sahabat2 Syeikh duduk di ruang tengah rumah, lalu dihidangkan susu dan diminum shg habis, itulah nasibnya dlm hadrat, itulah talqin dgn minuman, maka keluar Syeikh kata aku baru pulang dr solat jenazah guru kamu Sidi Soleh Al Kawwasy, wp jarak 8 bulan perjalanan, itulah rawatan kpd Sidi Ibrahim supaya menunggalkan guru, Syeikh yg telah tasarruf utk mematikan guru Sidi Ibrahim sblm ini, inilah asas tarekat, jaga hati dr memandang selain hadrat ini, spt perempuan xboleh pandang selain suaminya, syarat ini utk kebaikan murid bukan guru sbb guru telah terkaya (tidak berhajat) mrk dr murid,
Sidi Tayyib Assufyani, duduk di fes tp xtahu hal Syeikh, ahli tarekat wazzaniyyah, pergi haji jumpa sidi bannani lalu lihat kitab jawahirul maani, kagum xsedar bhw dia dkt dgn ahli kitab, maka segeralah dia siapkan haji, krn kaabah yg benar adalah wali, wali adalah penzahiran sebenar hadrat Tuhan, lalu pulang jumpa Syeikh, Syeikh kata sbb apa lambat ni, sesungguhnya akilah Syeikh kamu sejak kamu dlm kandungan lg, kalaulah tidak krn bantuanku menyambut kamu ketika ibumu jatuh nescaya kamu akan mati dlm kandungan, lihatlah kesan luka di kepala kamu, terkejut Sidi Tayyib lalu tanya hal tersebut kpd ibunya lalu ibunya mengiyakan,
Maka tarekat lain itu sbg perantara kpd tarekat spt Sidi Ibrahim bila nak baiah tijani dgn Sidi Ali, Sidi Soleh kata silakan itulah kaum kamu,
kisah cara suluk dlm tarekat ini,
Sidi Ibrahim bila dah jumpa Maulay Sulaiman, mengungkapkan syair kpd raja shg kagum org sekeliling nya, mustahil org muda ini boleh bersyair sehebat ini, jadilah raha dan sidi kawan baik, lalu pulang dan benarlah bhw gurunya sudah meninggal, Sidi Soleh tiada waris lalu diserahkan harta kpd Sidi Ibrahim, antara harta tersebut ada pelita lama spt pekita aladdin, ambil sapu lalu keluar jin yg besar, kata apa yg kamu nak aku akan tunaikan, siapa kamu? akulah penjaga pelita, sapa yg pegang pelita dialah tuanku, Sidi tanya apakah yg Sidi Soleh guna kamu? 2 keadaan, pertama dia demam sakit lapar dan minta aku buat bubur harir, kedua musim sejuk dia minta aku panaskan air, pelita inilah idaman ahli zindiq gharad, Sidi Ibrahim dlm keadaan yg memerlukan, Menteri Khairudin Basya, anak murid Syeikh Tijani kata jgnlah keluar dr negeri ini, tidak mengharapkan langsung pelita kata bagaimana kalu aku x perlukan kamu? Lemparkan pecahkan shj, inilah ringkasan suluk dlm hadrat ini, tidak mengharapkan sir, Sidi Ahsan kata sir sebenarnya adalah buang sir, maka sir akn kejarnya, memutuskan berpaling kpd sir, maka perbuatan Sidi Ibrahim adalah sebesar-besar cara murid dlm hadrat ini, Sidi Ahsan kata sapa yg cari fath maka dia mengungkit kpd Allah dgn amalannya, ini menyalahi sifat kehambaan krn hamba tudak menanti upah tuannya, begitulah murid tijani tidak mengharapkan dr amalannya habuan, siapa yg menanti gantian bukan hamba, hamba itu dimiliki bukan memiliki, Kata Sidi Ahsan cari fathi penghalang fath,
Sufi cari fath, adapun tijani fath mrk adalah zuhud dr fath, inilah isyarat sempurna kehambaan yg mengatasi semua maqam, Sidi Ahsan bukan nk halang kita tp nk buka pintu, sbb hamba bila nk masuk rumah tak akan ketuk pintu terus utk masuk, tp sabar menunggu, kalu ketuk jg itu tanda usaha utk masuk, itulah kurang adab, jika dikira dgn jln sufi lain boleh dia ketuk pintu, nak buka pintu, maka kata Sidi Ahsan teramat jauhlah beza antara yg usaha utk dpt fath dgn yg diberi fath, fath ahli tarekat ini hujumi bukan diusahakan, wp dlm maqam taubat tiba2 diberi pembukaan utk umat ini, maka jauh sekali pembukaan yg diminta dan pembukaan yg diberi Tuhan, sptmana seorang rakyat yg pergi kpd raja minta sesuatu dgn seorang yg mendapat kurniaan raja, jauh sekali, raja akan beri sekadar yg kamu minta sekadar kebesaran kamu, tp kalu dia nk bagi akan beri atas kebesarannya. Inilah yg dikatakan bahawa tarekat ini ada teknik, yg menyalahi rasa2 sufi lain, mengosongkan diri dr jalan tarekat kedua,maka tak boleh qias hadrat dgn tarekat kaum yg dia tahu, sbb itu ahwal kita berlainan, permintaan pembukaan di sisi kita adalah kekurangan, cukuplah Allah redha kita sbg hamba,
Kita tak rasa sedap dgn nama wali sbb wali sebenar adalah Allah, kita hanya hamba, inilah rahsia firman Allah dlm awal surah Isra, disifatkan dgn abduhu, ه itulah
اسمه العظيم الاعظم المخفي الذي المكتوم من وراء اسم الله الاعظم اي ذاته المطهرة المنزهة عن كل اسم ووصف
Dinisbahkan nabi kpd zat bukan kpd nama zat
Itulah rahsia tarekat ini iaitu kehambaan
Berkata Sidi Ahsan, tarekat ini bukanlah tarekat sufi sesuatupun
Syeikh Tijani berkata bahawa baki kesempurnaannya ada pada cucunya Sidi Mahmud, dan Sidi Mahmud telah memberi izin kpd Sidi Ahsan, utk menzahirkan kesucian tarekat ini iaitu amalan terakhir Syeikh Tijani, sebagaimana menyerupai Imam Malik dlm feqahnya, Sidi Ahsan menzahirkan kelakuan akhir Syeikh yg menjadi hakim atas yg lainnya, krn ia perbuatan akhir Syeikh, bukan sekadar feqh tarekat tapi nisbah zauq, makrifat, dibersihkannya, sbb ketika itu sudah bercampur hadrat Tijani dgn gaya zikir syazili dgn menggerakkan kepala, maka berkata Sidi Ahsan tudak harus menggerakkan anggota kecuali tasbih shj, murid tijani menguasai ahwal sedangkan sufi dikuasai ahwal, fuqara tarekat ini adalah umpama bukit, xbergerak sbb angin, bukan pokok yg mudah patah
Ini semua kurniaan Allah semata mata
Kita membesarkan sanad Sidi Ahsan itulah membesarkan Syeikh Tijani sbb Sidi Ahsan mengambil amalan dan zauq terakhir Syeikh krn yg penghujung umur itulah yg diambil kira
Berpadalah dengan amalan dlm Tarekat ini tanpa sebarang tambahan, seumpama kita nak tambah sesuatu atas ubat yg telah diberikan oleh seorang doktor, apakah tak percaya kpd doktor, begitulah terlebih utama kita percaya kpd yg memberi ubat rohani tanpa sebarang tambahan, beradablah dengan tuan Tarekat
Tarbiah dlm Tarekat ini kata Sidi Ahsan wazifah 2x, wirid lazim pg ptg, sibukkan diri dgn selawat fatih, suhbah dgn org yg saleh, cukuplah dgn ini, tp kalu dh jumpa wasil yg sempurna cukup ikut amalannya iaitu wazifah sekali spt yg diamalkan kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan