Jumaat, 21 Disember 2018

MARTABAT DAMBAAN PARA AULIYA

#KHOTMUL AULIYA#
#MARTABAT DAMBAAN PARA AULIYA
#IKUTI PENERANGANNYA DISINI
Keunggulan dan kelebihan diri Khotmul Auliya
    Adakah ada sesiapa yang hendak cuba mengira bilangan pasir di tepi pantai,dan adakah ada sesiapa yang hendak cuba mengira setiap titisan air di lautan yang terbentang luas…
وَمَنْ لِي بِحَصْرِ البَّحْرِ والبَحْرُ زَاخِرٌ    
وَمَنْ لِي بِإحْصَاءِ الحَصَى والكَوَاكِبِ

siapakah yang mampu untuk mengira titisan air di laut…?
padahal lautan itu sangat dalam lagi luas…
siapakah yang mampu untuk mengira batu-batu kerikil yang ada di persekitaran pantai…?
siapakah yang cuba untuk mengira bintang bintang yang berada di atas langit sana?....

siapakah Khotmul-Auliya…??
   sebelum kita memasuki perbicaraan tentang kelebihan kelebihan Khotmul Auliya, terlebih dahulu di diterangkan secara terperinci tentang apakah yang di maksudkan dengan Khotmul  Auliya ? supaya menjadi mudah dan jelas kepada kita permasalahan ini…..
Dinamakan perbincangan ini dengan nama:
“Penjelasan yang terperinci  pada perbicaraan masalah Khotmul Auliya’

فأقولُ وباللهِ التَّوفيقُ وهْوَ الهادي بفضْلِهِ إلى سواءِ الطّريقِ

orang pertama yang membicarakan tentang Khotmul Auliya ?
Sesungguhnya orang pertama yang memulakan perbicaraan tentang khotmul Auliya Almuhammadi khas, adalah  Syeikh  Al-kaamil,Hujjatul waasil  Abu-Abdillah Al-hakim Tarmizi , beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-usul,
…beliau membicarakan masalah Khotmul-Auliya tersebut dalam kitab beliau  yang bertajuk “Khotmu- Auliya’…
…dan dengan sebab kitab beliau itu,beliau telah di ingkari oleh masyarakat zamannya,daripada kalangan ulama’-ulama’ zohir, yang cetek pemahaman mereka untuk memahami masalah irfaniah  yang tinggi ...
…setelah di ingkari oleh ulama’ ulama’ tersebut ,beliau pun mengambil kitab tersebut,beserta dengan kitab beliau yang lain, namanya :
“I’lal Syariah”,
…lalu dilemparkan  kedua-dua  kitab tersebut kedalam laut,dan datang seekor ikan,lalu menelan kedua dua kitab tersebut ,
…setelah beberapa tahun ,ikan tadi datang semula ke tempat kitab yang dilemparkan ,lalu ikan tersebut di luahkan kedua kitab tersebut,
…sejak dari itu,masyarakat di tempat tersebut dapat mengambil manfaat daripada kedua dua kitab tersebut….
(kisah ini di diriwayatkan dalam manaqib Hakim tarmizi,sila lihat tobaaqatul-Auliya Imam Sya’rani)
Hanya Khotmul-Auliya Al-Muhammadi khas yang mampu untuk menjawab 150 persoalan irfaniah yang di kemukakan oleh Hakim Tarmizi ???
Hakim Tarmizi RA juga telah menyusun 150 soalan irfaniah (rahsia ketuhanan),dan dia mengatakan :
“tidak akan dapat menjawab akannya,melainkan Khotmul-Auliya Almuhammadi khas”
Syeikhul-Akbar lbnu Arabi menjawab 150 persoalan lrafaniah,dan mendakwa bahawa beliau adalah Khotmul-Auliya …??
Hujjatul U’zma Syeikhul Akbar Mahyuddin ibnu A’rabi  RA memberanikan diri untuk menjawab soalan soalan berikut,kerana menyangka beliaulah pemilik martabat tersebut (Khotmul Auliya Almuhammadi khas”)


jawapan kepada soalan Hakim Tarmizi tertulis dalam kitab “Futuhat Makkiyah”
jawapan jawapan kepada soalan soalan Hakim Tarmizi tertulis dalam kitab “Futuhat Makkiyah” dalam jilid ketiga kitab tersebut, dan di  dalam kitab tersebut Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi  telah menyatakan  bahawa :
-beliau telah melihat satu maqam kedudukan yang lebuh tinggi daripada maqam wali-wali qutub yang lain,..dan  tidak ada maqam yang tinggi daripadanya(Khotmul-Auliya Almuhammadi) melainkan maqam Nabi-nabi…
Beliau pun menyangka kedudukan maqam tersebut adalah miliknya,dan dirinya merasa tenang ,gembira dan senang hati…dan beliau pun bernasyid…: 

بِنَا خَتَمَ اللَهُ الوِلاَيَةَ فَانْتَهَتْ#
إلَيْنَا فَلاَ خَتْمَ يَكُونَ لَهَا بَعْدِي
وَمَا فَازَ بِالخَتْمِ الذِّي لِمُحَمَّد#
مِنْ أُمَّتِهِ والعِلْمِ إِلاَّ أَنَا وَحْدِي

Ertinya:
“dengan sebab kamilah Allah taa’la khatamkan martabat sekelian wali wali…
maka ia hanya terhenti atas kami jua,dan tidak akan lahir Khotmul Auliya (Al Muhammadi) setelah diriku….
Tidak ada seorang pun daripada umat Nabi Muhammad,yang memperolehi maqam Khotmul Auliya AlMuhammdi,dan ilmu rahsia ilahi..
Melainkan aku seorang jua……”
Ketika beliau sedang bernasyid ,tiba tiba beliau terdengar suara,yang mengatakan sesuatu kepadanya…:
“ sangkaan kamu dan cita cita kamu itu,bukanlah untuk kamu,sesungguhnya martabat tersebut hanya untuk seorang wali yang lahir (muncul)pada akhir zaman,dan tidak ada seorang wali pun yang lebih tinggi martabat daripadanya (Khotmul auliya Al-Muhammadi)”
Maka pada ketika itu juga beliau(Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA berkata:
“aku serahkan semua urusan kepada  Tuhan  pencipta ’’
Kemudian beliau pun menarik balik pengakuan beliau……
telah berkata Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA dalam kitabnya,yaitu tatkala beliau menjawab soalan Hakim Tarmizi yang ke 13  (jilid ke3,bab73,muka surat 75)
nas kitab seperti berikut:

فإنْ قُلتَ مَنِ الذّي يستحِقُّ خاتمَ الأولياءِ كمَا يستحِقّ سيّدُنا محمّدٍ صلّى الله عليه وسلّم خاتمَ النُبوّةِ ؟
Ertinya:
Apabila di Tanya kepada kamu, siapakah yang layak menjadi Khotmul Auliya,sepertimana layaknya Baginda SAW sebagai Khotmun Nubuwwah…???

Jawapan kami (lbnu Arabi )…:
Khotmul-Auliya terbahagi dua:
1-Khotmul-Auliya’ Am
2- khotmul-Auliya khas (Muhammadi)
maratabat Khotmul- Auliya secara mutlak (umum)adalah Nabi Isa , beliau adalah seorang wali berpangkat seorang nabi,dan beliaulah Khotmul-Auliya Am bagi umat manusia seluruhnya…
••••••••••••••••••••••••••••••
Ibnu Arabi mengetahui kewujudan Khotmul-Auliya pada tahun 595 hijrah??
adapun martabat Khotmul-Auliya Al-Muhammadi (khas),adalah martabat khas untuk seorang lelaki dari negeri arab,beliau adalah daripada semulia mulia keturunan ,dan beliau pada ketika ini,sudah wujud(secara barzakhi),
…pada tahun 595 hijrah aku telah di perkenal akannya (secara kasyaf), dan aku telah melihat satu tanda  yang dirahsiakannya oleh Allah SWT daripada pandangan dan pengetahuan hamba hambanya,dan aku telah di perlihatkan tanda tersebut(chop khotmul auliya khas) oleh Allah SWT secara kasyaf di bumi Fes..
…sehinggakan pada ketika itu aku dapat melihat tanda Khotmul Auliya  Al-Muhammadi (khas) pada diri empunya maqam…,itulah tanda khotmun Nubuwwah yang hakiki…(1satu chop yang berada  dibelakang badan, yang berbetulan dengan dada,sepertimana chop kenabian)
…Kebanyakan hamba-hamba Allah SWT tidak mengetahui akannya, dan Allah SWT telah menguji akannya (ketika munculnya khotmul-Auliya di akhir zaman) dengan keengkaran ahli ahli engkar,dan keengkaran   terhadap  rahsia rahsia hakikat,dan ilmu ilmu yang di perolehi oleh beliau yang beliau dapat dari pihak Allah SWT
~perbahasan lbnu Arabi Syeikhul Akbar dlm kitab futuhat makkiyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan