Nasihat buat diriku sebagai murid dan sekalian saalikiin..
Diceritakan pada suatu masa seorang alim dari bumi maghribi berjalan untuk mencari murabbi hatinya...
Beliau terus bermusafir dan kluar dari tempatnya iaitu bumi maroko dan mneruskan perjalanannya dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu negara ke satu negara yg lain, namun masih tidak ditemukan dengan guru hati yang dimaksudkan.
Sehinggalah beliau sampai di negara india
dan saat beliau sampai di negara tersebut beliau mnemui seorang wali dan memaklumkan kpadanya bahawa guru atau murabbi yang dicarinya selama ini tidak berada ditempat berkenaan dan kmudian wali tersebut menyuruh beliau pulang ke negeri asalnya (maghribi) sambil memberikan sesuatu pesanan dengan katanya " pulanglah engkau dan sekiranya datang kepada engkau oleh seseorang dan mengambil pesanan ini (barang ini) maka ketahuilah yang ia merupakan Syeikh bagimu"
Sampai dimaghribi dan beberapa hari kmudian datang seorang lelaki memberi salam dan menuntut barangan tersebut, alangkah terperanjatnya beliau apabila lelaki yg menuntuti barangan itu ialah jirannya sendiri.
Bermula saat itu berlakulah pertemuan dan perbicaraan antara guru dan murid , tanpa membuang masa ia meminta kpd gurunya agar ditunjukkan dan memimpinnya kepada Allah..jawab gurunya " ada satu syarat" ..jawab murid apakah syaratnya wahai guruku? Gurunya menjawab "hendaklah engkau memotong jambangmu itu..! "
Setelah mendengar syarat tersebut si murid menjadi keberatan sambil memberikan alasan dgn katanya " wahai guru..! telah aku bermusafir dengan jarak perjalanan yg jauh untuk mencarimu dan aku mnemui berbagai2 org yg membanggakan aku dengannya (sambil mengisyaratkan kpd jambang/janggutnya yg lebat)
Apabila selesai shj mendengar jawapan si murid..gurunya terus berkata
" INILAH SEBENARNYA PENYAKITMU..!! "
intiha.. '
wahai ahli insaf dari kalangan muriidiin yang dianugerahkan Allah akan perjalanan kekasihNya.. Tidak sayugia bagi seseorang murid untuk bertanyakan soalan kepada gurunya tatkala diperintah atau dsuruh, apetahlagi cuba menyanggah kehendak dari gurunya dengan apa jua alasan... Kerana seorang guru yg dtakdirkan bg engkau itu terlebih mengetahui akan penyakit yang berada pada diri seseorang murid dan terlebih tahu mengenai ubat dan penawar yg bersesuaian dengan murid tersebut meskipun pada akal si murid ianya tidak munasabah atau tidak penting atau tidak layak untuk dirinya.
جعلنا الله وإياكم من اهل التصديق والتسليم، بجاه سيدنا محمد الفاتح والخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan