SYURGA YANG DISEGERAKAN
Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'syurga' kepada kita. Syurga itu dinamakan al jannatul 'ajilah الجنة العاجلة (syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA.
Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya.
Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar...
Bila diuji dia bersangka baik..
bahkan
Bila disakiti dia memaafi..
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.
Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.
Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama dengannya.
Beruntunglah sesiapa yang memiliki 'syurga' ini.
Kata ahli zikr, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.
Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.
Ini berdasarkan firman Allah :
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)
Marilah kita sama2 berusaha membersihkan hati dari selain Allah, itulah hati yang sejahtera
Bagaimana untuk mendapatkan hati yang sejahtera? Iaitulah mengikut teladan hati Rasulullah, hati seorang hamba yang sebenar kepada Allah
Hamba yang sebenar itu hanya beribadah kerana Allah semata-mata, bukan kerana tujuan atau habuan sendiri sama ada dunia ataupun akhirat
Bagaimana memperkemaskan kehambaan kepada Allah? Ikuti perbahasan berikut...
https://kehambaan.blogspot.com/2018/12/bagaimana-nak-perkemaskan-kehambaan.html
Semoga merahmati kita yang penuh dengan kelemahan dan kecelaan
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan