Jumaat, 7 Disember 2018

SELAWAT FATIH ADALAH SELAWAT MAKRIFAT

SELAWAT FATIH ADALAH SELAWAT MAKRIFAT DAN HAKIKAT,
SELAWAT DRPD AULIYA TIDAK BOLEH DIUBAH ATAU DITAMBAH SESUKA HATI
DIBACA AKANNYA SEPERTIMANA DITERIMA AKANNYA

╮┅━━❀ 🍃🌼🍃❀━━┅╭
🌹اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ والخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بَالحَقَّ وَالهَادِي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ و عَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيمِ🌹
╯┅━━❀🍃🌼🍃❀━━┅╰

Sayyidi Asy Syarif menjelaskan bahawa Selawat Fatih adalah selawat makrifat bukan selawat syariat sebagaimana yang difahami oleh sesetengah oleh ahli ilmu. Selawat Fatih adalah penghulu selawat yang terkandung di dalamnya makrifat akan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan makrifat Rasulullah itulah makrifat Allah Subhanahu Wa Taala. Selawat Fatih adalah mahkota Hakikat Muhammadiah manakala selawat-selawat yang selainnya adalah melingkunginya.

Selawat Fatih adalah anugerah terbesar dari hadrat Allah buat umat akhir zaman yang sudah tua, tenat, penuh dengan kekurangan dan kelemahan seumpama badan manusia bila sudah tua, penuh dengan penyakit berbahaya dan semakin lemah. Maka Selawat Fatih mengandungi kelebihan dan keutamaan yang besar di sisi Allah, maka beruntunglah mereka yang dikurniakan dengan selawat ini dan sentiasa beramal dengannya.

Tegasnya, tidak boleh ada sebarang penambahan kepada selawat ini walaupun ada sesetengah yang menambah وصحبه selepas lafaz واله, dan sebenarnya ini satu yang disebutkan sebagai tidak  beradab dengan hadrat kerana menambah sesuatu dari hadrat Allah, dan dinyatakan bahawa lafaz واله sudah merangkumi keseluruhannya kerana semua kewujudan lahir zahir dari hakikat baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ini juga membuktikan bahawa selawat ini adalah selawat makrifat yang datang dari hadrah Allah Yang Maha Agung.

Begitu juga selawat ini tidak didatangkan dengan lafaz وسلم kerana inilah selawat Allah kepada Rasulullah iaitu Allah senantiasa berselawat kepada Rasulullah secara azali dan abadi, sedangkan lafaz وسلم disyariatkan untuk manusia menyebutnya

Kebanyakan seni selawat adalah berasal dari ahlil Maghrib. Mereka suluk sucikan jiwa rohani ke hadrat Allah. Jadi bila dianugerahkan mereka dengan Selawat Fatih, mereka terus menerima dan mendahulukan selawat ini atas selawat-selawat yang lain. Satu kaedah pengukuhan di kalangan ulamak hakikat, bila satu selawat diterima dari ahlil Maghrib maka akan terus diterima tanpa dipersoal dan diubah berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam;
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَا يَزَالُ أَهْلُ الْغَرْبِ ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ) .
رواه الإمام مسلم في "صحيحه" رقم (1925) .
Maksudnya; Daripada Saad bin Abi Waqqas Radhiallahu Anhu berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Ahli Maghrib itu sentiasa zahirnya mareka atas kebenaran sehingga kiamat".
Telah meriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya

Persoalannya, adakah kita ingin menafikan hadis ini?

Syeikh Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Al Maghribi Attijani berkata maksudnya; "Ajarkanlah manusia akan Selawat Fatih supaya mereka mati beriman". Syeikh tidak khususkan untuk orang Islam bahkan umum semua manusia.

Dikisahkan bahawa ada seorang lelaki yahudi tukang jahit di fes, maghribi sering menerima tempahan baju dari dan berjanji akan menghantar pada hari yang ditetapkan namun tak juga datang, bila hari isnin baru datang, lalu Syeikh mengapa kamu lambat, tak hantar hari yang ditetapkan?, lalu dia menjawab bahawa saya pernah mendengar Syeikh berkata, sesiapa yang jumpa Syeikh hari Isnin  atau Jumaat akan masuk syurga dan saya nak kelebihan ini, maka senyum Syeikh dengan jawapannya, memang terbukti selepas itu, lelaki yahudi itu beriman dan mengikuti tarekat Syeikh, Alhamdulillah

Sebagai peringatan, berhati-hatilah kamu dengan fitnah ilmu yang nak timbang amalan auliya' Allah dengan akal sendiri yang terbatas sedangkan adab dengan ahlillah ialah taslim iaitu terima dengan senang hati. Semoga kita bersama para auliya solihin, in sya Allah

Alhamdulillah Rabbil Alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan