Sabtu, 31 Disember 2022

9 NASIHAT ULAMA'


1.Alqutubul Almaktum Sayidi Syeikh Ahmad Attijani R.A
["Ketahuilah dosa zaman ini ( akhir zaman) tidak seorang pun kuasa menghindarinya,sebab dosa itu dicurahkan atas manusia bagaikan air hujan yg sangat lebat.Akan tetapi Perbanyakkanlah amalan penghapus dosa dan yang paling utama ialah SHOLATUL FATIH LIMA UQLIQ."]

2. Imam Abul Hasan asy-Syadzilli R.A
 [“Di akhir zaman tidak ada amalan yang lebih baik daripada berselawat kepada Rasulullah Saw.”] 

3. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani R.A
[“Tidak tertolak selawat atas Nabi Saw.”] 

4. Al-Hafidz asy-Syaraji R.A
[“Semua zikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali selawat, maka akan diterima meskipun tanpa khusyuk dan hadirnya hati.”] 

5. Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani R.A
[“Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Allah Swt, memperoleh kebahagiaan dan rahmat Allah Swt, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia boleh naik ke tingkatan darjat yang lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.”] 

6. Syaikh Ibn Athaillah as-Sakandari R.A
[“Siapa yang (merasa) tidak memiliki amalan solat (sunat) dan puasa (sunat) yang banyak untuk menghadap Allah di hari kiamat, maka hendaklah dia perbanyak membaca selawat serta salam kepada Nabi Muhammad Saw.”] 
 
7. Al-Quthb al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad R.A
[“Satu selawat dari Allah cukup untuk seorang hamba, dunia dan akhirat.”] 

8. As-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki R.A
[“Jangan ditinggalkan membaca selawat kepada Rasulullah Saw. Kerana bacaan selawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat.”] 

9. Sayidi Habib Umar Alhafiz hafizahullah [“Sesungguhnya apabila engkau melakukan ketaatan kepada Allah seumur hidupmu, bahkan Allah berikan di atas umurmu adalah umurnya seluruh manusia untuk digunakan dalam ketaatan kepadaNya, maka sesungguhnya lebih hebat satu selawat dari Allah SWT.”]

Syurga dan neraka yang sebenar



Syurga yang sebenar adalah dapat syuhud akan Allah(di dunia dan akhirat)

-dan neraka yang sebenar adalah terputusnya hubungan dengan Allah SWT...
itulah neraka paling keji ...

MARTABAT SEBENAR HAMBA ADALAH KEHAMBAAN MUTLAK


MARTABAT2 DAN KEMANISAN IBADAH SEBAGAI HIJAB TERHADAP HAMBA DENGAN TUANNYA/RABBNYA

#بعقيليات
#نفحات_في_الطريقة_التجانية

(و لا تعتقدوا ان الربح في المراتب الولائية و لا الحلاوة في حال العبادة و لا الفيوض العلمية ظاهرا و باطنا ، فذلك كله حجاب قاطع عن المراد . و المراد منك ان تكون كالقلم بين يد الكاتب ، و هو ميت القدرة جامد . فلا ارادة و لاحركة و لا قوة . فكونوا مثله و احمدوا الله عليه . و لا تعبدوا القِبْلَة و لا المساجد و لا الشيخ و لا النبي و لا الدنيا و لا الاخرة )
 - سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه في احدى رسائله - 

janganlah kamu beriktikad bahawa keuntungan yg diperolehi pd martabat2 kewalian dan kemanisan ketika melaksanakan ibadah 
dan juga limpahan ilmu yg diperolehi secara zahir atau batin
kerana pd yg demikian itu adalah hijab yg memutuskan drpd tujuan sebenar(Allah dan ubudiah)

yg dituntut drpd kamu adalah menjadikan diri kamu umpama pen yg berada di tangan penulis

tidak bernyawa dan tiada upaya melakukan sesuatu

jadilah kamu umpama pen tersebut dan bertahmidlah kpd Allah (atas keadaan kamu yg umpama pen tersebut)

janganlah kamu menyembah akan kiblat,masjid2,masyaikh2,Nabi2, dunia dan juga akhirat
# (jangan jadikan diri kamu terhenti hanya pd perkara2 tersebut,bahkan jadikanlah Allah tujuan utama kamu dan jadikan diri kamu hamba sebenar/ubudiyah mahdah/محضة)
-bukan hamba kpd azkar/aurad/sir2/kasyaf2 dan umpamanya

-qutubul aqtab Sidi Ahsan Albaqili RA

Jumaat, 30 Disember 2022

UJIAN SULUK


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Telah diperjelaskan oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala; 

Ketahuilah bahawa, setiap orang yang ingin pergi kepada hadrah Allah, maka Allah akan mengujinya dipertengahan jalan, untuk melihat samada orang itu benar pada niatnya untuk mencari Allah atau mencari selain Allah. 

Dan Allah akan mengujinya dengan apa? Diuji dengan perkara yang sedap-sedap, rahsia Kaunu, rahsia alam, emas-emas, khazanah, harta, dan macam-macam lagi yang akan memanggilnya. 

Namun demikian, pada zaman ini Allah telah memberikan kurniaan-Nya kepada kita. Allah telah memberikan kita suluk tanpa melihat kanan kiri, dan berada di jalan yang penuh keamanan dan selamat. 

Alhamdulillah seandainya kamu suluk kepada Allah melalui jalan Kurniaan-Nya dan Anugerah-Nya, semasa kamu ingin bergerak menuju kepada Hadrah Allah, kamu akan diliputi dengan pakaian guru kamu, perisai guru kamu, tidak boleh dipanah daripada pembukaan bangsa Kaunu, bangsa alam, rahsia-rahsia, hawatif pendengaran, mimpi-mimpi, dan bahkan tidak melihat apa-apa. 

Kalau kamu jumpa jalan sufi yang benar, pada perkara mimpi dan dengar itu, semuanya itu akan dihijab habis kerana Allah SWT akan menutup segala pintu-pintu fitnah yang boleh menggelincirkan kamu kepada selain daripada Allah SWT. 

Dengan barakah jalan itu, barakah guru dan jalan itu, pada maksud masuknya seseorang murid itu dibawah jaminan guru, maka kamu akan memperolehi pakaian perisai seorang guru, sehingga kamu dipelihara di dalam jalan itu. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

TASAWWUF MENURUT ULAMA 4 IMAM MAZHAB

1) IMAM ABU HANIFAH.

Imam Abu Hanifah adalah pendiri Mazhab Hanafi.

Beliau telah berkata : 

"Jika tidak kerana dua tahun, Nu’man telah celaka. Kerana dua tahun saya telah bersama-sama Sayyidina Imam Jafar as-Shadiq. Maka saya telah mendapatkan Ilmu Kerohanian yang membuatkan saya lebih mengetahui Jalan Yang Benar...” 

2) IMAM MALIK.

Imam Maliki adalah pendiri Mazhab Maliki.

Beliau telah berkata :

“Barangsiapa mempelajari atau mengamalkan Tasawwuf tanpanya Fiqih, dia telah Zindik dan barangsiapa mempelajari Fiqih tanpanya Tasawwuf, dia tersesat, dan sesiapa yang
mempelajari Tasawwuf dengan disertai Fiqih. Maka dia akan meraih Kebenaran..."

3) IMAM ASY-SYAFI'E.

Imam Asy-Syafi’e adalah pendiri Mazhab Syafi’e.

Beliau telah berkata :

"Aku telah berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima 3 Ilmu : 

- Mereka mengajariku bagaimana berbicara.

- Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang-orang lain dengan Kasih Sayang dan kelembutan Hati.

- Mereka membimbingku ke dalam Jalan Tasawwuf...”

Nasihat daripada Imam Asy-Syafi'e Rahimullah :

Berusahalah engkau untuk menjadi seorang yang mempelajari Ilmu Fiqih dan juga Menjalani Tasawwuf, dan janganlah engkau hanya mengambil salah satunya.

Sesungguhnya, demi Allah aku benar-benar ingin memberikan Nasihat padamu.

Orang-orang yang hanya mempelajari Ilmu Fiqih tetapi tidak mahu belajar Menjalani Tasawwuf, maka hatinya
tidak akan dapat merasakan Kelazatan Taqwa.

Sedangkan orang-orang yang hanya Menjalani Tasawwuf tetapi tidak mahu mempelajari Ilmu Fiqih, maka bagaimana boleh dia menjadi baik...

4) IMAM AHMAD BIN HANBAL.

Imam Ahmad bin Hanbal adalah pendiri Mazhab Hambali.

Beliau telah berkata : 

“Anakku, kamu haruslah duduk bersama orang-orang Sufi, kerana mereka adalah Mata Air Ilmu dan mereka selalu Mengingati Allah didalam Hati mereka.

Mereka adalah orang-orang Zuhud yang memiliki Kekuatan Kerohanian yang tertinggi. Maka aku tidak melihat orang-orang yang lebih baik daripada mereka..."

* APAKAH ITU TASAWWUF ?

TASAWWUF ( تصوف ) itu terdiri daripada huruf :

"TA, SHOD, WAU dan FA'..."

* HURAIANNYA.

'TA' (ت) bermaksudnya : TAUHID (توحيد).

'SHOD' (ص) bermaksudnya : SABAR (صبر).

'WAU' (و) bermaksudnya : WARA' (ورع).

'FA' (ف) bermaksudnya : FANA (فناء).

- Apabila BERTASAWWUF, maka Tenggelamnya didalam TAUHID. 

- Apabila BERTASAWWUF, maka Pakaiannya adalah WARA'.

- Apabila BERTASAWWUF, maka Jalannya adalah SABAR.

- Apabila BERTASAWWUF, maka Hakikatnya adalah FANA', yakni ;

"Meleburkan dirinya selebur-leburnya didalam HAK ALLAH SWT semata-mata..."

ISRAK MIKRAJ DAN PENGAJARAN KEHAMBAAN


#Jalan anugerah bukan kelayakan utk ummat akhir zaman

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Nabi Musa a.s dengan darjatnya yang tinggi dan kelebihannya telah meminta untuk bertemu dengan Allahﷻ. Lalu Baginda a.s meminta kepada Allahﷻ untuk menyingkapkan hijab yang memisahkan dirinya dengan Tuhannya, “Ya Tuhan, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau.” 

Maka Allahﷻ, Tuhan yang tidak terjangkau oleh mata manusia, Yang Maha Kuat lagi Maha Nyata menjawab, “Kamu tidak akan sanggup melihat-Ku.”  

Untuk melihat akan Allahﷻ, Nabi Musa a.s telah diperintahkan dengan syarat untuk bermujahadah dengan berpuasa dan beribadah selama 40 hari dan terpaksa berjalan kaki dengan jauh sehingga ke Gunung Sinai di Selatan Mesir. Namun, pengakhiran dari harapannya adalah Baginda Musa a.s pengsan dan Baginda a.s tidak mampu untuk melihat akan Allahﷻ. 

Namun, Nabi kita Sayidina Muhammad ﷺ melalui jalan kehambaannya, yakni jalan jazbah tanpa meminta kepada Allahﷻ, telah dijemput oleh Allahﷻ untuk bertemu denganNya. Jemputan dari Allahﷻ untuk bertemu denganNya adalah tanpa ada syarat-syarat dan mujahadah, bahkan pula dimuliakan jemputan tersebut bertemankan Jibril a.s dan Buraq, hanya dalam masa yang sungguh singkat untuk bertemu dengan Allahﷻ, tidak perlu 40 hari, bahkan tidak sampai jarak masa satu malam. Inilah tarikan daripada Allahﷻ untuk sampai kepadaNya pada malam Israk dan Mikraj melalui jalan kehambaan. 

Maka, inilah jalan ummat akhir zaman - jalan Jazbah, jalan kehambaan, merasa tidak layak dengan amalan, malu dengan amalan, jalan yang ditunjukan oleh Baginda ﷺ, sehingga hanyalah melalui jalan ini yang mampu menyampaikan seseorang itu kepada Allahﷻ melalui kurniaanNya. 

Jalan Mujahadah adalah jalan Baginda Musa a.s manakala jalan Jazbah atau Kehambaan adalah jalan Sayidina Muhammad ﷺ. Maka kita sebagai ummat Sayidina Muhammad ﷺ, adalah terlebih baik memilih jalan Sayidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan kita - jalan kehambaan, tidak berhajat pada habuan dalam amalan, merasa tidak layak dan malu pada amalan, dan tidak syuhud pada amalan. 

● Sebahagian daripada intipati syarahan Israk dan Mikraj oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala di Zawiyyah Ainurrahmah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Khamis, 29 Disember 2022

Surat utusan drp Sheikh Tijani ra kpd salah seorang sahabatnya ra agar menyibukkan diri dgn selawat fatih..


"..Kemudian sesungguhnya engkau meminta drpku penambahan zikir² selain drp wirid(asas tijani)..

..ketahuilah..
Daku ijazahkan dikau setiap apa yg engkau mahukan drp zikir², asma'², ayat² & doa² kemana & bagaimana shj yg engkau kehendaki(beramal dgnnya)...

...melainkan yg selain drp wirid² para masyaikh yg merupakan kewajipan bg memasuki jalan² mereka..
maka(wirid² para masyaikh) tidak diizinkan utkmu..

..ketahuilah..
setiap yg daku sebutkan drp zikir² & selawat keatas Bagindaﷺ serta doa² jikalau kamu tawajjuhkan(berhadap sepenuhnya zahir/batin) selama 100k tahun, setiap hari kamu melakukan zikir² tersebut 100k kali serta dihimpunkan pahalanya semua sekali..NESCAYA tidak akan menyamai/tercapai pahala sekali shj selawat fatih lima ughliqa..

...maka jika engkau mahukan manfaat utk dirimu diakhirat.. maka sibukkanlah dirimu dgn selawat fatih mengikut kadar kesungguhanmu..

..kerana sesungguhnya(selawat fatih) merupakan perbendaharaan Allahﷻ yg teragung bg mereka yg berzikir dgnnya..

..& tiap² zikir² yg kamu mahukan(yakni selain drp wirid yg wajib) tambahilah sebagai tambahan drp wirid(yg wajib)..

..sesungguhnya daku telah menasihati engkau kerana Allahﷻ.."

DIANTARA RAHSIA KETINGGIAN SELAWAT AL FATIH YANG MENJADI AMALAN HARIAN DAN WIRID UTAMA THORIQAH TIJANIY


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al-Hasani Al-Maghribi, Al-Allamah Mujadidul-millah wa-ddin (ertinya); 

Sesungguhnya orang yang mengkaji akan Zat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia lagi nurani (bercahaya), nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia tersebut disaluti dengan cahaya-cahaya yang ditulis daripada selawat-selawat wali-wali Allah, dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ﷺ. 

Itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda ﷺ. Sesungguhnya rahsia hidup dan berdirinya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih, dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini. 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, susunan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Apakah khatmul Auliya itu?

Terdapat dalam kitab Aqwal Adillah wal Barahin ) berikut ini :

أنه أخبر تصريحا على الوجه الذي لا يقبل التأويل أن سيد الوجود صلى الله عليه وسلم أخبره يقظة بأنه هو الختم المحمدي المعروف عند جميع الأقطاب الصديقين بأنه لامقام فوقه في بساط المعرفة بالله

"Bahwasanya Syekh Ahmad Attijani menceritakan dengan jelas. tanpa adanya (kemungkinan) ta'wil, bahwasanya Rasulullah SAW mengkhabarkan kepadanya dalam keadaan jaga /tidak tidur, bahwa sesungguhnya dia (Syekh Ahmad Attijani) itu adalah WALI KHATMI golongan ummat Nabi Muhammad Saw yang kedudukannya itu tidak ada yang melebihi beliau "dalam keluasan ilmu ma'rifat kepada Allah SWT" Dan hal in diketahui oleh semua wali aqthab yang
siddiqin

Itulah yang maksud dengan ( ختم الأولياء ) atau yang lazim disebut dengan wali khatmi itu.

Adapun WALI KHATMI menurut pendapat Ibnu Arabi sebagaimana tersebut dalam kitab Futuhatul Makiah bab 73 soal ke 13 , berikut ini penjelasan beliau :

 ومن يستحق " خاتم الأولياء " كما يستحق محمد صلى الله عليه وسلم خاتم النبوة ؟ الجواب : الختم ختمان
 1: ختم يختم الله به الولاية
 ٢: وختم يختم الله به الولاية المحمدية

فاما ختم الولاية على الإطلاق فهو عيسى عليه السلام .......الخ. وأما ختم الولاية المحمدية فهي لرجل من العرب من أكرمها أصلا ويدا وهو في زماننا موجود عرفت به سنة خمس وتسعين وخمسمائة (٥٩٥) ورأيت العلامة التي له قد أخفاها الحق فيه عن عيون عباده وكشفها اِلَىَّ بمدينة فاس حتى رأيت خاتم الولاية منه ، وهو خاتم النبوة المطلقة لا يعلمها كثير من الناس .

 "Siapakah orang yang berhak menduduki makam Khatmul Aulia, seperti berhaknya Muhammad SAW sebagai Khatmul Anbia?.

Jawab; Wali Khatmi itu terbagi dua: 
1 : Khatmul Wilayah (wali khatmi) yang allah khatamkan kewalian ummat Nabi Muhammad SAW itu kepadanya secara umum.
2 : Khatmul Wilayah (wali khatmi) yang Allah SWT khatamkan kewalian ummat Nabi Muhammad Saw kepada dirinya secara khusus.

A. Khatmul wilayah mutlak dan bersifat umum dijabat oleh Nabi Isa AS (setelah turun kedunia nanti). 

B. Khatmul wilayah mutlak dan bersifat khusus dijabat oleh "seseorang" berkebangsaan Arab, yang termulia nisbah keturunannya maupun nisbah derajatnya. Itulah yang dimaksud dengan Khatmul Wilayah (wali khatmi) dalam pandangan Ibnu Arabi. 

Alhasil menurut Ibnu Arabi arti dari Khatmul Wilayah itu adalah : Penutup ketinggian Pangkat Kewalian ummat Nabi Muhammad Saw.
Ibnu Araby mengistilahkan Khatmul Aulia ini dengan Wilayah Asy Syamsiah (Wali yang memancarkan limpahan). Seperti sifat matahari yang memancarkan limpahan cahaya.

Adapun wali-wali lainnya beliau istilahkan dengan Wilayah Al Qamariah (wali-wali yang menerima limpahan), seperti sifat bulan yang menerima limpahan sinar dari matahari. 

وولايته هي المسماة بالولاية الشمسية 

وولاية سائر الأولياء تسمى بالولاية القمرية

 لأنها مأخوذة من ولايته مستفيدة منها كنور القمر من الشمس

"Adapun pangkat kewaliannya (khatmul aulia) itu dinamakan (pula) dengan Matahari Kewalian, 

sedangkan wali-wali lainnya itu dinamakan dengan Bulan Kewalian, 

karena kewalian para wali-wali itu ibarat bulan yang selalu menerima cahaya limpahan dari Kewalian Matahari. Seperti bulan mengambil cahaya dari matahari". 
Lihat skema berikut ini :

خاتم الأنبياء محمد صلى الله عليه وسلم
Memberi madad kepada
الأنبياء والرسل
Dua kedudukan diatas memberikan madad kepada
خاتم الأولياء – ولاية الشمسية - شمس الأولياء وختم المغرب 
Memberikan madad kepada semua para wali2
جميع الأولياء - ولاية القمر

Ini juga termasuk karunia yang Allah berikan kepada wali yang di kehendaki-Nya. Dan (penganugerahan seperti) ini merupakan hak prerogative Allah. Allah berhak untuk menjadikan apapun menurut keinginan-Nya dan menganugerahi sesuatu kepada siapapun yang di kehendaki-Nya.
 Tentang Khatmul Aulia Ibnu Arabi ( Syekh Muhyiddin ibnu arabi) mengarang sebuah kitab yang berjudul :
عنقاء مغرب
 في معرفة ختم الأولياء وشمس المغرب

#Cahaya kenabian dibumi hijaz dan cahaya kewalian di bumi maghribi
#carilah madad dan cahaya kerohanian di sebelah ufuk Barat di akhir zaman

Rabu, 28 Disember 2022

SELAWAT AL FATIH PENYELAMAT DARI SIKSA KUBUR


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Sayyidi Assyeikh Qutb Al Aqthob Ahmad bin Muhammad Attijaniy r.hu (diterjemahkan telah) berkata: 

Ketahuilah bahawa dosa-dosa diakhir zaman ini tidak ada seorang pun yang mampu terlepas darinya. Kerana dosa-dosa tersebut menimpa manusia seperti hujan lebat. Akan tetapi, perbanyakanlah melakukan sesuatu yang mampu menebus dan melebur dosa tersebut, dan yang paling dikuatkan adalah Selawat Al Fatih, kerana Selawat Al Fatih tidak akan meninggalkan dosa sedikit pun. 

Sayyidi Assyeikh Ahmad As Sukairij telah menceritakan dari Sayyid 'Alal Al Jabiri bahawa beliau (Sayyid 'Alal) telah bermimpi melihat dirinya telah mati, kemudian orang ramai memandikan, mengkafankan dan menguburkannya. 

Tatkala beliau berada didalam kubur, tiba-tiba dua orang malaikat penanya telah datang dan duduk disisinya. Kemudian salah sorang dari malaikat tersebut bertanya kepadanya tentang siapakah Tuhannya, Nabinya, dan lain-lain. 

Ketika beliau (Sayyid 'Alal) bersiap-siap untuk menjawab, tiba-tiba salah seorang malaikat yang lain menciumnya lalu malaikat itu menoleh kepada temannya seraya berkata, "Mari kita pergi menuju kejalan kita. Bagaimana kamu akan menanyainya sedangkan dia adalah ASHABUL FATIH (orang-orang yang suka membaca Selawat Fatih)". 

Sayyid 'Alal berkata, kemudian kedua malaikat itu berdiri dan pergi, dan beliau pun lalu bangun dari tidurnya. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

PETIKAN KITAB KASYFUL HIJAB, SAYYIDI ASSYEIKH AHMAD SUKAIRIJ AT TIJANIY R.HU 

♡CPF

Sifat seorang hamba


فاسقط الطمع من ثواب العمل فإنه لولا فضله ما وفقك له وليس من شأن العبد التعرض له بل من شأنه العمل مع الخوف منه فلا يرى نفسه أهلا للعمل فضلا عن الاجرة لكثرة العبيد الذين تظن فيهم عندك الاهلية.

Gugurkanlah sifat tamak drpd hendak mendapatkan ganjaran pahala
kerana sesungguhnya jikalau bukanlah kerana Kurnian Ilahi 
tidaklah Allah swt memberi Taufiq terhadap amalan tersebut
Dan bukanlah drpd sikap seorang hamba mengharapkan ganjaran
bahkan sikap sebenar hamba adalah beramal serta bimbang drpd amalannya
bahkan tidaklah ia melihat dirinya berkelayakkan untuk beramal 

apatah lagi ia hendak kepada upah/ganjaran
kerana ramai drpd kalangan hamba2Nya menyangka kamu berkelayakan utk amalan/kerja tersebut.

Pembukaan bagi seorang salik itu
ialah kehambaan pd diri sendiri
Tidak mengharapkan apa² drpd Tuannya 
Tidak dengan lintasan dalam hatinya
Apatah lagi dizahirkan dengan kesungguhan kata2 hatinya atau diungkapkan dengan lisannya

#Jalan kehambaan yg sempurna

Selasa, 27 Disember 2022

Unta diberi kelebihan kerana sempurna kehambaan kepada tuannya

Seekor unta boleh minum air masin walaupun dari Laut Mati dan tekanan darahnya tidak naik kerana buah pinggangnya mampu menapis air untuk meminumnya segar, sehingga air itu terpisah dari garam.

Seekor unta boleh memakan duri. Perut dan ususnya tidak dimudaratkan kerana air liurnya seperti asid yang meleraikan duri. Maka ia memakannya seakan-akan roti dan tepung. Penduduk padang pasir, jika duri jatuh ke tangan mereka atau kaki, mereka menaruh air liur unta di atasnya dan ia meleraikan duri tersebut.

Seekor unta mempunyai dua kelopak mata. Satu kelopak mata lutsinar dan satu lagi diperbuat daripada daging supaya ia dapat berjalan dalam debu padang pasir dan matanya tidak dimudaratkan kerana ia hanya menutup kelopak mata lutsinarnya.

Seekor unta boleh mengubah suhu badannya. Menaikkan suhunya jika ia berada di tanah bersalji dan menurunkan suhunya di tanah gurun yang sangat panas.

Perkataan "Berkat" juga diambil sempena dengan unta duduk ketika minum air. Unta apabila sekali minum air ia akan bertahan selama lapan hari. Begitulah juga perumpamaan dgn ilmu yg berkat, walaupun sedikit tetapi boleh diamal dan disebar sampai ke mati. Sama juga dgn harta yg sedikit tetapi mencukupi dan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ [الغاشية:17]. 

 "Apakah kamu tidak melihat unta, bagaimana ia diciptakan".

cpf

UNTA DAN KEHAMBAAN 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Sidi As-Syeikh Alqutb Al Ahsan Al Ba'qili Attijaniy RodiAllahu 'anhu berkata : 

Tidakkah engkau melihat unta yang dibebani secara paksa dan ia redha? Ia tidak memiliki tujuan apa-apa dalam amalnya dan ia juga tidak memilih barang yang berharga ataupun tak berharga yang dibebankan diatas punggungnya, semua pekerjaan sama baginya. Rezkinya dari Tuannya, ia tidak meminta upah, kedudukan, syurga ataupun takut pada neraka. 

Ia juga tidak marah apabila dipukul Tuannya, bahkan jika dipukul ia tambah bersemangat bekerja dan berhati-hati dalam berjalan tanpa peduli. Apabila Tuannya menundukkan badannya untuk istirehat, ia istirehat. 

Apakah engkau tidak redha menjadi unta bagi Allah SWT, makan dari keutamaan-NYA tanpa melihat amal ibadahmu, kerana Allah SWT adalah Jabari (Dzat yang Maha Memaksa). Setiap orang yang kau lihat telah Wusul (sampai kepada Allah SWT) , maka dia tidaklah Wusul sehingga dia menjadi persis seperti unta. 

Sumber :
*(AL IRAA’H karya AS-SYEIKH ALHAJ AL AHSAN AL BA'QILI ATTIJANI RODIALLAHU 'ANHU)*
============================= 

Hendaklah kita mengambil pelajaran dari unta yang ikhlas beramal untuk Tuannya tanpa adanya tujuan dan tanpa mengharap upah. Tetap semangat dan bersungguh-sungguh dalam bekerja meski dipukul oleh Tuannya. Begitulah seharusnya hamba, meski ditimpa berbagai macam musibah, ujian dan cubaan, namun dia tetap bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam beramal. 

‎*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه* 

cpf

Isnin, 26 Disember 2022

SYUKURLAH...


Untuk memahami akan kehidupan yang sebenar-benarnya, maka pergilah kamu ke tiga tempat ini, iaitu :

1) HOSPITAL.

Kamu akan dapat memahami bahawa tiadalah apa-apapun yang lebih Indah daripada Kesihatan...

2) PENJARA.

Kamu akan dapat mengetahui bahawa nilai Kebebasan itu teramat-amatlah Berharga...

3) PERKUBURAN.

Kamu akan dapat menyedari bahawa kehidupan ini Hakikatnya hanyalah sementara sahaja...

* NOTA.

Selagi kamu masih lagi bebas melakukan apa-apapun sahaja didalam duniawi tipu daya yang sementara ini, dan masih lagi diberikan oleh Allah SWT kesempatan Kesihatan yang baik.

Kerana, HARTA MEWAH yang sering disia-siakan oleh kebanyakan manusia itu Hakikatnya adalah KESIHATAN. 

"KESIHATAN" itu adalah satu-satunya "HARTA MEWAH" yang menjadi Idaman bagi setiap orang yang SAKIT.

Aku berharap kamu senantiasa "BERSYUKUR" dengan "SEADANYA" dan sentiasalah "MENGHARGAI" apa-apapun jua yang hadir dan pergi didalam kehidupan kamu...

* KATA-KATA HIKMAH GURU SUFI.

"RAHASIA KEBAHAGIAAN itu ada didalam 3 hal : BERSABAR, BERSYUKUR dan IKHLAS..."

"Janganlah sesekali berhenti Berusaha ketika menemui Kegagalan. Tetaplah BERSYUKUR kerana Kegagalan itu adalah cara Allah SWT mengajari kita erti Kesungguhan..."

"BERSYUKUR diatas segala NIKMAT yang di Anugerahkan oleh Allah SWT. Sama ada NIKMAT yang terlihat mahupun NIKMAT yang tidak kelihatan. (NIKMAT ZAHIR atau NIKMAT BATIN)..."

"Bukanlah harta yang membuatmu BAHAGIA, tetapi Rasa BERSYUKURLAH yang membuatmu menjadi orang yang merasakan KEBAHAGIAAN..."

"Kita akan banyak mendapatkan KEBAHAGIAAN jikalau kita boleh MENSYUKURI segala yang kita dapatkan..."

"Apa-apapun yang kamu dapatkan didalam duniawi ini tidak akan Sempurna apabila kamu tidak boleh MENSYUKURINYA..."

"BAHAGIA itu sangat-sangatlah sederhana, kita hanya perlu MENSYUKURI dengan NIKMAT yang telahpun Allah SWT berikan..."

"Tidak adanya penderitaan yang abadi, tidak adanya KEBAHAGIAAN yang abadi. Kecuali bagi Insan-Insan yang pandai BERSYUKUR, maka selamanya ia akan Merasakan KEBAHAGIAAN..."

"Ketahuilah bahawa Rasa SYUKUR merupakan tingkatan tertinggi, dan ini lebih tinggi daripada KESABARAN, KETAKUTAN (Khauf) dan KETERPISAHAN dari dunia (Zuhud)..."

cpf

HATI HATI DENGAN HATI



Ketika merasa sudah sekian lama beribadah, sudah mengenal Tuhan, Menempuh perjalanan para kekasihNYA, Kita rasa selamat...kita mula rasa kitalah terpaling terpilih disisiNya. Orang  lain jauh beza ilmu, pengalaman kerohanian dengan kita. 

Sehingga terlupa bahawa jika Allah berkehendak mengubah 360° dalam dalam sekelip mata menjadi ahli maksiat berada dalam neraka Kejauhan dariNya dan Mati dalam keadaan Kufur pula..
Dan orang yang tidak punya apa-apa. Jika Allah berkehendak mengangkat darjatnya sekelip mata. Tiadalah mustahil bagiNya.

Syeikh Abdul Qadir Jailani bila ditanya seorang gelandangan yang penampilannya seperti orang gila
Apakah Allah boleh mengubah saya ini dari seorang gelandangan menjadi mulia seperti kamu?
Syeikh Abdul Qadir Jailani menjawab.  Ya boleh?
Dan gelandangan tersebut bertanya lagi...Apakah Allah boleh mengubah Tuan yang mulia ini menjadi gelandangan seperti saya?

Maka Syeikh Abdul Qadir Jailani menangis lalu menjawab: Ya! 
Kemudian Syeikh membawa gelandangan tersebut pulang ke Madrasah miliknya .. dimandikan gelandangan tersebut, diberi pakaian baru dan memperkenalkan kepada murid-muridnya bahawa orang ini adalah gurunya....

Amalan yang banyak, perjalanan makrifat yang lama semuanya bukanlah ukuran apa-apa kecuali bergantung kepadaNya semata-mata 

80000 tahun ibadah iblis menjadi sia2 dalam sekelip mata hanya kerana tidak dapat menerima orang baru dan tidak pernah beribadah banyak sepertinya .

Tanda-tanda pengikut Thoriqoh Tijaniyyah


 ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ۞ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ۞ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ۞ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ۞ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ۞ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ *۞

ﺇﻥ ﻷﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﻋﻼﻣﺔ ﻳﺘﻤﻴﺰﻭﻥ ﻋﻦ ﻏﻴﺮﻫﻢ . ﻭﻳﻌﺮﻑ ﺑﻬﺎ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻫﻮ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﺑﻮﺟﻪ . ﻭﻫﻲ ﻛﻤﺎ ﻗﺎﻟﻪ ﺣﻮﺍﺭﻱ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺩ ﻟﻪ ﻓﻲ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺃﺳﺮﺍﺭﻫﺎ ﺑﺎﻟﺘﺒﺮﻳﺰ ﻭﺍﻟﺘﺤﻘﻴﻖ :
Sesungguhnya pengikut thoriqoh Tijani ini mempunyai tanda tanda yang membedakan mereka dari mereka orang lain.
Dengan tanda tanda ini dapat dikenali bahwa Rosululloh SAW adalah shohabat atau pembimbingnya dalam bentuk khusus.
Itu seperti yang dijelaskan oleh para tokoh terkenal dalam thoriqoh ini, berkenaan dengan Rahasia-rahasianya, yaitu sebagai orang-orang luhur dan orang-orang benar. Ia mengatakan :
ﺇﻥ ﻟﻜﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻬﺎ ﻣﻜﺘﻮﺏ ﺑﻴﻦ ﻋﻴﻨﻴﻪ ﺑﻄﺎﺑﻊ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ " ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ " ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﻋﻠﻰ ﻗﻠﺒﻪ ﻣﻤﺎ ﻳﻠﻲ ﻇﻬﺮﻩ " ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪﺍﻟﻠﻪ " ، ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺃﺳﻪ ﺗﺎﺝ ﻣﻦ ﻧﻮﺭ ﻣﻜﺘﻮﺏ ﻓﻴﻪ " ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻴﺔ ﻣﻨﺸﺆﻫﺎ ﺍﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺍﻟﻤﺤﻤﺪﻳﺔ " ﺇﻩ ﻛﻼﻣﻪ ﻓﻴﻤﺎ ﻭﻗﻔﻨﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺑﻌﺾ ﻣﺆﻟﻔﺎﺗﻪ .
Sesungguhnya setiap orang dari pengikut thoriqoh Tijaniyyah tertulis di antara kedua matanya *stempel* Nabi SAW
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
Muhammadun Rosululloh,.
Dan pada hatinya yang dekat dengan punggungnya tertulis
ﻣﺤﻤﺪ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺪﺍﻟﻠﻪ
Muhammad Ibnu 'Abdillah.
Pada bagian kepalanya ada sebuah mahkota dari cahaya yang tertulis di situ
ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻴﺔ ﻣﻨﺸﺆﻫﺎ ﺍﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺍﻟﻤﺤﻤﺪﻳﺔ
Ath-Thoriqoh at-Tijaniyyah sumbernya adalah hakikat Muhammadiyyah
Seperti itulah perkataannya yang kami dapatkan dari beberapa kitab karangannya.
ﻭﻳﺆﻳﺪﻩ ﻣﺎ ﺗﻮﺍﺗﺮ ﺑﻴﻦ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﻋﻦ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻣﻦ ﺃﺭﺑﺎﺏ ﺍﻷﺣﻮﺍﻝ ﺃﻧﻬﻢ ﺻﺮﺣﻮﺍ ﻟﺒﻌﺾ ﺃﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﺑﺄﻧﻬﻢ ﺭﺃﻭﺍ ﻃﺎﺑﻊ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻴﻦ ﻋﻴﻨﻴﻪ .
Juga dikuatkan oleh keterangan yang mutawatir di kalangan para sahabat yang sudah mencapai maqom waliyyulloh, bahwa mereka mengatakan secara terus terang kepada pengikut thoriqoh ini, bahwa mereka melihat cap (stempel) Nabi SAW di antara kedua matanya.
ﻭﻗﺪ ﺭﺃﻳﻨﺎ ﺑﻌﺾ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﺇﺫﺍ ﺭﺃﻯ ﺃﺣﺪﺍ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻋﺮﻓﻪ ﻭﻗﻄﻊ ﻟﻪ ﺑﺄﻧﻪ ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻬﺎ ﻭﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﺭﺁﻩ ﻗﺒﻞ ﺫﻟﻚ، ﻭﻻ ﻳﺒﻌﺪ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺸﻒ ﻟﻪ ﺍﻟﻐﻄﺎﺀ ﻋﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﺎﺑﻊ ﺍﻷﺯﻫﺮ ﻭﺍﻟﺴﺮ ﺍﻷﺑﻬﺮ .
Bahkan kami lihat ada beberapa orang sahabat mana apabila melihat salah seorang dari pengikut thoriqoh Tijani ini, ia dapat mengenalinya dan dapat memastikan bahwa dia adalah pengikutnya, padahal belum pernah bertemu sebelumnya.
Tidak keliru bahwa memanglah sudah dibukakan baginya tutup pada stempel gemilang dan sirr rahasia yang kemilau ini.
ﻭﻣﻌﻠﻮﻡ ﺃﻥ ﻣﺜﻞ ﻫﺬﺍ ﺇﻧﻤﺎ ﻳﺮﺍﻩ ﻣﻦ ﻛﺸﻒ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻋﻦ ﺑﻌﺾ ﺃﺳﺮﺍﺭﻩ ﺍﻟﻐﻴﺒﺔ ﻭﺃﻳﺪﻩ ﺑﺄﻧﻮﺍﺭﻩ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ . ﻓﻼ ﻣﺠﺎﻝ ﻓﻴﻪ ﻟﻸﻓﻜﺎﺭ ﺇﺫ ﻻ ﻧﻔﺎﻕ ﻟﺒﻀﺎﻋﺔ ﺍﻟﻌﻘﻞ ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻤﻀﺎﺭ .
Sebagaimana dimaklumi, bahwa hal seperti ini hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang dibukakan oleh Allah sebagian rahasia-rahasia-Nya yang bersifat gaib, dan sudah didukung oleh cahaya-cahaya-Nya dalam bentuk karunia.
Oleh karena itu tidak ada ruang untuk akal pikiran, sebab tidak ada jalan untuk bisa mengupas kandungan ini melalui sarana akal pikiran.
ﻭﻫﻮ ﻣﻦ ﺟﺎﺋﺰ ﺍﻟﻜﺮﺍﻣﺎﺕ ﺍﻟﺘﻲ ﻳﺘﺤﻒ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺷﺎﺀ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺍﻷﺧﻴﺎﺭ .
Ini termasuk karunia karomah-karomah yang Allah anugerahkan kepada orang-orang yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman lagi bijak.
ﻭﻳﺨﺘﺺ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺃﺭﺍﺩ ﻣﻦ ﺃﻭﻟﻴﺎﺋﻪ ﺍﻟﻤﻜﺮﻣﻴﻦ ﺍﻷﺑﺮﺍﺭ . ﻓﺴﻠﻢ ﺳﻠﻢ
Dan Yang Dia khususkan kepada orang-orang yang Dia kehendaki di antara Wali-wali-Nya yang terhormat lagi orang-orang yang berbakti. Maka percayalah, niscaya engkau akan selamat.
Bughyatul Mustafid 100-101
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺟﻌﻠﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﺣﻘﺎً ﻭﺃﺣﻴﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﻭﺃﻣﺘﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﻭﺍﺣﺸﺮﻧﺎ ﻣﻊ ﺷﻴﺨﻨﺎ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻲ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ... ﺁﻣﻴﻦ

Sabtu, 24 Disember 2022

Kehambaan

Kehambaan adalah satu keadaan atau ahwal seorang manusia sejati 

Allah menciptakan manusia untuk menjadi hamba padaNya

Oleh itu, Allah menyukai hambaNya yang bersifat hanba

Kehambaan sebenar ada pada hambaNya bilamana hamba itu merasakan dia tidak memiliki akan tetapi dimiliki

Kerana bila ada rasa dimiliki maka tidak layak baginya untuk memiliki sedangkan dirinya sendiri juga dimiliki

Maka dia menyedari segala yang ada pada dirinya adalah milik Allah hatta apa yang dia buat sekalipun

Jadi amalannya bukan miliknya tetapi milik Allah kerana Allah yang menggerakkannya untuk beramal. Tanpa gerak dan diam daripada Allah maka dia tidak akan mampu melakukan apa jua pun perkara. Sedarilah 

Bila dia beramal dia tidak akan melihat kepada kehebatan diri beramal tetapi melihat kepada Allah yang memudahkan menggerakkannya untuk beramal. Maka tidaklah layak baginya menuntut sebarang ganjaran atas amalannya. Itulah ahwal hamba sebenar.



Hakikat Rasulullah

Pada Rasulullah itu ada 3 hakikat/martabat :

1) Adamiah : kemanusiaanya iaitu gembira, sedih, kecewa, lupa, tertidur, tertekan, lapar, terkejut.

2) Muhammadiah : kenabiannya yang maksum & bermukjizat seperti keluar susu dari celah jarinya,membelah bulan,tiada bayang, menyembuhkan hanya dengan doa, air yang keluar darinya semuanya terharum & tersuci, juga akhlak2 ketuhanan pada dirinya.

3) Ahmadiah : terawal & ketunggalannya bersama dzat Allah yang qodim, isyarat dari peristiwa Israk Mikraj yang mana baginda mencapai suatu hadrah yang tiada siapa boleh mencapainya sehingga Jibril pun akan terbakar.

Jumaat, 23 Disember 2022

Tausiah Sayyidina Murobbina Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah di Pondok Baba Dr.Khairul


Selawat adalah jalan paling selamat di akhir zaman,selawat bukannya menganti mursyid tapi sebagai pembuka jalan bertemu guru dan auliya yg sempurna .
*Buruk adab teruk bila kamu rasa cukup atau cari tasawuf yang lama, yang dulu, bukan nak menafikannya, Astaghfirullah, tapi setiap zaman ada ahlinya, kita panggil dalam tasawuf, Ashabul Waqtu, empunya waktu, tanpa mereka tak boleh mengenali atau menerima limpahan Allah pada zaman ini*
Tiada jalan untuk bertemu ahli zaman (Sohibul waktu kecuali dengan perbanyakkan selawat terutamanya selawat alfatih kerana zaman ini zaman fitnah ,bercampur antara haq dengan yg batil .

Ahli zaman
tempat mengalirnya madad ilahi.kerugian yg besar jika tidak ditemukan dengam mereka di akhir zaman

Madad berpunca dari limpahan rahmat Allah swt.

Ahli zaman skrg adalah siddiqin...

Jgn sekali2 berpaling dari siddiqin ini...

Ibadah Ubudiyyah Ubudah

Sebahagian drp kalam Sheikhuna AlQutbul AlMaktum ra..

"...IBADAH ialah amalan yg terbit drp seorang hamba disebabkan menuntut balasan..

..UBUDIYYAH ialah amal kebaikkan yg terbit drp hamba semata² kerana Allah..yg kosong drp meminta balasan bahkan merupakan amalan yg kholis (bersih drp sebarang keinginan) yg dilakukan semata² kerana Allah jua..

..UBUDAH ialah satu ungkapan difaham dari satu amalan yg dikerjakan dgn bantuan/beserta Allah..

dari kerana ini..  
UBUDAH merupakan maqam teratas dari segala maqamat.."

Selasa, 20 Disember 2022

Kenapakah ilmu tasawwuf itu fardhu ain?

Kerana tanpa ilmu tasawwuf maka amalan kita tidak akan diterima Allah..

kerana syarat penerimaan amalan kita mestilah ikhlas..
Ikhlas itu lawannya syirik(syirik khofi)..
Pengajian tasawwuf melalui thoreqat ialah khusus untuk membuang syirik itu(berhala keakuan) ...dan membawa kamu ke jalan Makrifatullah yg betul dan lurus mengikuti sunnah nabawiyah yg zhohir dan batin dibawah tarbiyah dan bimbingan oleh pewaris muhammadi yg sempurna suluk dan kerohaniannya.

"Penyakit Hati; "Orang yang tidak memandang Allah سبحانه وتعالى, dia tidak merasa kebersamaan dengan Allah. Maka dia tidak lari daripada merasakan penyakit "Sifat keakuan diri." Dia akan melihat dirinya sendiri. Rasa kagum. Aku, aku, ini semua aku yang buat. Yang ini penyakit ni. Dia merasakan aku yang beribadah, semuanya adalah diri dia."

"Bukan Allah سبحانه وتعالى yang memperamalkan. Yang ni hati dia ada penyakit. Cepat cepat pergi ubat. Cari orang yang ahlinya untuk ubat. Orang yang merasakan dirinya bertauhid dialah sebenarnya kurang bertauhid. Orang yang merasakan dirinya kurang bertauhid dialah sebenarnya sedang mencapai peringkat tauhid."

"Jika kita tidak dapat merasai Allah سبحانه وتعالى bersama dengan kita, mata hati kita tidak syuhud memandang kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka, tidak larilah kita daripada penyakit "Syirik khafi" yakni syirik yang tersembunyi. Syirik yang menampakkan dirinya hebat dalam ibadah. Amalan yang sebegini adalah tertolak, secara tidak sedar. Itulah pentingnya ilmu tauhid."

"Ilmu tauhid ini, untuk menentukan amalan kita diterima atau pun tidak. Kalau ilmu feqah itu nak menentukan amalan kita sah atau pun batal. Sebab itu, hari ini kita belajar ilmu syariat dan hakikat. Namanya saja pak haji, pak ustaz, pak lebai, pak bilal, orang yang usung kitab pergi balik masjid, keluar pondok masuk pondok belajar."

"Sudah tentulah mereka ini tidak akan sekali-kali menyembah batu, pokok, kayu, berhala dan sebagainya. Tidak! Akan tetapi, jika kita tidak memahami tauhid yang sebenarnya. Sudah tentulah, kita ini hari-hari sembah patung ciptaan diri kita sendiri. Sifat keakuan. Aku yang buat, aku pandai, aku punya."

"Kalau orang lama, dengan kelamaannya. Kalau orang tua, dengan ketuaannya. Kalau orang alim, dengan keilmuannya. Kalau orang kuat, dengan kekuatannya. Kalau orang yang ada kuasa, dengan kekuasaannya. Ini semuanya penyakit."

"Sebab itu kita tengok orang yang belajar agama bawa usung kitab, tak bertambah akhlak, tak bertambah adabnya. Adab dengan guru, adab dengan orang tua mak ayah sendiri. Mana pergi adab? Sebab dia ada penyakit. Tak sedar ada penyakit. Aku belajar tengok aku pandai, baru belajar sikit je. Sebab itu ilmu tak berkat."

"Apa yang nak dibanggakan?Contoh kita bawak balik kereta bos kita, bermacam jenama bersilih ganti. Kawan kita puji hebatnya kau ada kereta macam-macam. Kita tak rasa bangga sebab kereta itu bukan kita punya. Bukan hak kita. Tak rasa apa-apa pun. Bangga atau pun rasa terangkat. Segala-galanya jangan lihat pada asbab. Lihatlah pada Allah سبحانه وتعالى."

"Hari ini ramai orang yang belajar ilmu untuk menyampaikan ilmu, akan tetapi tidak ramai yang belajar ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang mencapai hakikat tauhid, dia dapat meleburkan sifat keakuan dirinya."

Kita sudah terlalu lama berada di dalam ilmu dan amal, akan tetapi kebersamaan dengan Allah سبحانه وتعالى tidak ada. Sebab itulah semakin kita memperbanyakkan amal ibadah, semakin sombong, semakin suka mengumpat dan segala macam sifat mazmumah. Dia tidak kenal Allah سبحانه وتعالى.

Seseorang yg beramal tanpa tauhid yang kukuh di dalam hatinya amalnya akan goyah. Dalam pelajaran tauhid, pengukuhan dalil adalah dengan menggunakan akal. Barangsiapa yang tak mampu mendatangkan dalil akal bahawa Allah سبحانه وتعالى itu wujud, maka dia tidak berakal."

"Sebelum mati yang sebenar tiba, matikan diri dulu. Matikan yang macam mana? Yakni, matikan nafsu kamu. Dengar lihat pandang perkara-perkara yang Allah سبحانه وتعالى redha sahaja. Leburkan sifat keakuan diri. Saat kita mengingati Allah سبحانه وتعالى, bukan kita yang ingat Allah, tapi Allah سبحانه وتعالى jua lah yang meletakkan hamba-Nya untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى. 

Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

#nukilan mutiara kalam Sayidi Ahmad Alhadi alhasani hafizahullah

#tiada hari tanpa solawat#
#hiasilah hari-hari mu dengan 
solawat nescaya hidup mu bahagia dunia akhirat#

#Cnp

Isnin, 19 Disember 2022

Untungnya Umat Akhir Zaman

-Beruntungnya Umat Akhir Zaman kerana dekatnya dengan Alam Akhirat
Dan banyaknya kurnian Allah kepada mereka
-Ketidak-upayaan pd setiap sudut amal ibadah dan lain²
Melayakkan untuk mendapatkan Kurniaan
-Itulah Rahsia Selawat Fatih yg zahir di akhir Zaman melalui pewaris Baginda SAW
Selawatlah banyak²
Khususnya Hari jumaat
Kerana pada hari jumaat ini mempunyai Rahsianya tersendiri yg mengisyaratkan kepada kemuliaan diri Baginda SAW

Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani

Ahad, 18 Disember 2022

DIANTARA RAHSIA KETINGGIAN SELAWAT AL FATIH YANG MENJADI AMALAN HARIAN DAN WIRID UTAMA THORIQAH TIJANIY


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al-Hasani Al-Maghribi, Al-Allamah Mujadidul-millah wa-ddin (ertinya); 

Sesungguhnya orang yang mengkaji akan Zat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia lagi nurani (bercahaya), nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia tersebut disaluti dengan cahaya-cahaya yang ditulis daripada selawat-selawat wali-wali Allah, dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ﷺ. 

Itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda ﷺ. Sesungguhnya rahsia hidup dan berdirinya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih, dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini. 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, susunan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Jumaat, 16 Disember 2022

MUHASABAH DIRI


Iblis itu adalah Ahli AL-QUR'AN.

Iblis itu adalah Ahli HADIST.

Iblis itu adalah Ahli RIWAYAT.

Iblis itu adalah Ahli ILMUWAN.

Pertanyaannya ?

Mengapakah Iblis itu tidak sesekali pernah boleh menjadi KEKASIH ALLAH SWT ?

Kerana didalam diri Iblis itu terdapatnya satu kalimat, iaitu :

"AKU LEBIH MULIA DARIPADAMU..."

Hanya bermula dengan satu kalimat sahaja, contohnya :

- AKU LEBIH BAIK DARIPADAMU.

- AKU LEBIH PANDAI DARIPADAMU.

- AKU LEBIH KAYA DARIPADAMU.

- AKU LEBIH KUAT DARIPADAMU.

- AKU LEBIH CANTIK DARIPADAMU.

Dan sebagainya...

Ingatlah bahawa,

Air tidak pernah sesekalipun menjelaskan bahawa dirinya itu JERNIH.

Mawar tidak pernah sesekalipun pernah menjelaskan bahawa dirinya itu INDAH.

Bahkan, Matahari juga tidak pernah sesekalipun menjelaskan bahawa dirinya itu PERKASA.

Maka, janganlah pernah sesekalipun menjelaskan tentang diri kita kepada sesiapapun.

Kerana,

Yang menyukai kita tidak akan sesekalipun memerlukan itu.

Dan yang membenci kita juga tidak akan pernah sesekalipun mempercayai itu.

Maka, tetaplah membawa KEBAIKAN didalam Kehidupan kita, didalam apa-apapun jua 'Hal Keadaan-Nya'.

Selalulah memberikan segala KEBAIKAN untuk mendapatkan yang TERBAIK buat diri sendiri.

Nabi SAW pernah bersabda : 

"Setiap Kebaikan yang dilakukan oleh Anak Adam, maka dia akan mendapatkan balasan sepuluh kali lipat Kebaikan yang dia lakukan."

Maka, terbarkanlah KEBAIKAN walau apa-apa jua cara sekalipun, meskipun kamu bukanlah siapa-siapa.

Kerana Hakikatnya Allah SWT hanyalah Melihat 'KEIKHLASAN HATIMU' semata-mata.

Dan bukanlah Allah SWT Memandang pangkat, jawatan, pengaruh, harta dan sebagainya pada diri seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling Bermanfaat bagi manusia (lain).” 
(HR. at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Jika kamu berbuat Kebaikan, (maka faedah) Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…” 
(QS. Al-Isra' : 7)

“Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang Berbuat Baik.” 
(QS. Al-A’raf : 56)

"...Berbuat BAIK dan dibalas dengan KEBAIKAN itu adalah perkara biasa.

Berbuat JAHAT dan dibalas dengan KEJAHATAN itu adalah perkara biasa.

Namun, berbuat KEJAHATAN, tetapi dibalas dengan KEBAIKAN. 

Maka itu adalah LUAR BIASA..."
(Syeh Haqtullah)

* NOTA.

"Janganlah menjadi manusia yang berkepalakan binatang, dan janganlah pula menjadi binatang yang berkepalakan manusia..."

Sebaik-baiknya manusia itu adalah yang memakai 'PAKAIAN INSAN' atau 'PAKAIAN KEKASIH'.

Yang mana ianya SEDAR akan HAKIKAT DIRINYA sebagai KHALIFAH yang menguruskan bumi Allah SWT dan memimpin Jasmaninya untuk segala Perbuatan-Perbuatan yang TERBAIK.

Sebagaimana Jasmani itu yang akan dipertanggungjawabkan sebagai SAKSI.

ISLAM itu adalah Memuliakan sesama umat manusia dan Memuliakan Alam Semesta Raya...

cpf

Rabu, 14 Disember 2022

KISAH CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم 1000 TAHUN SEBELUM KELAHIRAN RASULULLAH

المنة تقدمتها الخدمة
#limpahanKurniaandidahuluikhidmat

Oleh: Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari حفظه الله (Syaikhul Ruwaq Jawi, Mesir).

Satu kisah di zaman dahulu yakni ada seorang Raja yang berasal daripada Yaman... Gelaran bagi Raja Pertama Yaman pada zaman dahulu disebut Tubba'... Pada suatu hari, Tubba' ini keluar di dalam satu perjalanan untuk bermusafir... Di dalam perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah kampung & di setiap kampung itu, beliau akan pilih 10 orang Ulama' untuk bersama-samanya di dalam perjalanan beliau... Sehinggalah beliau mengumpulkan hampir 4 ribu orang Ulama' bersama dengan bala tenteranya yang sangat ramai... Lebih kurang 113 ribu orang tentera pejalan kaki & 133 ribu orang bala tentera yang berkuda... Setelah sampai di setiap negeri, kesemua negeri itu akan menyambut Tubba' dengan penuh kemeriahan & penuh takzim ketika menyambut kedatangan Tubba'... Tetapi apabila Tubba' sampai di Kota Mekah, ahli² Mekah langsung tidak menyambut kedatangan Tubba'... Penduduk di Mekah buat tak tau saja kepada Tubba', maka Tubba' menjadi marah lalu berkata, "Kenapakah dengan penduduk disini? Apa yang tidak kena dengan mereka? Semua negeri yang lain menyambut beta, tetapi negeri ini langsung tidak menyambut kedatangan beta... Siapakah yang duduk dalam negeri ini?"

Maka akhirnya, menteri kepada Tubba' ini masuk ke dalam Mekah, kemudian dia datang kembali untuk melaporkan kepada Tubba', dia kata, "Wahai Tuanku, penduduk yang ada di dalam negeri ini adalah orang² Arab yang mana mereka ini adalah 'Ummi yakni tidak pandai membaca & tidak pandai menulis tetapi mereka ada sebuah bangunan yang sangat mereka agungkan yang bernama Ka'abah... Dan mereka ini menyembah berhala..." Tubba' pada waktu itu berniat di dalam hatinya tanpa diketahui oleh para menterinya, para tenteranya & para Ulama' yang mengikutinya... Apa yang Tubba' ini niatkan? Dia berniat di dalam hatinya untuk meruntuhkan Ka'abah, dia ingin membunuh penduduk Mekah & dia akan tangkap wanita² dan kanak² di Mekah untuk dijadikan hamba... Dengan niat sebegitu rupa yang diniatkan di dalam hatinya, Allah Ta'ala memberi satu penyakit yakni sakit kepala yang amat teruk kepadanya sehinggakan keluar darah & nanah yang sangat busuk baunya daripada hidungnya, matanya & telinganya... Hatta para Tabib @ Doktor yang sangat handal kepakarannya yang ikut bersamanya pun tak mampu nak mengubatinya... Maka para Tabib berkata kepada Tubba' ini, "Wahai Tuanku, kami ini hanya mampu mengubati urusan dunia, urusan kami ini adalah urusan dunia, namun musibah yang Tuanku kena ini adalah urusan yang diturunkan daripada Tuhan, maka kami tak mampu untuk buat apa²..."

Setelah itu, Tubba' pun duduk bersendirian & kemudiannya datanglah salah seorang Ulama' dari kalangan 4 ribu orang Ulama' yang bersamanya... Ada seorang Ulama' ini mengetahui akan ubat bagi penyakit Tubba' ini & datanglah Ulama' ini menghadap Tubba' lalu berkata, "Wahai Tuanku, saya mahu Tuanku memberitahu kepada saya bagaimana Tuanku boleh kena penyakit ini & apakah yang Tuanku telah niatkan di dalam hati Tuanku sewaktu Tuanku berada di Mekah?" Tubba' ini menjawab, "Beta tidak niatkan apa² pun, penyakit ini datang dengan sendirinya..." Ulama' ini berkata lagi, "Tidak Tuanku, penyakit sebegini tidak akan datang kepada Tuanku melainkan Tuanku telah niatkan sesuatu yang buruk & tidak kena dalam hati Tuanku kepada negeri yang pernah disinggahi oleh Tuanku sebelum ini..." Akhirnya Tubba' ini membuka cerita, "Ya benar, beta ada niatkan sesuatu yang tidak elok, setelah mana beta melihat ahli² Mekah tidak menyambut beta, maka beta berniat untuk membunuh ahli² Mekah, berniat untuk meruntuhkan Ka'abah, maka dengan sebab niat beta itulah, Tuhan menimpakan penyakit ini terhadap beta..."

Maka kata Ulama' ini, "Wahai Tuanku, Tuanku kena bertaubat, dengan taubat itulah yang mampu menyembuhkan penyakit Tuanku ini, itulah sahaja pengubatnya..." Lalu Tubba' ini terus bertaubat pada waktu itu juga hatta sebelum Ulama' itu keluar daripada kamar Tubba', Allah Ta'ala menyembuhkan penyakit Tubba' ini... MasyaAllah, maka sembuhlah penyakitnya itu dalam sekelip mata hanya dengan Tubba' ini bertaubat pada waktu tersebut... Ketika meneruskan perjalanan, mereka sampai pada satu tempat yang bernama Yathrib... Yathrib inilah tempat dimana sekarang ini iaitulah Madinah Al-Munawwarah, tempat bersemadinya jasad yang mulia yakni Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah mana sampai di Yathrib, waktu ketika mana Tubba' & bala tenteranya ingin meneruskan perjalanan, ada 400 orang Ulama' daripada kalangan 4 ribu orang Ulama' tadi ini, mereka tidak mahu meneruskan perjalanan... Lalu Tubba' menghantar menterinya untuk bertanya kepada para Ulama' yang tak mahu teruskan perjalanan itu...

Setelah ditanya oleh menteri, kenapakah mereka tidak mahu keluar daripada Yathrib, apakah rahsianya & hikmahnya yang menyebabkan para Ulama' ini tidak mahu keluar daripada Yathrib ini, maka jawab para Ulama' ini, "Kami tidak mahu keluar daripada bumi Yathrib ini kerana untuk pengetahuan Tuan, Ka'abah yang dimuliakan oleh ahli² Mekah itu adalah kerana tempat itu akan keluarnya Nabi akhir zaman yang bernama Muhammad pada masa akan datang, jadi kami ingin menunggu untuk bertemu dengan Nabi akhir zaman ini..." Disebutnya nama Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mulia oleh para Ulama' ini... Setelah dilaporkan kepada Tubba', maka Tubba' pun berasa ingin turut sama menunggu Nabi akhir zaman yang disebutkan itu... Maka tunggulah Tubba' itu di Yathrib selama setahun sekiranya Nabi akhir zaman keluar pada waktu tersebut... Hatta, Tubba' ini membina 400 buah rumah untuk 400 orang Ulama' yang ingin menunggu di Yathrib bahkan dibelinya 400 orang hamba & dibebaskannya 400 orang hamba yang dibelinya itu untuk dinikahkan kepada 400 orang Ulama' itu...

Setelah cukup setahun Tubba' ini menunggu tetapi tidak keluarnya Nabi akhir zaman yang disebutkan pada waktu tersebut, Tubba' & bala tenteranya meneruskan perjalanan, meninggalkan 400 orang Ulama' di Yathrib untuk menunggu Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah sampai di satu tempat berdekatan dengan India, Tubba' ini menghembuskan nafasnya yang terakhir... Tarikh meninggalnya Tubba' ini dengan tarikh lahirnya Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, tempoh jaraknya adalah seribu tahun, tidak berkurang & tidak bertambah walau sedikit pun, seribu tahun tepat²... Kisah yang saya kongsikan ini bukan kisah yang baru berlaku, kisah ini adalah kisah seribu tahun sebelum lahirnya Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Sebelum Tubba' keluar daripada Yathrib, beliau ada menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apakah kandungan surat yang ditulis oleh Tubba' ini?

Setelah Tubba' menulis puji & syukur, kemudian beliau mengatakan, "Wahai Muhammad, selawat Allah Ta'ala keatas kamu... Sesungguhnya saya beriman dengan kamu & saya juga beriman dengan kitab yang akan diturunkan oleh Tuhan kepada kamu... Dan saya diatas agama & sunnah mu... Dan saya beriman dengan Tuhan kamu & Tuhan segala sesuatu... Dan saya beriman dengan seluruh syari'at agama yang datang kepada kamu & saya terima segala perkara tersebut... Sekiranya saya dapat berjumpa dengan kamu, itu nikmat yang besar kepada saya... Jikalau saya tidak dapat berjumpa dengan kamu, berilah syafa'at mu kepada saya di hari kiamat nanti... Jangan lupakan saya kerana saya dikalangan umat mu yang pertama... Dan saya berbai'ah dengan kamu sebelum kamu datang, sebelum Allah Ta'ala mengutuskan kamu, saya telah beriman dengan kamu... Dan saya diatas agama mu & saya diatas agama Bapa mu, Nabi Ibrahim عليه سلم..." Kemudiannya, Tubba' ini menutup surat ini dengan cop daripada emas & dia menulis di penghujung surat ini, "Kepada Muhammad bin Abdullah, Penutup Segala Nabi... Ini adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى kepada sesiapa yang memegang surat ini, sampaikanlah ia kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم..."

Maka surat Tubba' ini beralih-alih tangan, dari satu generasi ke satu generasi yang lain... Siapakah yang memegang surat ini? Surat ini dipegang oleh cucu cicit kepada 400 orang Ulama' yang tinggal di Yathrib yakni Madinah yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Setelah mana Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم diutuskan, waktu itu ahli² Madinah sudah menunggunya pada waktu tersebut... Kemudian, dipilihnya daripada kalangan cucu cicit daripada keturunan 400 orang Ulama' tadi, diminta kepada Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه untuk memilih siapakah dikalangan mereka ini untuk pergi menghantar surat Tubba' yang berusia seribu tahun itu kepada Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Kemudiannya dipilihnya salah seorang daripada sahabat yang bernama Abu Laila oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه... Abu Laila yang telah dipilih untuk menyampaikan surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...

Waktu itu, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم belum lagi berhijrah ke Madinah, ketika mana Abu Laila sampai di Mekah daripada Madinah, Abu Laila membawa surat itu & diletakkan di dalam poket jubahnya... Sesampainya Abu Laila dihadapan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, Baginda memandang kepada Abu Laila... Baginda berkata, "Datanglah ke mari, kamu ini Abu Laila?" Sedangkan Nabi belum pernah lagi berjumpa dengan Abu Laila... Kemudian kata Abu Laila, "Ya, saya adalah Abu Laila..." Baginda bertanya lagi, "Adakah kamu membawa surat daripada Tubba'?" Sedangkan surat Tubba' itu masih berada di dalam poket jubah Abu Laila hatta Abu Laila tak pernah menyebut langsung tentang surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bahkan sesiapa pun tak tahu menahu mengenai surat itu... MasyaAllah... Lalu kata Abu Laila yang agak terkejut ketika itu, "Saya lihat, wajah Tuan bukan wajah tukang sihir..." Baginda berkata, "Ya, saya bukan tukang sihir, saya Rasulullah... Berikanlah surat Tubba' yang ingin disampaikan kepada saya..." Maka dikeluarkanlah surat Tubba' itu oleh Abu Laila daripada poket jubahnya & diberi kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Sambil Baginda membaca surat itu, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, "Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh..." Seolah-olah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم menyambut kedatangan Tubba' pada waktu tersebut... MasyaAllah...

Tuan², Tubba' ini sudah beriman kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun sebelum Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم dilahirkan... Moga Allah Ta'ala mengurniakan kegembiraan kepadanya di akhirat nanti... Beliau akan bersama-sama dengan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Diantara 400 buah rumah yang telah dibina oleh Tubba' kepada 400 orang Ulama' itu, ada sebuah rumah yang Tubba' bina khusus untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Rumah itu dibina khas untuk Nabi akhir zaman... Dalam sirah, rumah pertama yang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم singgah ketika berhijrah ke Madinah, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berada diatas untanya, ketika mana para sahabat berebut-rebut menarik unta Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم untuk ke rumah mereka, maka kata Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, "Biarkanlah, unta ini telah diarahkan oleh Allah Ta'ala tempat dimana yang akan ia berhenti..." Dimanakah unta ini berhenti? Unta ini berhenti di rumah Tubba' yang telah membina rumah tersebut khas untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dan rumah itulah yang dimiliki oleh Saidina Abu Ayyub Al-Ansari رضى الله عنه, beliau merupakan salah seorang cucu kepada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah Al-Munawwarah...

Walaupun ada dikalangan kita yang kali pertama mendengar kisah ini, kita dapat mempelajari bahawa dengan adab kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, menyebabkan seseorang itu berjaya di dunia & di akhirat... Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Tubba' ini adalah, seseorang itu akan berada dekat dengan Allah Ta'ala kerana adabnya yang baik terhadap Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah beradab dengan Nabi sebelum beliau kenal dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah mengasihi Nabi sedangkan beliau tak pernah bertemu dengan orang yang pernah bertemu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tapi kita semua ini sudah pernah mendengar daripada orang yang mendengar daripada orang yang pernah mendengar & daripada orang yang pernah mendengar sehinggalah sampai kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jikalau Tubba' yang tak pernah mendengar & tak pernah bertemu dengan Nabi tapi sudah beriman & sudah kasih kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun lagi sebelum Nabi dilahirkan, takkanlah kita yang pernah mendengar tentang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, tak mahu langsung beradab & tak mahu langsung mencintai Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم?

Al-Imam Hassan Al-Basri رحمه الله تعالى mengatakan bahawa, pokok kurma yang menjadi tempat Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bersandar ketika menyampaikan khutbah, menangis ketika mana Nabi berpisah dengannya walau hanya 3 meter sahaja... Kalaulah kita yang dah berpisah dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم hampir ribuan tahun tapi langsung takdak ada rasa rindu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka kita lebih "berat" daripada pokok tersebut... Bahkan Bukit Uhud yang bergerak daripada paksinya yang asal, kerana ingin mengikut Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kalau kita tengok kedudukan Bukit Uhud sekarang ini, tempatnya itu bukanlah tempatnya yang asal... Ia telah bergerak sedikit daripada tapaknya yang asal... Kenapa? Kerana ingin mengikuti Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم balik ke Madinah... Sehinggakan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berkata kepada bukit itu supaya duduk tinggal disitu... Maka Bukit Uhud tidak bergerak lagi pada waktu tersebut kerana mematuhi arahan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jika Nabi tidak mengarahkannya, maka Bukit Uhud akan berada di Madinah, dekat Masjid Nabawi, bukannya berada di Uhud yang kita tengok sekarang ini... Dan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم kata, "Uhud ini Bukit..."

Kata Guru kami yang mulia, Sayyid Muhammad bin Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kittani حفظه الله تعالى, "Baginda tidak mengungkapkan "Jabal Uhud" @ "Bukit Uhud" tapi Baginda mengungkapkan "Uhud ini Bukit"..." Kalaulah bukit yang merupakan batu yang keras sekalipun mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, takkanlah hati kita yang lembut ini tak mahu mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم? Cuba "check" balik bagaimana hati kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kita nak darjat yang tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى, kita nak kekal dalam syurga Allah Ta'ala & kita nak bersama dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka lihatlah bagaimana adab kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...

Tuan² ambil lah contoh daripada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah selama seribu tahun, bagaimana cara mereka mendidik & mengajar anak cucu mereka tentang Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sehinggakan setiap generasi mereka beradab & setia menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kerana itulah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم sangat kasih dengan ahli² Madinah kerana ketika ahli² Mekah menolak & menentangnya, namun ahli² Madinah mengalu-alukan kedatangannya & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dengan adab, mereka sangat dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Siapakah yang mengajar mereka? Yang mengajar mereka adalah Datuk & Nenek Moyang mereka... Tuan², kita semua kena jadi Datuk & Nenek Moyang seperti itu, kita semua kena jadi Ayah & Ibu yang mengajar serta mendidik anak² kita supaya kasih & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Hatta didik anak² kita supaya mereka beradab & kasih kepada para 'Alim Ulama'... Akhir zaman ini kita sudah takdak masa lagi untuk kita bersendirian & takdak dah jalan lain untuk selamatkan diri kita kecuali dengan kita berdamping, bergabung & mengasihi orang² yang soleh yakni para 'Alim Ulama'... Apabila kita dekat dengan para Ulama' yang solihin, maka kita akan dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apabila kita dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka secara automatik kita akan dekat dengan Allah سبحانه وتعالى..."

Wallahu'alam... Moga² bermanfaat...

POHONLAH KEMAAFAN


Allah menciptakan Nabi Adam daripada tanah bumi, lalu ditiupkan ruh, 2 unsur yang berbeza, satu daripada unsur bumi, satu lagi daripada unsur "langit" yang kelihatan berlawanan antara satu sama lain, namun boleh bersatu menjadi satu...hebatNya Allah

Bilamana bersatunya ruh dan jasad maka terbitlah nafsu yang sifatnya sukakan kehebatan, kelebihan, ketinggian, kesombongan, berbeza dengan ruh yang sifatnya penuh kehambaan, rasa kekurangan, kehinaan, mengenal Allah Yang Maha Besar, Maha Agung.

Ruh itu suci, suci daripada selain Allah, tidak memandang selain Allah, bahkan hanya memandang akan kebesaran Allah. Inilah matlamat kejadian manusia iaitu menjadi hamba sebenar kepada Allah

PINTU ASMAULLAH ‎( اللطيف ) ‏DAN PINTU SELAWAT MASIH TERBUKA UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN DALAM MENGHADAPI BALA DAN FITNAH AKHIR ZAMAN


Al ‘Allamah As-Syeikh Sayyidi Ahmad Sukairij At Tijany رضى الله عنه menyebutkan dalam kitabnya "NAILUL AMANI":

Dikatakan: Sir ada pada zikir. Ini adalah mazhabnya kaum 'arifin yang ahli asror. Sehingga Syeikh Ahmad Zarruq رضي الله عنه berkata:

والله ما وجدنا الأسرار إلا في الأذكار 

Demi Allah, kami tidak menemukan asrar kecuali dalam zikir.

Sebahagian kaum arifin yang telah mencapai darjat kamilin menyebutkan bahawa pintu-pintu asma Allah yang khas telah tertutup, maka tiada seorang pun yang dapat menjadikan asma Allah tersebut sebagai wasilah untuk memenuhi hajatnya sama sekali kecuali dua pintu yang belum tertutup.

PERTAMA: adalah pintu ALLATHIF (berzikir dengan asma Allah AL-LATHIF (اللطيف). 

KEDUA: adalah pintu SELAWAT ATAS NABI ﷺ .

Pintu ini Alhamdulillah masih terbuka sampai hari kiamat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ 

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Syekh Ali Tamasini R.A


Sidi Ali Tamasin (1766-1844) R.A adalah khalifah kepada Syekh Ahmad Tijani R.A, dan beliau adalah Qutub Uzma setelah kewafatan Syekhnya iaitu Syekh Ahmad Tijani. Sidi Ali Tamasin terkenal dengan perilaku yang baik dan pelajar pintar sejak kecil. Orang pertama yang mengajar beliau ialah ayahnya sendiri iaitu al-Hajj Isa. Sidi Ali Tamasin juga adalah seorang usahawan yang berjaya, dan kaya dengan dusun kurma di padang pasir Algeria. Beliau pertama sekali bertemu dengan Syekh Tijani pada tahun 1790 sebelum Syekh Tijani menetap di Fes dan beberapa tahun selepas Syekh Tijani mengasaskan tariqat Tijani. Syekh Tijani awal-awal lagi telah mengetahui akan kebolehan Sidi Ali dalam kerohanian, dan telah mengarahkan beliau untuk membuka zawiyah Tijani di satu lembah sebelah barat Algeria pada tahun 1803. Zawiya ini sampai sekarang masih menjadi pusat ahbab dan ikhwan Tijani berkumpul.

Syekh Ahmad Tijani telah memakaikan beliau khirkah kesufian dihadapan para ulama dan wali-wali lain di Zawiyah besarnya di Fes. Suatu ketika Syekh Tijani pernah ditanya oleh muridnya yang lain mengapa memberi ijazah wirid dan doa tertentu kepada Sidi Ali Tamasin saja, lalu Syekh Tijani menjawab pertanyaan itu "Adakah orang lain yang seperti Ali Tamasin?"

Beliau juga terkenal dengan keramat yang umpama air yang mengalir. Beliau dianugerahkan dapat menyembuhkan penyakit dan beliau boleh sampai ke suatu destinasi yang jauh hanya dengan satu langkah sahaja bahkan untuk menghantar barang kepada sesiapa boleh dengan sekali lempar walau jarak nya beribu-ribu batu. Disebabkan 2 anugerah luar biasa ini yang selalu berlaku dalam keadaan terbuka, beliau telah ditegur oleh Syekh Tijani yang berkata kepada beliau "Jika engkau hendak datang bertemu aku kerana Allah, hendaklah engkau datang seperti biasa, dengan memakai sandal, menunggang kuda, merasa letih dan dahaga." Syekh Tijani juga berpesan kepada beliau supaya berhenti menghantar kurma yang dilempar ke udara dari ladangnya di Algeria dan sampai di atas kain sejadah Syekh Tijani di Fes, Morocco ketika bersama dengan murid-muridnya yang lain. 

Hati Sidi Ali penuh cinta terhadap gurunya Syekh Tijani melebihi cintanya kepada keturunannya sendiri. Sampaikan beliau bila ditanya orang siapa ayahmu, beliau menjawab aku adalah anak Syekh Ahmad Tijani. Dan begitulah sudah tertulis bahawa beliau adalah anak rohani yang mewarisi kewalian Syekh Ahmad Tijani.

Telah tersebar secara meluas setelah kewafatan Syekh Tijani, yang mewarisi maqam Qutub Syekh Tijani ialah Sidi Ali Tamasin. Beliau kemudian menjadi penyebar utama Tariqat Tijani dan bertanggungjawab untuk mentarbiah permulaan rohani pengikut tariqat Tijani. Ahmad Sukayrij menulis "setelah kewafatan Syekh Tijani, tanda-tanda kewalian Syekh Tijani itu muncul dekat Sidi Ali Tamasin, dan beliau menyambung tugas tarbiyah dalam Tariqat. 

Beliau juga telah diberi kepercayaan oleh Syekh Ahmad Tijani untuk memelihara akan 2 anak lelakinya iaitu Sidi Muhammad Al-Kabir dan Sidi Muhammad Al-Habib. Antara muridnya yang terkenal dalam tariqat ini ialah Sidi al-'Arabi ibn As'Saih R.A pengarang kitab Bughyat al-Mustafid yang menjadi antara kitab rujukan utama bagi tariqat Tijani. Zawiyahnya di Tamasin kini dipimpin oleh anak cucu keturunan beliau.

--------------------------------------------------------------------------

Semoga kita dapat mencintai Syekh kita seperti Sidi Ali Tamasin yang tulus mencintai Syekh Tijani. Amin.

FUTUH, HIJAB, SELAWAT AL FATIH DAN SELAWAT JAUHARATUL KAMAL


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Syeikhuna Al Qutb al Maktum Ahmad bin Muhammad At Tijaniy رضي الله عنه berkata : 

Sesungguhnya seorang hamba pada awalnya ibarat orang yang terpenjara didalam sebuah rumah yang kukuh tembok dan atapnya, tidak ada didalamnya lubang yang boleh ditembusi oleh cahaya baik sedikit mahupun banyak. Dihadapannya ada lagi berlapis tembok yang terpasang diatas dan disekitarnya, setiap tembok tertutup rapat lagi kukuh binaannya. 

Perumpamaan rumah yang hamba berada didalamnya seperti 165,000 lapisan tembok. Setiap lapisan tembok tidak memiliki lubang cahaya sedikitpun dan hamba terkurung didalam rumah tersebut dan dia tidak mampu melihat apa-apa kecuali kegelapan semata-mata. Apabila tembok-tembok tersebut runtuh semuanya, maka itulah perumpamaan FUTUH bagi seseorang hamba. 

**Tanbih: Sesungguhnya FUTUH boleh sahaja datang pada seorang hamba tanpa didahului oleh usaha (tanpa susah payah, jalan kurniaan), akan tetapi perlu ada Iman (keyakinan yang kuat) yang Allah ﷻ telah campakkan didalam hati hambaNya. 

Seseorang telah bertanya :
Bagaimana cara seorang hamba menghancurkan 165,000 hijab-hijab kegelapan tersebut? 

Jawapan : Bahawa Syeikhuna رضي الله عنه telah membahagikan hijab-hijab kegelapan tersebut kepada 2 bahagian kerana hijab-hijab tersebut bukan jenis yang sama.100,000 hijab dan 65,000 hijab. 

Adapun 100,000 hijab bahagian pertama boleh dihancurkan dengan Selawat AL FATIH LIMA UQHLIQ, Manakala 65,000 hijab yang lainnya boleh dihancurkan dengan Selawat JAUHARATUL KAMAL. 

**Tanbih: Untuk Selawat JAUHARATUL KAMAL mesti mendapat izin/talqin dari Muqaddam Thoriqah Tijaniy terlebih dahulu sebelum mengamalkannya kerana ada syarat-syarat yang berat yang perlu dipatuhi. Bagi Selawat Al Fatih boleh sahaja diamalkan walaupun belum diijazahkan. Wallahua'lam. 

SUMBER :
الرسائل سيدي الشيج أحمد التجاني لسيدي الشيخ علي حرازم برادة الفاسي رضي الله عنه 

______***______ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ 

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Tahlil Melayu (Versi Selawat Fatih)



الى الحضرة النبي صلى الله عليه وسلم واله و كل النبيين اجمعين والى شخينا وفقراءه وهدية الى الارواح فلان بن فلان وللمؤمنين والمؤمنات وللمسلمين والمسلمات. 
الفاتحة.

* بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ
 الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ
 الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ
 مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
 إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
 صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين

 آمِين
 
* اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَـقّ قَـدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

* سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Atau selepas Al Fatihah terus baca Qul Hu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
{ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (1) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (2) لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ (3) وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ (4) }

3x
لا اله الا الله والله اكبر

 بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
{ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِی ٱلۡعُقَدِ (4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5) 

لا اله الا الله والله اكبر

 بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ 

{ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (1) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (2) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (3) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (4) ٱلَّذِی یُوَسۡوِسُ فِی صُدُورِ ٱلنَّاسِ (5) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (6) }

لا اله الا الله والله اكبر

{ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ (1) ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ (2) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ (3) مَـٰلِكِ یَوۡمِ ٱلدِّینِ (4) إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ (5) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ (6) صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ (7) }


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
{ الۤمۤ (1) ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَیۡبَۛ فِیهِۛ هُدࣰى لِّلۡمُتَّقِینَ (2) ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ (3) وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡـَٔاخِرَةِ هُمۡ یُوقِنُونَ (4) أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَىٰ هُدࣰى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (5) }

{ وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱۖ لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِیمُ }

{ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَیُّ ٱلۡقَیُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةࣱ وَلَا نَوۡمࣱۚ لَّهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَمَا فِی ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِی یَشۡفَعُ عِندَهُۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ یَعۡلَمُ مَا بَیۡنَ أَیۡدِیهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا یُحِیطُونَ بِشَیۡءࣲ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ وَسِعَ كُرۡسِیُّهُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا یَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیُّ ٱلۡعَظِیمُ }

{ لِّلَّهِ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَمَا فِی ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُوا۟ مَا فِیۤ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ یُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَیَغۡفِرُ لِمَن یَشَاۤءُ وَیُعَذِّبُ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ (284) ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰۤىِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَیۡنَ أَحَدࣲ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَیۡكَ ٱلۡمَصِیرُ (285) لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَیۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ إِن نَّسِینَاۤ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَیۡنَاۤ إِصۡرࣰا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۤۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ (286) }


يا ارحم الراحمين ارحمنا
3x

{ رَحۡمَتُ ٱللَّهِ وَبَرَكَـٰتُهُۥ عَلَیۡكُمۡ أَهۡلَ ٱلۡبَیۡتِۚ إِنَّهُۥ حَمِیدࣱ مَّجِیدࣱ }

{ إِنَّمَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَیۡتِ وَیُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِیرࣰا }

{ إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا }

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
3x
 

{ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ }

{ نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِیرُ }

ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

استغفر الله العظيم
3x

افضل الذكر 
فاعلم انه لا اله الا الله

لا اله الا الله 
100x

محمد رسول الله 
عليه سلام الله

الفاتحة
دعاء

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيمِ ، صَلاَةً تَفْتَحُ لَنَا بِهَا أَبْوَابَ الرِّضَى وَالتَّيْسِيرِ ، وَتُغْلِقُ بِهَا عَنَّا أَبْوَابَ الشَرِّ وَالتَّعْسِيرِ ، وَتَكُونُ لَنَا بِهَا وَلِيًّا وَنَصِيرًا ، أَنْتَ وَلِيُّنَا وَمَوْلاَنَا ، فَنِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
اللَّهُمَّ بِجَاهِ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ , إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَه عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ وَبِجَاهِ الخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ , إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ  " قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ " وَبِجَاهِ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ , أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الأَعْدَاءِ . نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُءَا " قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الجَاهِلِنَ " وَبِجَاهِ الهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ , إِهْدِنَا ًصِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ " مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللهِ " 
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ ، وَعَلَيْكَ الْبَلَاغُ ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّه العليِّ العظيم
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الفاتحة
(Baca beramai-ramai hingga akhir)


أَعُوذُ بِاللهِ مَنَ الشَّيْطَانِ الرجيم
بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ
المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين آمِين 
* اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَـقّ  قَـدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيمِ 
* إِنَّ الله ومَلاَئِكَتُهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيّ يَا أَيُّهَا الذِّينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ، صَلَّى الله عَلَيْهِ وعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلَّمَ تَسْلِيمًا 
* سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

SELAWAT PENEBUS DOSA-DOSA


"Awasilah bahawa sepanjang kehidupan kita tiada seorang pun mampu mengelak daripada terjebak dengan dosa kerana ia menimpa manusia laksana hujan lebat, maka berterusanlah mengamalkan sesuatu yang mampu menebus dosa-dosa itu, (yakni) Selawat al-Fatih, kerana tiada dosa yang mampu melepasi (penebusannya); dan ia boleh dibaca berseorangan atau dalam jamaah."

"Kehidupan semua orang nyaris-nyaris terhabiskan sia-sia, kecuali mereka yang hidupnya membaca Selawat al-Fatih, kerana mereka memperoleh kedua-dua keuntungan dunia dan akhirat."

—Syeikh Ahmad al-Tijani

Selasa, 13 Disember 2022

HAKIKAT IKHLAS


Apakah makna "IKHLAS" yang sebenar-benarnya menurut ISLAM ?

Apakah "HAKIKAT IKHLAS" menurut "ILMU TAUHID" ?

Apakah "TUNTUTAN" Allah SWT terhadap Hamba-Hamba-Nya daripada Hal "IKHLAS" ?

Kedudukan IKHLAS didalam Ibadah dan Amalan :

IKHLAS itu adalah merupakan "SYARAT BATIN" (HATI) yang paling utama sekali bagi setiap Ibadah.

Firman Allah SWT :

"Pada hal mereka tidak Diperintahkan melainkan supaya Menyembah Allah dengan Mengikhlaskan Ibadat Kepada-Nya."
(QS. Al-Bayyinah : 5)

IKHLAS itu adalah Pemisah diantara Qabul dan tertolaknya segala Amalan. 

Ini bermaknanya, sekelian Amalan yang tiada IKHLAS bersertanya, maka akan menjadi sia-sia belaka dan sekaligus tertolak segalanya !

Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima Amal kecuali Amal yang dilaksanakan dengan Ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap Redha Allah."
(HR. Abu Daud dan An-Nasa'i)

HAKIKAT IKHLAS itu adalah TAUHID
yang berdasarkan keterangan-keterangan Para ARIFBILLAH' yang mengetahui akan segala "RAHASIA-RAHASIA KETUHANAN".

IKHLAS itu membawa makna yang sangat Suci Murni terhadap 'INSAN' dan "HAKIKAT TAUHID". 

IKHLAS itu merupakan cabang utama TAUHID dan Pintu Masuk kepada HADRAT ILLAHI'.

Jadi, tanpanya IKHLAS seseorang Insan, maka ianya tidak akan sesekali dapat 'MENEMUI' atau 'MENYAKSIKAN' Tuhannya. 

Pembahagian tingkatan IKHLAS orang-orang Beriman, iaitu :

Para ARIFBILLAH' telah membahagikan IKHLAS itu kepada beberapa peringkat, sepertinya :

1) IKHLAS ORANG AWAM. 

2) IKHLAS ORANG ABRAR.

3) IKHLAS ORANG 'ARIFIN.

Sebahagian lainnya telah memberikan perincian dengan lebih halus dan pembahagiannya seperti berikut :

1) IKHLAS ORANG AWAM (3 Tingkatan).

2) IKHLAS SALIKIN (3 Tingkatan).

3) IKHLAS 'ARIFIN (1 Tingkatan).

* 3 Tingkatan IKHLAS ORANG AWAM, iaitu :

Tingkatan Pertama :

Melakukan segala Amal Ibadah dengan QASAD (NIAT) semata-mata kerana Allah SWT, tetapi pada masa yang sama ianya pula mempunyai cita-cita didalam hatinya kepada segala kesenangan-kesenangan Syurga berupa bidadari, mahligai-mahligai indah, segala macam makanan dan segala hiburan Syurga.

Tingkatan Kedua :

Melakukan Solat (Dan juga Ibadah lainnya) dengan NIAT semata-mata hanya kerana Allah SWT dan tidak mempunyai cita-cita didalam hatinya (Tiada menuntut segala sesuatu hatinya) kepada Syurga dan segala kesenangannya. 

Tetapi Hamba ini pula melihat dirinyalah yang melakukan segala Amal Ibadah (Melihat kemampuan dirinya melakukan segala Amal Ibadah).

Tingkatan Ketiga :

Melakukan segala Amal Ibadah dengan NIAT semata-mata kerana Allah SWT, tidak mempunyai cita-cita kepada kesenangan Syurga dan tidak pula melihat dirinyalah yang melakukan segala Amal Ibadah, tetapi dia merasakan dirinya pula sudahpun IKHLAS.

Maka, inilah 3 Tingkatan IKHLAS ORANG AWAM. 

Iaitu mereka-mereka yang tidak melalui "JALAN MA'RIFAT KETUHANAN". 

Tingkatan yang Ketiga itu adalah lebih baik sedikit daripada Tingkatan Kedua dan Tingkatan Pertama.

Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk IKHLAS ini adalah SAH.

Yakni, hanyalah SAH segala Amal Ibadahnya dan terlepas pula daripada Taklif Syara' (Kewajipan sebagai Mukallaf). 

Namun, apabila ianya direnungi atau diselami pada sisi TASAWWUF dan MA'RIFAT pula, maka bentuk-bentuk IKHLAS ini masih belum bebas dengan sepenuhnya daripada "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT". 

Ini adalah kerana, menuntut selain "WAJAH ALLAH SWT" didalam segala Ibadah itu adalah suatu bentuk 'PENYEKUTUAN' kepada 'KETUHANAN'.

Seseorang yang melakukan sekelian Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun menurut Fiqh dengan Sempurna, maka SAH Ibadahnya itu hanyalah pada sisi Fiqh sahaja, kerana Fiqh Hakikatnya hanyalah melihat pada Zahir perbuatannya Hamba. 

Ianya tidak melihat segala unsur-unsur didalam Hati dan Jiwa Hamba. Hakikatnya ia tidak membicarakan 'HAL HATI'.

Bagaimanakah Sifatnya ?

Bagaimanakah Hadapnya ?

Bagaimanakah Tuntutannya ?

Tetapi TASAWWUF pula akan melihat pada segala sisi 'HATI INSAN'... 

Iaitu, Bagaimanakah 'HAL' nya ???

TASAWWUF atau MA'RIFAT akan menyelam jauh kedalam Hati Sanubari Insan dan akan melakukan pemeriksaan dengan sangat-sangat teliti akan NIAT yang sebenar-benarnya dengan penuh kehalusan. 

Ini kerana, 'HATI INSAN' itu sendiri menjadi "RAHASIA KETUHANAN" yang akan menjadi perhitungan di Akhirat kelak.

Firman Allah SWT :

"Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang Menghadap Allah dengan Hati yang Bersih (daripada Syirik)." 
(QS. Asy-syuara : 88-89)

Jikalau kamu bertanya, bukankah Allah SWT telahpun menceritakan perbagainya Nikmat Syurga didalam Al-Qur'an ? 

Bukankah Hadith Nabi SAW juga telahpun menceritakannya ?

Ya... Benar !

Kesemua kejadian selepas Kematian itu telahpun dikisahkan didalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW. 

Kesenangan-kesenangan yang akan diperolehi oleh orang-orang Beriman, iaitu berupa Syurga juga telahpun diceritakan didalamnya. 

Tetapi ianya tidaklah bermaksud seseorang itu perlu menuntut-nuntut atau mencari-cari segala kesenangan-kesenangan tersebut. Atau ia menjadikannya sebagai Matlamat sampingannya.

Apabila adanya sesuatu selain Allah SWT di sisi NIAT, maka ketika itu musnahlah IKHLASNYA.

Jikalau kamu bertanya lagi :

Apakah gunanya kisah-kisah tersebut jikalau bukannya untuk dijadikan sebagai impian ?

Para ARIFBILLAH' menjawab : 

Memikirkan dan bercita-cita kepada kesenangan-kesenangan Syurga ketika melakukan segala Ibadah itu adalah sebagai dorongan bagi kanak-kanak yang baru belajar mengenal akan Islam dan Iman. 

Atau bagi orang-orang yang baharu memeluk Islam, supaya jinak hatinya kepada Islam. Namun ianya tidaklah patut dengan terus menerus didalam keadaan tersebut.

Walau bagaimanapun, ditegaskan pula kesimpulannya, bahawa tidaklah salah (Pada sisi Fiqh) seseorang itu yang mempunyai cita-cita kepada Syurga Allah SWT. 

Tetapi, perlulah di didik hati supaya meninggalkan sekelian cita-cita tersebut, berpaling darinya dan tumpukanlah NIAT semata-mata "BI WAJHILLAH" (Semata-mata kerana WAJAH ALLAH SWT).

* 3 Tingkatan IKHLAS SALIKIN, iaitu :

SALIKIN itu adalah Insan-Insan yang menelurusi "JALAN MA'RIFAT KETUHANAN" menuruti Adab dan Syarat-Syaratnya dibawah Bimbingan GURU MURSYID.

SALIK (Murid yang Berjalan di JALAN MA'RIFAT KETUHANAN) akan Dibimbing melalui beberapa peringkat 'DZIKIR', 'MURAQABAH' (Merenung HAKIKAT KETUHANAN) dan 'MUSYAHADAH' (Melihat HAKIKAT KETUHANAN).

Dengan berperingkat-peringkat sehinggalah datangnya Pembukaan Allah SWT kedalam Hati mereka kepada "PINTU-PINTU MA'RIFAT" (PINTU-PINTU TAUHID).

Pada Peringkat TAUHID ini, SALIK tidak lagi akan bergantung kepada segala Hujjah dan Dalil, kerana dia sudahpun melihat kepada 'KETUHANAN' didalam 'BATINNYA'. 

Mereka semata-mata akan Memandang kepada HAKIKAT AF'AL ALLAH SWT, ASMA'-NYA dan SIFAT-NYA yang MAHA TINGGI tanpanya Kaifiyyat (Cara) dan tanpanya sandaran !

Apa yang dimaksudkannya adalah :

Allah SWT memasukkan "CAHAYA RABBANIYAH" (KETUHANAN) kedalam Hati-Hati mereka, sehinggalah mereka "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT" dengan Jiwa dan Raga mereka. 

Dengan RAHMAT Allah SWT, maka 'MATA HATI' mereka akan melihat sekelian yang dijadikan oleh Allah SWT, ASMA (NAMA-NYA) dan SIFAT-NYA yang MAHA AGUNG. 

Bukanlah semata-mata hanya Percaya kepada WUJUD-NYA, tetapi dengan 'YAQIN' akan WUJUD-NYA melalui "AINUL BASIRAH" (PANDANGAN MATA HATI).

SALIK yang telahpun ''SAMPAI'' kepada Tingkatan AF'AL Allah SWT, akan melihat sekelian PERBUATAN Allah SWT keatas dirinya dan sekelian Makhluk Ciptaan-Nya. 

SALIK akan melihat dengan AINUL BASIRAH (MATA HATI) nya disetiap Ibadahnya sebagai 'KURNIAAN' dari Allah SWT dan semata-mata KURNIA-NYA tanpa Sekutu dengan segala sesuatu apa-apapun.

Ketika SALIK mengangkat Takbiratul Ihram untuk Solat, maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepadanya untuk melakukan Solat.

Ketika dia Ruku', maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepadanya untuk Ruku' kepada Allah SWT. 

Ketika Sujudnya dia, maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT", kepadanya untuk Sujud dihadapan RABBUL JALIL. Iaitu :

TUHAN YANG MAHA PERKASA YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA !

'KEHEBATAN' dan 'KEPERKASAAN' Allah SWT akan 'MENGUASAI' SALIK ini sehinggalah dirinya Karam didalam Kehebatan tersebut.

Kata GURU-GURU AHLI MA'RIFAT;

Maka inilah Tingkatan IKHLAS permulaan bagi SALIKIN, iaitu :

IKHLAS pada Peringkat "MENTAUHIDKAN" sekalian AF'AL Allah SWT. 

Pada Peringkat ini, maka Sucilah Hatinya daripada sekalian Aghyar (Selain Allah SWT), Bersih Hatinya daripada sifat-sifat yang keji dan bebas daripada segala Syirik Khafi.

Ketika Insan Allah SWT melihat dirinya tiada daya upaya melakukan segala sesuatu melainkan Allah SWT dengan segala Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita-cita lain selain Allah SWT ketika melakukan segala Ibadahnya. 

Maka inilah permulaannya IKHLAS yang BENAR, tanpa sedikitpun "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA.

Jikalau kamu melihat sebelum ini, orang-orang pada Tingkatan Awam tidak akan terlepas daripada "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA, samada Mempersekutukan kerana menuntut Syurga ataupun kerana melihat dirinya mempunyai segala daya upaya. 

Disini, pada diri Insan-Insan yang telahpun Disucikan Hatinya sehinggalah terbitnya TAUHID yang BENAR. 

Maka, tiadalah lagi cita-cita selain Allah SWT, tiadalah lagi melihat dirinya mempunyai segala daya upaya melainkan hanyalah Allah SWT semata-mata yang MAHA BERKUASA diatas tiap-tiap segala sesuatu. 

Dia akan melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan "ANUGERAH ALLAH SWT". 

Maka Inilah Maqam permulaan KESUCIAN HATI, KESUCIAN TAUHID dan KEMURNIAN NIAT YANG IKHLAS...

Pada saat kamu Dikurniakan oleh Allah SWT akan "CAHAYA TAUHID" yang Suci Murni didalam Hati, maka kamu tidak lagi akan memandang wujud upaya diri kamu lagi untuk melakukan segala Ibadah. 

Kamu lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri sendiri untuk melakukan segala Ibadah. 

Seluruh Jiwa dan Perasaan kamu telahpun Karam didalam melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepada kamu untuk melakukan segala Ibadah, iaitu untuk melakukan Takbiratul Irham, Ruku' dan Sujud.

Lalu kamu pun berkatalah : 

"TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN ALLAH SWT..."

Apabila suasana Kesucian ini telah Menyelubungi Hatimu, maka kamu akan dapat Merasai 'KETENANGAN' didalam segala Ibadah. Suatu 'KETENANGAN' yang tidak pernah kamu Merasakan pada sebelumnya.

Maka inilah permulaannya IKHLAS, tiada lagi 'PENYEKUTUAN' didalam NIAT mengerjakan segala Amal dan Ibadah.

3 Tingkatan IKHLAS SALIKIN yang dimaksudkannya adalah :

1) IKHLAS KETIKA CAHAYA AF'AL ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.

2) IKHLAS KETIKA CAHAYA ASMA' ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.

3) IKHLAS KETIKA CAHAYA SIFAT ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.

Keadaan IKHLAS SALIK akan berubah-ubah daripada satu Tingkatan ke Tingkatan yang lebih tinggi. 

Ada kalanya ianya akan menurun, dan pada masa yang lainnya pula ianya akan menaik kepada Peringkat IKHLAS yang lebih tinggi. Ianya bergantung kepada Keadaan Amal dan Kesungguhannya didalam MUJAHADAH.

Saya tidak membincangkan Tingkatan-Tingkatan IKHLAS MURIDIN ini satu persatu dengan secara terbuka. 

Maka memadailah saya katakan, bahawa kesemua Tingkatan IKHLAS ini adalah 'PEMERASAAN JIWA' dan 'PANDANGAN MATA HATI', dan bukanlah lagi Pemikiran Akal.

Inilah Hakikat sebenar-benarnya yang "DITUNTUTI" keatas setiap Mukallaf, iaitu :

Membebaskan dirinya daripada belenggu "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA.

Tidak pula menuntut segala sesuatu selain "WAJAH ALLAH SWT" dan Benar-Benar "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT". 

Maka, Menepatilah dirinya akan Tuntutan Allah SWT...

Firman Allah SWT :

وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

"Pada hal mereka tidak Diperintahkan melainkan supaya Menyembah Allah dengan Mengikhlaskan Ibadat Kepada-Nya."

Dari Tafsir Ibn Abbas رضى الله عنه :

Kalam Allah SWT "MUKHLISIN" (IKHLAS) ditafsirkan oleh Ibn Abbas رضى الله عنه dengan makna "TAUHID" yang Suci Murni.

Disini Ibn Abbas رضى الله عنه telahpun menunjukkan bahawa yang dimaksudkannya dengan "
"IKHLAS" dan yang "DITUNTUTI" oleh Allah SWT itu adalah "PANCARAN CAHAYA TAUHID" yang Hadir didalam Hati Insan-Insan Allah SWT yang Suci Bersih Hatinya.

Maka, menepatilah huraian HAKIKAT IKHLAS ini sepertimana yang diselami dan dikemukakan oleh Para ARIFBILLAH' dengan Tafsiran Ibn Abbas...

* KESIMPULANNYA.

1) Ibadah yang QABUL (DITERIMA) oleh Allah SWT itu hanyalah Ibadah yang berserta "IKHLAS" didalamnya.

2) Ibadah yang dilakukannya dengan semata-mata kerana Allah SWT, tetapi masih lagi diselubungi oleh Perasaan Hati yang Mencintakan Pahala, Syurga dan Keindahannya di Akhirat itu adalah hanya SAH di sisi Fiqh ataupun Syariat Zahir semata-mata.

Namun pada sisi Pandangan TASAWWUF dan MA'RIFAT pula, ianya akan musnah disebabkan wujudnya cita-cita selain daripada Allah SWT berserta Ibadahnya.

3) "HAKIKAT IKHLAS" sebagaimana yang "DITUNTUTI" oleh Allah SWT adalah "TAUHID" yang Suci Murni.

Ketika Hati telahpun Suci Murni daripada sekelian kekotoran 'MAKNAWIYYAH'.

Maka tiadalah lagi cita-cita lain selain menuntut "WAJAH ALLAH SWT" dan semata-mata melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepada diri Insan untuk melakukan segala Ibadah.

4) Orang yang Benar-Benar Beriman itu Wajiblah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan "HAKIKAT IKHLAS" sebagaimana yang dihuraikan diatas. 

Sekurang-kurangnya pada Tingkatan "TAUHID" yang paling rendah. Iaitu pada "TAUHID AF'AL".

5) Ketika seseorang Insan Allah SWT telahpun memperolehi "HAKIKAT IKHLAS", maka Insan itu akan merasai KEMANISAN sekelian Ibadahnya, TENANG HATINYA berserta Allah SWT disepanjang Ibadahnya. 

Bahkan disepanjang kehidupannya akan dipenuhi dengan KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.

6) Seseorang yang belum lagi mencapai "TAUHID" yang sebenar-benarnya dan belum lagi memperolehi Darjat "HAKIKAT IKHLAS" (Orang awam), maka hendaklah ia sentiasa berwaspada disepanjang Ibadahnya. 

Iaitu dipermulaan, dipertengahan dan dan dipenghujung setiap Ibadahnya, agar tidak tergelincir daripada segala NIATNYA. 

Dan ianya perlulah memperbanyak-banyakkan TAUBAT dan MUHASABAH DIRI disebabkan NIAT pada Hatinya yang senantiasa berubah-ubah. 

Semoga Allah SWT akan Mengampuninya dan Menerimanya sebagai Hamba Allah SWT.

Kerana sesungguhnya DIA adalah MAHA PENGAMPUN, selagi mana PINTU TAUBAT tidak lagi tertutup...

cpf