Khamis, 8 Disember 2022

ISTIQAMAH SELAWAT FATEH


Semua nikmat yang diciptakan Allah adalah untuk hambanya di dunia..

Kecuali Rasulullah SAW..Allah ciptakan untuk diri NY..

Allah tidak beristighfar.. tidak bertasbih.. tidak bertahlil.. hanya Allah berselawat ke atas Baginda..
Majlis Allah dan para malaikat semuanya majlis berselawat..
إن الله و ملآئكته يصلون على النبي
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi

Allah dengan sifat pemurah Ny..memerintahkan kita,  
يآيها الذين آمنوا صلوا عليه و سلموا تسليما
Wahai orang-orang beriman berselawatlah ke atas Kekasih Ku..

Mereka yang mengekalkan diri "infaq kepada Baginda Rasullullah SAW" iaitu berkecimpung mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW samada infaq harta , pengorbanan masa dan diri, mujahadah sunnah dan akhlak Rasulullah SAW, khidmat diri untuk Baginda dan Ummat secara istiqamah..
Semua itu satu penghargaan besar dari Allah buat hambanya untuk berada bersama bermajlis dengan Allah walaupun sebenarnya tidak layak..

Betapa Rasulullah SAW dimuliakan Allah .. dan
betapa perlunya kita bersandar kepada Rasulullah SAW supaya Allah memandang kita..
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله..
Katakanlah( Wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah , maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu..

Tidak sempurna iman kepada Allah, bilamana tidak bersandar kepada KekasihNy..

Tidak mampu untuk kita mengerti mahabbah yg benar, cara beradab kepada Baginda yg benar, tidak mampu untuk kita memuliakan Rasulullah SAW selayaknya, tidak ada kekuatan untuk kita mengagungkan Sunnah Baginda SAW .. 
melainkan dengan bimbingan pewaris Rasulullah SAW yang sempurna..
Istiqamah berselawat Fateh ,
Selawat Fateh kunci untuk membuka hakikat Muhammadi. 
Istiqamah berselawat Fateh dijamin menyampaikan kepada pewaris Rasulullah SAW yang sempurna.
Khatmul Auliyaa' Muhammadi Maklum.

✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅

*أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِالْحَقِّ وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ وَعَلَىٰٓ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan