Ketika merasa sudah sekian lama beribadah, sudah mengenal Tuhan, Menempuh perjalanan para kekasihNYA, Kita rasa selamat...kita mula rasa kitalah terpaling terpilih disisiNya. Orang lain jauh beza ilmu, pengalaman kerohanian dengan kita.
Sehingga terlupa bahawa jika Allah berkehendak mengubah 360° dalam dalam sekelip mata menjadi ahli maksiat berada dalam neraka Kejauhan dariNya dan Mati dalam keadaan Kufur pula..
Dan orang yang tidak punya apa-apa. Jika Allah berkehendak mengangkat darjatnya sekelip mata. Tiadalah mustahil bagiNya.
Syeikh Abdul Qadir Jailani bila ditanya seorang gelandangan yang penampilannya seperti orang gila
Apakah Allah boleh mengubah saya ini dari seorang gelandangan menjadi mulia seperti kamu?
Syeikh Abdul Qadir Jailani menjawab. Ya boleh?
Dan gelandangan tersebut bertanya lagi...Apakah Allah boleh mengubah Tuan yang mulia ini menjadi gelandangan seperti saya?
Maka Syeikh Abdul Qadir Jailani menangis lalu menjawab: Ya!
Kemudian Syeikh membawa gelandangan tersebut pulang ke Madrasah miliknya .. dimandikan gelandangan tersebut, diberi pakaian baru dan memperkenalkan kepada murid-muridnya bahawa orang ini adalah gurunya....
Amalan yang banyak, perjalanan makrifat yang lama semuanya bukanlah ukuran apa-apa kecuali bergantung kepadaNya semata-mata
80000 tahun ibadah iblis menjadi sia2 dalam sekelip mata hanya kerana tidak dapat menerima orang baru dan tidak pernah beribadah banyak sepertinya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan