Apakah makna "IKHLAS" yang sebenar-benarnya menurut ISLAM ?
Apakah "HAKIKAT IKHLAS" menurut "ILMU TAUHID" ?
Apakah "TUNTUTAN" Allah SWT terhadap Hamba-Hamba-Nya daripada Hal "IKHLAS" ?
Kedudukan IKHLAS didalam Ibadah dan Amalan :
IKHLAS itu adalah merupakan "SYARAT BATIN" (HATI) yang paling utama sekali bagi setiap Ibadah.
Firman Allah SWT :
"Pada hal mereka tidak Diperintahkan melainkan supaya Menyembah Allah dengan Mengikhlaskan Ibadat Kepada-Nya."
(QS. Al-Bayyinah : 5)
IKHLAS itu adalah Pemisah diantara Qabul dan tertolaknya segala Amalan.
Ini bermaknanya, sekelian Amalan yang tiada IKHLAS bersertanya, maka akan menjadi sia-sia belaka dan sekaligus tertolak segalanya !
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima Amal kecuali Amal yang dilaksanakan dengan Ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap Redha Allah."
(HR. Abu Daud dan An-Nasa'i)
HAKIKAT IKHLAS itu adalah TAUHID
yang berdasarkan keterangan-keterangan Para ARIFBILLAH' yang mengetahui akan segala "RAHASIA-RAHASIA KETUHANAN".
IKHLAS itu membawa makna yang sangat Suci Murni terhadap 'INSAN' dan "HAKIKAT TAUHID".
IKHLAS itu merupakan cabang utama TAUHID dan Pintu Masuk kepada HADRAT ILLAHI'.
Jadi, tanpanya IKHLAS seseorang Insan, maka ianya tidak akan sesekali dapat 'MENEMUI' atau 'MENYAKSIKAN' Tuhannya.
Pembahagian tingkatan IKHLAS orang-orang Beriman, iaitu :
Para ARIFBILLAH' telah membahagikan IKHLAS itu kepada beberapa peringkat, sepertinya :
1) IKHLAS ORANG AWAM.
2) IKHLAS ORANG ABRAR.
3) IKHLAS ORANG 'ARIFIN.
Sebahagian lainnya telah memberikan perincian dengan lebih halus dan pembahagiannya seperti berikut :
1) IKHLAS ORANG AWAM (3 Tingkatan).
2) IKHLAS SALIKIN (3 Tingkatan).
3) IKHLAS 'ARIFIN (1 Tingkatan).
* 3 Tingkatan IKHLAS ORANG AWAM, iaitu :
Tingkatan Pertama :
Melakukan segala Amal Ibadah dengan QASAD (NIAT) semata-mata kerana Allah SWT, tetapi pada masa yang sama ianya pula mempunyai cita-cita didalam hatinya kepada segala kesenangan-kesenangan Syurga berupa bidadari, mahligai-mahligai indah, segala macam makanan dan segala hiburan Syurga.
Tingkatan Kedua :
Melakukan Solat (Dan juga Ibadah lainnya) dengan NIAT semata-mata hanya kerana Allah SWT dan tidak mempunyai cita-cita didalam hatinya (Tiada menuntut segala sesuatu hatinya) kepada Syurga dan segala kesenangannya.
Tetapi Hamba ini pula melihat dirinyalah yang melakukan segala Amal Ibadah (Melihat kemampuan dirinya melakukan segala Amal Ibadah).
Tingkatan Ketiga :
Melakukan segala Amal Ibadah dengan NIAT semata-mata kerana Allah SWT, tidak mempunyai cita-cita kepada kesenangan Syurga dan tidak pula melihat dirinyalah yang melakukan segala Amal Ibadah, tetapi dia merasakan dirinya pula sudahpun IKHLAS.
Maka, inilah 3 Tingkatan IKHLAS ORANG AWAM.
Iaitu mereka-mereka yang tidak melalui "JALAN MA'RIFAT KETUHANAN".
Tingkatan yang Ketiga itu adalah lebih baik sedikit daripada Tingkatan Kedua dan Tingkatan Pertama.
Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk IKHLAS ini adalah SAH.
Yakni, hanyalah SAH segala Amal Ibadahnya dan terlepas pula daripada Taklif Syara' (Kewajipan sebagai Mukallaf).
Namun, apabila ianya direnungi atau diselami pada sisi TASAWWUF dan MA'RIFAT pula, maka bentuk-bentuk IKHLAS ini masih belum bebas dengan sepenuhnya daripada "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT".
Ini adalah kerana, menuntut selain "WAJAH ALLAH SWT" didalam segala Ibadah itu adalah suatu bentuk 'PENYEKUTUAN' kepada 'KETUHANAN'.
Seseorang yang melakukan sekelian Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun menurut Fiqh dengan Sempurna, maka SAH Ibadahnya itu hanyalah pada sisi Fiqh sahaja, kerana Fiqh Hakikatnya hanyalah melihat pada Zahir perbuatannya Hamba.
Ianya tidak melihat segala unsur-unsur didalam Hati dan Jiwa Hamba. Hakikatnya ia tidak membicarakan 'HAL HATI'.
Bagaimanakah Sifatnya ?
Bagaimanakah Hadapnya ?
Bagaimanakah Tuntutannya ?
Tetapi TASAWWUF pula akan melihat pada segala sisi 'HATI INSAN'...
Iaitu, Bagaimanakah 'HAL' nya ???
TASAWWUF atau MA'RIFAT akan menyelam jauh kedalam Hati Sanubari Insan dan akan melakukan pemeriksaan dengan sangat-sangat teliti akan NIAT yang sebenar-benarnya dengan penuh kehalusan.
Ini kerana, 'HATI INSAN' itu sendiri menjadi "RAHASIA KETUHANAN" yang akan menjadi perhitungan di Akhirat kelak.
Firman Allah SWT :
"Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang Menghadap Allah dengan Hati yang Bersih (daripada Syirik)."
(QS. Asy-syuara : 88-89)
Jikalau kamu bertanya, bukankah Allah SWT telahpun menceritakan perbagainya Nikmat Syurga didalam Al-Qur'an ?
Bukankah Hadith Nabi SAW juga telahpun menceritakannya ?
Ya... Benar !
Kesemua kejadian selepas Kematian itu telahpun dikisahkan didalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.
Kesenangan-kesenangan yang akan diperolehi oleh orang-orang Beriman, iaitu berupa Syurga juga telahpun diceritakan didalamnya.
Tetapi ianya tidaklah bermaksud seseorang itu perlu menuntut-nuntut atau mencari-cari segala kesenangan-kesenangan tersebut. Atau ia menjadikannya sebagai Matlamat sampingannya.
Apabila adanya sesuatu selain Allah SWT di sisi NIAT, maka ketika itu musnahlah IKHLASNYA.
Jikalau kamu bertanya lagi :
Apakah gunanya kisah-kisah tersebut jikalau bukannya untuk dijadikan sebagai impian ?
Para ARIFBILLAH' menjawab :
Memikirkan dan bercita-cita kepada kesenangan-kesenangan Syurga ketika melakukan segala Ibadah itu adalah sebagai dorongan bagi kanak-kanak yang baru belajar mengenal akan Islam dan Iman.
Atau bagi orang-orang yang baharu memeluk Islam, supaya jinak hatinya kepada Islam. Namun ianya tidaklah patut dengan terus menerus didalam keadaan tersebut.
Walau bagaimanapun, ditegaskan pula kesimpulannya, bahawa tidaklah salah (Pada sisi Fiqh) seseorang itu yang mempunyai cita-cita kepada Syurga Allah SWT.
Tetapi, perlulah di didik hati supaya meninggalkan sekelian cita-cita tersebut, berpaling darinya dan tumpukanlah NIAT semata-mata "BI WAJHILLAH" (Semata-mata kerana WAJAH ALLAH SWT).
* 3 Tingkatan IKHLAS SALIKIN, iaitu :
SALIKIN itu adalah Insan-Insan yang menelurusi "JALAN MA'RIFAT KETUHANAN" menuruti Adab dan Syarat-Syaratnya dibawah Bimbingan GURU MURSYID.
SALIK (Murid yang Berjalan di JALAN MA'RIFAT KETUHANAN) akan Dibimbing melalui beberapa peringkat 'DZIKIR', 'MURAQABAH' (Merenung HAKIKAT KETUHANAN) dan 'MUSYAHADAH' (Melihat HAKIKAT KETUHANAN).
Dengan berperingkat-peringkat sehinggalah datangnya Pembukaan Allah SWT kedalam Hati mereka kepada "PINTU-PINTU MA'RIFAT" (PINTU-PINTU TAUHID).
Pada Peringkat TAUHID ini, SALIK tidak lagi akan bergantung kepada segala Hujjah dan Dalil, kerana dia sudahpun melihat kepada 'KETUHANAN' didalam 'BATINNYA'.
Mereka semata-mata akan Memandang kepada HAKIKAT AF'AL ALLAH SWT, ASMA'-NYA dan SIFAT-NYA yang MAHA TINGGI tanpanya Kaifiyyat (Cara) dan tanpanya sandaran !
Apa yang dimaksudkannya adalah :
Allah SWT memasukkan "CAHAYA RABBANIYAH" (KETUHANAN) kedalam Hati-Hati mereka, sehinggalah mereka "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT" dengan Jiwa dan Raga mereka.
Dengan RAHMAT Allah SWT, maka 'MATA HATI' mereka akan melihat sekelian yang dijadikan oleh Allah SWT, ASMA (NAMA-NYA) dan SIFAT-NYA yang MAHA AGUNG.
Bukanlah semata-mata hanya Percaya kepada WUJUD-NYA, tetapi dengan 'YAQIN' akan WUJUD-NYA melalui "AINUL BASIRAH" (PANDANGAN MATA HATI).
SALIK yang telahpun ''SAMPAI'' kepada Tingkatan AF'AL Allah SWT, akan melihat sekelian PERBUATAN Allah SWT keatas dirinya dan sekelian Makhluk Ciptaan-Nya.
SALIK akan melihat dengan AINUL BASIRAH (MATA HATI) nya disetiap Ibadahnya sebagai 'KURNIAAN' dari Allah SWT dan semata-mata KURNIA-NYA tanpa Sekutu dengan segala sesuatu apa-apapun.
Ketika SALIK mengangkat Takbiratul Ihram untuk Solat, maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepadanya untuk melakukan Solat.
Ketika dia Ruku', maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepadanya untuk Ruku' kepada Allah SWT.
Ketika Sujudnya dia, maka dia akan melihat "ANUGERAH ALLAH SWT", kepadanya untuk Sujud dihadapan RABBUL JALIL. Iaitu :
TUHAN YANG MAHA PERKASA YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA !
'KEHEBATAN' dan 'KEPERKASAAN' Allah SWT akan 'MENGUASAI' SALIK ini sehinggalah dirinya Karam didalam Kehebatan tersebut.
Kata GURU-GURU AHLI MA'RIFAT;
Maka inilah Tingkatan IKHLAS permulaan bagi SALIKIN, iaitu :
IKHLAS pada Peringkat "MENTAUHIDKAN" sekalian AF'AL Allah SWT.
Pada Peringkat ini, maka Sucilah Hatinya daripada sekalian Aghyar (Selain Allah SWT), Bersih Hatinya daripada sifat-sifat yang keji dan bebas daripada segala Syirik Khafi.
Ketika Insan Allah SWT melihat dirinya tiada daya upaya melakukan segala sesuatu melainkan Allah SWT dengan segala Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita-cita lain selain Allah SWT ketika melakukan segala Ibadahnya.
Maka inilah permulaannya IKHLAS yang BENAR, tanpa sedikitpun "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA.
Jikalau kamu melihat sebelum ini, orang-orang pada Tingkatan Awam tidak akan terlepas daripada "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA, samada Mempersekutukan kerana menuntut Syurga ataupun kerana melihat dirinya mempunyai segala daya upaya.
Disini, pada diri Insan-Insan yang telahpun Disucikan Hatinya sehinggalah terbitnya TAUHID yang BENAR.
Maka, tiadalah lagi cita-cita selain Allah SWT, tiadalah lagi melihat dirinya mempunyai segala daya upaya melainkan hanyalah Allah SWT semata-mata yang MAHA BERKUASA diatas tiap-tiap segala sesuatu.
Dia akan melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan "ANUGERAH ALLAH SWT".
Maka Inilah Maqam permulaan KESUCIAN HATI, KESUCIAN TAUHID dan KEMURNIAN NIAT YANG IKHLAS...
Pada saat kamu Dikurniakan oleh Allah SWT akan "CAHAYA TAUHID" yang Suci Murni didalam Hati, maka kamu tidak lagi akan memandang wujud upaya diri kamu lagi untuk melakukan segala Ibadah.
Kamu lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri sendiri untuk melakukan segala Ibadah.
Seluruh Jiwa dan Perasaan kamu telahpun Karam didalam melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepada kamu untuk melakukan segala Ibadah, iaitu untuk melakukan Takbiratul Irham, Ruku' dan Sujud.
Lalu kamu pun berkatalah :
"TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN ALLAH SWT..."
Apabila suasana Kesucian ini telah Menyelubungi Hatimu, maka kamu akan dapat Merasai 'KETENANGAN' didalam segala Ibadah. Suatu 'KETENANGAN' yang tidak pernah kamu Merasakan pada sebelumnya.
Maka inilah permulaannya IKHLAS, tiada lagi 'PENYEKUTUAN' didalam NIAT mengerjakan segala Amal dan Ibadah.
3 Tingkatan IKHLAS SALIKIN yang dimaksudkannya adalah :
1) IKHLAS KETIKA CAHAYA AF'AL ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.
2) IKHLAS KETIKA CAHAYA ASMA' ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.
3) IKHLAS KETIKA CAHAYA SIFAT ALLAH SWT MENGUASAI SALIK.
Keadaan IKHLAS SALIK akan berubah-ubah daripada satu Tingkatan ke Tingkatan yang lebih tinggi.
Ada kalanya ianya akan menurun, dan pada masa yang lainnya pula ianya akan menaik kepada Peringkat IKHLAS yang lebih tinggi. Ianya bergantung kepada Keadaan Amal dan Kesungguhannya didalam MUJAHADAH.
Saya tidak membincangkan Tingkatan-Tingkatan IKHLAS MURIDIN ini satu persatu dengan secara terbuka.
Maka memadailah saya katakan, bahawa kesemua Tingkatan IKHLAS ini adalah 'PEMERASAAN JIWA' dan 'PANDANGAN MATA HATI', dan bukanlah lagi Pemikiran Akal.
Inilah Hakikat sebenar-benarnya yang "DITUNTUTI" keatas setiap Mukallaf, iaitu :
Membebaskan dirinya daripada belenggu "MEMPERSEKUTUKAN ALLAH SWT" didalam NIATNYA.
Tidak pula menuntut segala sesuatu selain "WAJAH ALLAH SWT" dan Benar-Benar "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT".
Maka, Menepatilah dirinya akan Tuntutan Allah SWT...
Firman Allah SWT :
وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Pada hal mereka tidak Diperintahkan melainkan supaya Menyembah Allah dengan Mengikhlaskan Ibadat Kepada-Nya."
Dari Tafsir Ibn Abbas رضى الله عنه :
Kalam Allah SWT "MUKHLISIN" (IKHLAS) ditafsirkan oleh Ibn Abbas رضى الله عنه dengan makna "TAUHID" yang Suci Murni.
Disini Ibn Abbas رضى الله عنه telahpun menunjukkan bahawa yang dimaksudkannya dengan "
"IKHLAS" dan yang "DITUNTUTI" oleh Allah SWT itu adalah "PANCARAN CAHAYA TAUHID" yang Hadir didalam Hati Insan-Insan Allah SWT yang Suci Bersih Hatinya.
Maka, menepatilah huraian HAKIKAT IKHLAS ini sepertimana yang diselami dan dikemukakan oleh Para ARIFBILLAH' dengan Tafsiran Ibn Abbas...
* KESIMPULANNYA.
1) Ibadah yang QABUL (DITERIMA) oleh Allah SWT itu hanyalah Ibadah yang berserta "IKHLAS" didalamnya.
2) Ibadah yang dilakukannya dengan semata-mata kerana Allah SWT, tetapi masih lagi diselubungi oleh Perasaan Hati yang Mencintakan Pahala, Syurga dan Keindahannya di Akhirat itu adalah hanya SAH di sisi Fiqh ataupun Syariat Zahir semata-mata.
Namun pada sisi Pandangan TASAWWUF dan MA'RIFAT pula, ianya akan musnah disebabkan wujudnya cita-cita selain daripada Allah SWT berserta Ibadahnya.
3) "HAKIKAT IKHLAS" sebagaimana yang "DITUNTUTI" oleh Allah SWT adalah "TAUHID" yang Suci Murni.
Ketika Hati telahpun Suci Murni daripada sekelian kekotoran 'MAKNAWIYYAH'.
Maka tiadalah lagi cita-cita lain selain menuntut "WAJAH ALLAH SWT" dan semata-mata melihat "ANUGERAH ALLAH SWT" kepada diri Insan untuk melakukan segala Ibadah.
4) Orang yang Benar-Benar Beriman itu Wajiblah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan "HAKIKAT IKHLAS" sebagaimana yang dihuraikan diatas.
Sekurang-kurangnya pada Tingkatan "TAUHID" yang paling rendah. Iaitu pada "TAUHID AF'AL".
5) Ketika seseorang Insan Allah SWT telahpun memperolehi "HAKIKAT IKHLAS", maka Insan itu akan merasai KEMANISAN sekelian Ibadahnya, TENANG HATINYA berserta Allah SWT disepanjang Ibadahnya.
Bahkan disepanjang kehidupannya akan dipenuhi dengan KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.
6) Seseorang yang belum lagi mencapai "TAUHID" yang sebenar-benarnya dan belum lagi memperolehi Darjat "HAKIKAT IKHLAS" (Orang awam), maka hendaklah ia sentiasa berwaspada disepanjang Ibadahnya.
Iaitu dipermulaan, dipertengahan dan dan dipenghujung setiap Ibadahnya, agar tidak tergelincir daripada segala NIATNYA.
Dan ianya perlulah memperbanyak-banyakkan TAUBAT dan MUHASABAH DIRI disebabkan NIAT pada Hatinya yang senantiasa berubah-ubah.
Semoga Allah SWT akan Mengampuninya dan Menerimanya sebagai Hamba Allah SWT.
Kerana sesungguhnya DIA adalah MAHA PENGAMPUN, selagi mana PINTU TAUBAT tidak lagi tertutup...
cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan