Kerana tanpa ilmu tasawwuf maka amalan kita tidak akan diterima Allah..
kerana syarat penerimaan amalan kita mestilah ikhlas..
Ikhlas itu lawannya syirik(syirik khofi)..
Pengajian tasawwuf melalui thoreqat ialah khusus untuk membuang syirik itu(berhala keakuan) ...dan membawa kamu ke jalan Makrifatullah yg betul dan lurus mengikuti sunnah nabawiyah yg zhohir dan batin dibawah tarbiyah dan bimbingan oleh pewaris muhammadi yg sempurna suluk dan kerohaniannya.
"Penyakit Hati; "Orang yang tidak memandang Allah سبحانه وتعالى, dia tidak merasa kebersamaan dengan Allah. Maka dia tidak lari daripada merasakan penyakit "Sifat keakuan diri." Dia akan melihat dirinya sendiri. Rasa kagum. Aku, aku, ini semua aku yang buat. Yang ini penyakit ni. Dia merasakan aku yang beribadah, semuanya adalah diri dia."
"Bukan Allah سبحانه وتعالى yang memperamalkan. Yang ni hati dia ada penyakit. Cepat cepat pergi ubat. Cari orang yang ahlinya untuk ubat. Orang yang merasakan dirinya bertauhid dialah sebenarnya kurang bertauhid. Orang yang merasakan dirinya kurang bertauhid dialah sebenarnya sedang mencapai peringkat tauhid."
"Jika kita tidak dapat merasai Allah سبحانه وتعالى bersama dengan kita, mata hati kita tidak syuhud memandang kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka, tidak larilah kita daripada penyakit "Syirik khafi" yakni syirik yang tersembunyi. Syirik yang menampakkan dirinya hebat dalam ibadah. Amalan yang sebegini adalah tertolak, secara tidak sedar. Itulah pentingnya ilmu tauhid."
"Ilmu tauhid ini, untuk menentukan amalan kita diterima atau pun tidak. Kalau ilmu feqah itu nak menentukan amalan kita sah atau pun batal. Sebab itu, hari ini kita belajar ilmu syariat dan hakikat. Namanya saja pak haji, pak ustaz, pak lebai, pak bilal, orang yang usung kitab pergi balik masjid, keluar pondok masuk pondok belajar."
"Sudah tentulah mereka ini tidak akan sekali-kali menyembah batu, pokok, kayu, berhala dan sebagainya. Tidak! Akan tetapi, jika kita tidak memahami tauhid yang sebenarnya. Sudah tentulah, kita ini hari-hari sembah patung ciptaan diri kita sendiri. Sifat keakuan. Aku yang buat, aku pandai, aku punya."
"Kalau orang lama, dengan kelamaannya. Kalau orang tua, dengan ketuaannya. Kalau orang alim, dengan keilmuannya. Kalau orang kuat, dengan kekuatannya. Kalau orang yang ada kuasa, dengan kekuasaannya. Ini semuanya penyakit."
"Sebab itu kita tengok orang yang belajar agama bawa usung kitab, tak bertambah akhlak, tak bertambah adabnya. Adab dengan guru, adab dengan orang tua mak ayah sendiri. Mana pergi adab? Sebab dia ada penyakit. Tak sedar ada penyakit. Aku belajar tengok aku pandai, baru belajar sikit je. Sebab itu ilmu tak berkat."
"Apa yang nak dibanggakan?Contoh kita bawak balik kereta bos kita, bermacam jenama bersilih ganti. Kawan kita puji hebatnya kau ada kereta macam-macam. Kita tak rasa bangga sebab kereta itu bukan kita punya. Bukan hak kita. Tak rasa apa-apa pun. Bangga atau pun rasa terangkat. Segala-galanya jangan lihat pada asbab. Lihatlah pada Allah سبحانه وتعالى."
"Hari ini ramai orang yang belajar ilmu untuk menyampaikan ilmu, akan tetapi tidak ramai yang belajar ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang mencapai hakikat tauhid, dia dapat meleburkan sifat keakuan dirinya."
Kita sudah terlalu lama berada di dalam ilmu dan amal, akan tetapi kebersamaan dengan Allah سبحانه وتعالى tidak ada. Sebab itulah semakin kita memperbanyakkan amal ibadah, semakin sombong, semakin suka mengumpat dan segala macam sifat mazmumah. Dia tidak kenal Allah سبحانه وتعالى.
Seseorang yg beramal tanpa tauhid yang kukuh di dalam hatinya amalnya akan goyah. Dalam pelajaran tauhid, pengukuhan dalil adalah dengan menggunakan akal. Barangsiapa yang tak mampu mendatangkan dalil akal bahawa Allah سبحانه وتعالى itu wujud, maka dia tidak berakal."
"Sebelum mati yang sebenar tiba, matikan diri dulu. Matikan yang macam mana? Yakni, matikan nafsu kamu. Dengar lihat pandang perkara-perkara yang Allah سبحانه وتعالى redha sahaja. Leburkan sifat keakuan diri. Saat kita mengingati Allah سبحانه وتعالى, bukan kita yang ingat Allah, tapi Allah سبحانه وتعالى jua lah yang meletakkan hamba-Nya untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى.
Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.
#nukilan mutiara kalam Sayidi Ahmad Alhadi alhasani hafizahullah
#tiada hari tanpa solawat#
#hiasilah hari-hari mu dengan
solawat nescaya hidup mu bahagia dunia akhirat#
#Cnp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan