BISMILLAH 🌹
Ini adalah makam seorang wanita Rabi'atul Adawiyyah. Dia ada salah seorang wali Allah dan namanya harus kita kenali dan teladani - terutama sekali muslimah-muslimah pada zaman kini.
Apabila Rabi'atul Adawiyyah dilahirkan, ibubapanya teramat miskin sehingga mereka tidak mempunyai wang pun untuk membeli minyak yang menyalakan lampu mereka. Ibu Rabi'atul Adawiyyah meminta agar suaminya ke rumah jiran untuk mendapatkan sedikit wang bagi membeli barang-barang keperluan untuk anak perempuan mereka yang baru dilahirkan. Akan tetapi, ayahnya telah berazam untuk meminta pertolongan dari Allah sahaja. Maka, dia pun merayu kepada Allah.
Pada malam itu, Rasulullah ﷺ datang kepadanya di dalam mimpi dan memberitahunya bahawa anak perempuannya adalah seorang yang disayangi Allah dan dia akan memimpin ramai ke Islam. Kemudian, Rasulullah ﷺ menyuruh ayahnya untuk mempersembahkan surat kepada penguasa Basra, Iraq, yang mencatatkan bahawa dia telah lupa untuk membaca sebuah awrad pada satu malam, dan dia harus memberi 400 dirham kepadanya.
Penguasa itu sangat gembira kerana telah disebut oleh Rasulullah ﷺ lalu dia mentaati perintah Rasulullah ﷺ dengan hati yang girang. Maka, sejak kelahirannya, Rabi'atul Adawiyyah membawa berkat kepada mereka di kelilingnya.
Dia menetap di sebuah padang pasir dan dia hidup berasingan dari sesiapapun. Dia mencapai tahap iman yang tinggi dan dia akan berkata "Yaa Rabb, jika aku menyembahMu kerana aku takutkan neraka, maka bakarkanlah aku dalam neraka; jika aku menyembahMu kerana aku inginkan Syurga, kecualikan aku dari Syurga; tetapi jika aku menyembahMu untuk Kamu sahaja, maka janganlah Kamu menafikanku KeagunganMu yang abadi."
Apabila dia sudah melanjut usia, Rabi'atul Adawiyyah berhijrah ke Palestin, di mana dia mempunyai rumah di atas Gunung Zaitun. Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke Al-Aqsa untuk mengajar dan beribadah. Dia tidak bernikah dan tidak mempunyai seorang anak pun dan dia menjalankan hidup yang sederhana. Dia hanya ingin bersama Kekasihnya dan menyembah-Nya tanpa mengharapkan sesuatu.
Dia telah menyerahkan hidupnya dengan sepenuhnya kepada Allah dan dia sedar dia hanyalah hambaNya. Dia tidak meninggalkan sebarang tulisan, tetapi ramai ulama yang hebat telah memperolehi manfaat dari ilmunya dan salah seorang dari mereka adalah Imam Shafi'i.
- Shaykh Imran Angullia 🌹
Tiada ulasan:
Catat Ulasan