Saat pengagihan rezeki daripada Raja segala Raja/kerajaan (Al-Malikal Mulk)
kita sebagai hamba hendaklah beradab dengan Al-Malikal Mulk
1) jangan sesekali tak peduli atau lalai dengan pengagihan ini hingga merasa terkaya(tak berhajat/memerlukan)
2) jangan gelojoh (kelapaq orang utara kata) sangat sampai mengingat-ingatkan Tuhan tentang rezeki kita.
Nota pengajian bersama Sayyidi Syarif Ahmad Al-hadi Alhasani Almaghribi
Ada beberapa waktu yang kita tahu daripada Sayyidina Muhammad S.A.W tentang pengagihan ini antaranya ialah pada setiap subuh.
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Sayyidatina Fatimah R.A mafhumnya:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia diantara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari.” (riwayat Al Baihaki)
cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan