#limpahanKurniaandidahuluikhidmat
Oleh: Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari حفظه الله (Syaikhul Ruwaq Jawi, Mesir).
Satu kisah di zaman dahulu yakni ada seorang Raja yang berasal daripada Yaman... Gelaran bagi Raja Pertama Yaman pada zaman dahulu disebut Tubba'... Pada suatu hari, Tubba' ini keluar di dalam satu perjalanan untuk bermusafir... Di dalam perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah kampung & di setiap kampung itu, beliau akan pilih 10 orang Ulama' untuk bersama-samanya di dalam perjalanan beliau... Sehinggalah beliau mengumpulkan hampir 4 ribu orang Ulama' bersama dengan bala tenteranya yang sangat ramai... Lebih kurang 113 ribu orang tentera pejalan kaki & 133 ribu orang bala tentera yang berkuda... Setelah sampai di setiap negeri, kesemua negeri itu akan menyambut Tubba' dengan penuh kemeriahan & penuh takzim ketika menyambut kedatangan Tubba'... Tetapi apabila Tubba' sampai di Kota Mekah, ahli² Mekah langsung tidak menyambut kedatangan Tubba'... Penduduk di Mekah buat tak tau saja kepada Tubba', maka Tubba' menjadi marah lalu berkata, "Kenapakah dengan penduduk disini? Apa yang tidak kena dengan mereka? Semua negeri yang lain menyambut beta, tetapi negeri ini langsung tidak menyambut kedatangan beta... Siapakah yang duduk dalam negeri ini?"
Maka akhirnya, menteri kepada Tubba' ini masuk ke dalam Mekah, kemudian dia datang kembali untuk melaporkan kepada Tubba', dia kata, "Wahai Tuanku, penduduk yang ada di dalam negeri ini adalah orang² Arab yang mana mereka ini adalah 'Ummi yakni tidak pandai membaca & tidak pandai menulis tetapi mereka ada sebuah bangunan yang sangat mereka agungkan yang bernama Ka'abah... Dan mereka ini menyembah berhala..." Tubba' pada waktu itu berniat di dalam hatinya tanpa diketahui oleh para menterinya, para tenteranya & para Ulama' yang mengikutinya... Apa yang Tubba' ini niatkan? Dia berniat di dalam hatinya untuk meruntuhkan Ka'abah, dia ingin membunuh penduduk Mekah & dia akan tangkap wanita² dan kanak² di Mekah untuk dijadikan hamba... Dengan niat sebegitu rupa yang diniatkan di dalam hatinya, Allah Ta'ala memberi satu penyakit yakni sakit kepala yang amat teruk kepadanya sehinggakan keluar darah & nanah yang sangat busuk baunya daripada hidungnya, matanya & telinganya... Hatta para Tabib @ Doktor yang sangat handal kepakarannya yang ikut bersamanya pun tak mampu nak mengubatinya... Maka para Tabib berkata kepada Tubba' ini, "Wahai Tuanku, kami ini hanya mampu mengubati urusan dunia, urusan kami ini adalah urusan dunia, namun musibah yang Tuanku kena ini adalah urusan yang diturunkan daripada Tuhan, maka kami tak mampu untuk buat apa²..."
Setelah itu, Tubba' pun duduk bersendirian & kemudiannya datanglah salah seorang Ulama' dari kalangan 4 ribu orang Ulama' yang bersamanya... Ada seorang Ulama' ini mengetahui akan ubat bagi penyakit Tubba' ini & datanglah Ulama' ini menghadap Tubba' lalu berkata, "Wahai Tuanku, saya mahu Tuanku memberitahu kepada saya bagaimana Tuanku boleh kena penyakit ini & apakah yang Tuanku telah niatkan di dalam hati Tuanku sewaktu Tuanku berada di Mekah?" Tubba' ini menjawab, "Beta tidak niatkan apa² pun, penyakit ini datang dengan sendirinya..." Ulama' ini berkata lagi, "Tidak Tuanku, penyakit sebegini tidak akan datang kepada Tuanku melainkan Tuanku telah niatkan sesuatu yang buruk & tidak kena dalam hati Tuanku kepada negeri yang pernah disinggahi oleh Tuanku sebelum ini..." Akhirnya Tubba' ini membuka cerita, "Ya benar, beta ada niatkan sesuatu yang tidak elok, setelah mana beta melihat ahli² Mekah tidak menyambut beta, maka beta berniat untuk membunuh ahli² Mekah, berniat untuk meruntuhkan Ka'abah, maka dengan sebab niat beta itulah, Tuhan menimpakan penyakit ini terhadap beta..."
Maka kata Ulama' ini, "Wahai Tuanku, Tuanku kena bertaubat, dengan taubat itulah yang mampu menyembuhkan penyakit Tuanku ini, itulah sahaja pengubatnya..." Lalu Tubba' ini terus bertaubat pada waktu itu juga hatta sebelum Ulama' itu keluar daripada kamar Tubba', Allah Ta'ala menyembuhkan penyakit Tubba' ini... MasyaAllah, maka sembuhlah penyakitnya itu dalam sekelip mata hanya dengan Tubba' ini bertaubat pada waktu tersebut... Ketika meneruskan perjalanan, mereka sampai pada satu tempat yang bernama Yathrib... Yathrib inilah tempat dimana sekarang ini iaitulah Madinah Al-Munawwarah, tempat bersemadinya jasad yang mulia yakni Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah mana sampai di Yathrib, waktu ketika mana Tubba' & bala tenteranya ingin meneruskan perjalanan, ada 400 orang Ulama' daripada kalangan 4 ribu orang Ulama' tadi ini, mereka tidak mahu meneruskan perjalanan... Lalu Tubba' menghantar menterinya untuk bertanya kepada para Ulama' yang tak mahu teruskan perjalanan itu...
Setelah ditanya oleh menteri, kenapakah mereka tidak mahu keluar daripada Yathrib, apakah rahsianya & hikmahnya yang menyebabkan para Ulama' ini tidak mahu keluar daripada Yathrib ini, maka jawab para Ulama' ini, "Kami tidak mahu keluar daripada bumi Yathrib ini kerana untuk pengetahuan Tuan, Ka'abah yang dimuliakan oleh ahli² Mekah itu adalah kerana tempat itu akan keluarnya Nabi akhir zaman yang bernama Muhammad pada masa akan datang, jadi kami ingin menunggu untuk bertemu dengan Nabi akhir zaman ini..." Disebutnya nama Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mulia oleh para Ulama' ini... Setelah dilaporkan kepada Tubba', maka Tubba' pun berasa ingin turut sama menunggu Nabi akhir zaman yang disebutkan itu... Maka tunggulah Tubba' itu di Yathrib selama setahun sekiranya Nabi akhir zaman keluar pada waktu tersebut... Hatta, Tubba' ini membina 400 buah rumah untuk 400 orang Ulama' yang ingin menunggu di Yathrib bahkan dibelinya 400 orang hamba & dibebaskannya 400 orang hamba yang dibelinya itu untuk dinikahkan kepada 400 orang Ulama' itu...
Setelah cukup setahun Tubba' ini menunggu tetapi tidak keluarnya Nabi akhir zaman yang disebutkan pada waktu tersebut, Tubba' & bala tenteranya meneruskan perjalanan, meninggalkan 400 orang Ulama' di Yathrib untuk menunggu Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah sampai di satu tempat berdekatan dengan India, Tubba' ini menghembuskan nafasnya yang terakhir... Tarikh meninggalnya Tubba' ini dengan tarikh lahirnya Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, tempoh jaraknya adalah seribu tahun, tidak berkurang & tidak bertambah walau sedikit pun, seribu tahun tepat²... Kisah yang saya kongsikan ini bukan kisah yang baru berlaku, kisah ini adalah kisah seribu tahun sebelum lahirnya Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Sebelum Tubba' keluar daripada Yathrib, beliau ada menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apakah kandungan surat yang ditulis oleh Tubba' ini?
Setelah Tubba' menulis puji & syukur, kemudian beliau mengatakan, "Wahai Muhammad, selawat Allah Ta'ala keatas kamu... Sesungguhnya saya beriman dengan kamu & saya juga beriman dengan kitab yang akan diturunkan oleh Tuhan kepada kamu... Dan saya diatas agama & sunnah mu... Dan saya beriman dengan Tuhan kamu & Tuhan segala sesuatu... Dan saya beriman dengan seluruh syari'at agama yang datang kepada kamu & saya terima segala perkara tersebut... Sekiranya saya dapat berjumpa dengan kamu, itu nikmat yang besar kepada saya... Jikalau saya tidak dapat berjumpa dengan kamu, berilah syafa'at mu kepada saya di hari kiamat nanti... Jangan lupakan saya kerana saya dikalangan umat mu yang pertama... Dan saya berbai'ah dengan kamu sebelum kamu datang, sebelum Allah Ta'ala mengutuskan kamu, saya telah beriman dengan kamu... Dan saya diatas agama mu & saya diatas agama Bapa mu, Nabi Ibrahim عليه سلم..." Kemudiannya, Tubba' ini menutup surat ini dengan cop daripada emas & dia menulis di penghujung surat ini, "Kepada Muhammad bin Abdullah, Penutup Segala Nabi... Ini adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى kepada sesiapa yang memegang surat ini, sampaikanlah ia kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم..."
Maka surat Tubba' ini beralih-alih tangan, dari satu generasi ke satu generasi yang lain... Siapakah yang memegang surat ini? Surat ini dipegang oleh cucu cicit kepada 400 orang Ulama' yang tinggal di Yathrib yakni Madinah yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Setelah mana Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم diutuskan, waktu itu ahli² Madinah sudah menunggunya pada waktu tersebut... Kemudian, dipilihnya daripada kalangan cucu cicit daripada keturunan 400 orang Ulama' tadi, diminta kepada Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه untuk memilih siapakah dikalangan mereka ini untuk pergi menghantar surat Tubba' yang berusia seribu tahun itu kepada Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Kemudiannya dipilihnya salah seorang daripada sahabat yang bernama Abu Laila oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه... Abu Laila yang telah dipilih untuk menyampaikan surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...
Waktu itu, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم belum lagi berhijrah ke Madinah, ketika mana Abu Laila sampai di Mekah daripada Madinah, Abu Laila membawa surat itu & diletakkan di dalam poket jubahnya... Sesampainya Abu Laila dihadapan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, Baginda memandang kepada Abu Laila... Baginda berkata, "Datanglah ke mari, kamu ini Abu Laila?" Sedangkan Nabi belum pernah lagi berjumpa dengan Abu Laila... Kemudian kata Abu Laila, "Ya, saya adalah Abu Laila..." Baginda bertanya lagi, "Adakah kamu membawa surat daripada Tubba'?" Sedangkan surat Tubba' itu masih berada di dalam poket jubah Abu Laila hatta Abu Laila tak pernah menyebut langsung tentang surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bahkan sesiapa pun tak tahu menahu mengenai surat itu... MasyaAllah... Lalu kata Abu Laila yang agak terkejut ketika itu, "Saya lihat, wajah Tuan bukan wajah tukang sihir..." Baginda berkata, "Ya, saya bukan tukang sihir, saya Rasulullah... Berikanlah surat Tubba' yang ingin disampaikan kepada saya..." Maka dikeluarkanlah surat Tubba' itu oleh Abu Laila daripada poket jubahnya & diberi kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Sambil Baginda membaca surat itu, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, "Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh..." Seolah-olah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم menyambut kedatangan Tubba' pada waktu tersebut... MasyaAllah...
Tuan², Tubba' ini sudah beriman kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun sebelum Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم dilahirkan... Moga Allah Ta'ala mengurniakan kegembiraan kepadanya di akhirat nanti... Beliau akan bersama-sama dengan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Diantara 400 buah rumah yang telah dibina oleh Tubba' kepada 400 orang Ulama' itu, ada sebuah rumah yang Tubba' bina khusus untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Rumah itu dibina khas untuk Nabi akhir zaman... Dalam sirah, rumah pertama yang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم singgah ketika berhijrah ke Madinah, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berada diatas untanya, ketika mana para sahabat berebut-rebut menarik unta Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم untuk ke rumah mereka, maka kata Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, "Biarkanlah, unta ini telah diarahkan oleh Allah Ta'ala tempat dimana yang akan ia berhenti..." Dimanakah unta ini berhenti? Unta ini berhenti di rumah Tubba' yang telah membina rumah tersebut khas untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dan rumah itulah yang dimiliki oleh Saidina Abu Ayyub Al-Ansari رضى الله عنه, beliau merupakan salah seorang cucu kepada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah Al-Munawwarah...
Walaupun ada dikalangan kita yang kali pertama mendengar kisah ini, kita dapat mempelajari bahawa dengan adab kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, menyebabkan seseorang itu berjaya di dunia & di akhirat... Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Tubba' ini adalah, seseorang itu akan berada dekat dengan Allah Ta'ala kerana adabnya yang baik terhadap Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah beradab dengan Nabi sebelum beliau kenal dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah mengasihi Nabi sedangkan beliau tak pernah bertemu dengan orang yang pernah bertemu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tapi kita semua ini sudah pernah mendengar daripada orang yang mendengar daripada orang yang pernah mendengar & daripada orang yang pernah mendengar sehinggalah sampai kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jikalau Tubba' yang tak pernah mendengar & tak pernah bertemu dengan Nabi tapi sudah beriman & sudah kasih kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun lagi sebelum Nabi dilahirkan, takkanlah kita yang pernah mendengar tentang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, tak mahu langsung beradab & tak mahu langsung mencintai Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم?
Al-Imam Hassan Al-Basri رحمه الله تعالى mengatakan bahawa, pokok kurma yang menjadi tempat Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bersandar ketika menyampaikan khutbah, menangis ketika mana Nabi berpisah dengannya walau hanya 3 meter sahaja... Kalaulah kita yang dah berpisah dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم hampir ribuan tahun tapi langsung takdak ada rasa rindu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka kita lebih "berat" daripada pokok tersebut... Bahkan Bukit Uhud yang bergerak daripada paksinya yang asal, kerana ingin mengikut Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kalau kita tengok kedudukan Bukit Uhud sekarang ini, tempatnya itu bukanlah tempatnya yang asal... Ia telah bergerak sedikit daripada tapaknya yang asal... Kenapa? Kerana ingin mengikuti Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم balik ke Madinah... Sehinggakan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berkata kepada bukit itu supaya duduk tinggal disitu... Maka Bukit Uhud tidak bergerak lagi pada waktu tersebut kerana mematuhi arahan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jika Nabi tidak mengarahkannya, maka Bukit Uhud akan berada di Madinah, dekat Masjid Nabawi, bukannya berada di Uhud yang kita tengok sekarang ini... Dan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم kata, "Uhud ini Bukit..."
Kata Guru kami yang mulia, Sayyid Muhammad bin Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kittani حفظه الله تعالى, "Baginda tidak mengungkapkan "Jabal Uhud" @ "Bukit Uhud" tapi Baginda mengungkapkan "Uhud ini Bukit"..." Kalaulah bukit yang merupakan batu yang keras sekalipun mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, takkanlah hati kita yang lembut ini tak mahu mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم? Cuba "check" balik bagaimana hati kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kita nak darjat yang tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى, kita nak kekal dalam syurga Allah Ta'ala & kita nak bersama dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka lihatlah bagaimana adab kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...
Tuan² ambil lah contoh daripada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah selama seribu tahun, bagaimana cara mereka mendidik & mengajar anak cucu mereka tentang Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sehinggakan setiap generasi mereka beradab & setia menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kerana itulah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم sangat kasih dengan ahli² Madinah kerana ketika ahli² Mekah menolak & menentangnya, namun ahli² Madinah mengalu-alukan kedatangannya & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dengan adab, mereka sangat dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Siapakah yang mengajar mereka? Yang mengajar mereka adalah Datuk & Nenek Moyang mereka... Tuan², kita semua kena jadi Datuk & Nenek Moyang seperti itu, kita semua kena jadi Ayah & Ibu yang mengajar serta mendidik anak² kita supaya kasih & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Hatta didik anak² kita supaya mereka beradab & kasih kepada para 'Alim Ulama'... Akhir zaman ini kita sudah takdak masa lagi untuk kita bersendirian & takdak dah jalan lain untuk selamatkan diri kita kecuali dengan kita berdamping, bergabung & mengasihi orang² yang soleh yakni para 'Alim Ulama'... Apabila kita dekat dengan para Ulama' yang solihin, maka kita akan dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apabila kita dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka secara automatik kita akan dekat dengan Allah سبحانه وتعالى..."
Wallahu'alam... Moga² bermanfaat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan