Jumaat, 9 Disember 2022

ALAMAT SESEORANG 'ARIF BILLAH


Sepertimana kata guru yang mursyid, tanda-tanda orang 'Arif billah (Wali Allah) itu adalah seperti berikut :

1. Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.

2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.

3. Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.

5. Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.

6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.

7. Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.

8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.

9. Arif billah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.

10. Arif billah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah di kalangan ulamak.
'Arif billah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.

11. Arif billah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.

12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arif billah atau Auliya’ Allah adalah dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah). 
Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperli ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.

13. Sesiapa yang memuliakan Arif billah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arif billah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.

والله أعلم بالصواب

cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan