Walau lidah terhenti dari berselawat tetapi diam dan bercakapnya itu ikut sunnah, tubuhnya dari rambut hingga kaki berselawat dengan mengikuti sunnah.
Waktunya dari bangun hingga tidur, hidup dan mati kekal berselawat iaitu dengan mengikuti sunnah ﷺ. Itulah cita-cita sang hamba yang mengetahui hakikat hamba. Kehambaan itu adalah yang seperti Sayyidul Wujud ﷺ.
Baginda telah diiktiraf kehambaanNya oleh Allah dalam Al-Quran, pada cerita agung Baginda iaitu di malam Isra' Mikraj dalam ayat pertama surah Al-Isra'
سُبحانَ الَّذي أَسرىٰ بِعَبدِهِ لَيلًا
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad ﷺ) pada suatu malam
Idola para hamba adalah Baginda ﷺ, Baginda ﷺ hamba yang sebenar, tidak pernah meminta untuk melihat Zat-Allah dan mendengar kalam Allah tetapi Allah yang mengurniakan kepada Baginda untuk melihat Zat-Nya Yang Maha Suci dan mendengar kalamNya Yang Maha Suci pada malam tersebut.
Allah ﷻ berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu): Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa kalian“.
Dengan mengikuti Baginda ﷺ pada jasmani, qalbi dan rohani kita, barulah benar kehambaan kita. Jasmani (Syariat/Islam), Qalbi (Tarekat/Iman), Rohani (Hakikat/Ihsan). Sempurnakan kehambaan kita dengan ketiga-tiga rukun agama ini (Islam, Iman, Ihsan). InsyaAllah
Wallahu'alam
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ ،
بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ ۞ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ ۞ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين ۩
آمِين .
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan