Isnin, 15 Mei 2023

Kisah yahudi yang kecewa...


Selepas kami selesai menziarahi Syeikhuna Ahmad tijani r.anhu di Zawiyah beliau di Fez maghribi beberapa tahun yg lalu.. bersama guru yang dihormati lagi dikasihi Sayyidi Ahmad al Hadi al hasani hafizahullah dan kemudiannya kami singgah sebentar di salah sebuah kedai menjual pakaian berhampiran Zawiyah Syeikh r.anhu..

Setelah masuk ke dalamnya, kami memilih dan melihat barang2 yang dihajatkan, manakala guru kami yg mulia iaitu Sayyidi mengambil tempat atau ruang duduk yg disediakan oleh pemilik kedai dan duduk diatas sebuah kerusi sambil memerhatikan gelagat kami yang agak sedikit ghairah dan penasaran dalam membeli beberapa barangan untuk dibuat buah tangan ketika pulang nanti ke tanah air..

Tiba2 dari sudut yg lain mata kami terarah sedikit ke luar kedai dan mendapati satu kumpulan yang terdapat padanya yahudi yg berpewatakan seperti seorang rahib (dikenali melalui pemakaian) sedang menuju ke kedai yang kami singgah, namun saat ingin melangkah kaki masuk, mereka menjadi tak tentu arah kerana terserempak dengan Sayyidi yg ketika itu tenang duduk memerhatikan ruangan didalam kedai dan mata mereka tepat menghala kepada insan yg memegang tasbih itu (Sayyidi) dan seketika itu juga mereka lansung membatalkan hasrat untuk mamasuki kedai tersebut dan berlalu begitu sahaja..

Ingatlah wahai saudaraku..ketakutan musuh2 Islam itu bukan sahaja terhadap bedilan roket semata-mata...bahkan yang lebih menggerunkan mereka adalah apabila seseorang dikalangan kamu mempunyai hubungan yang sangat kuat terhadap kekasih Allah iaitu Baginda Rasulullah saw dan mempunyai kasih sayang yg jujur terhadap seluruh umat islam pd zohir dan batinnya.

والله المستعان بجاه سيدنا محمد سيدالأكوان عليه الصلاة والسلام.

Cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan