Isnin, 15 Mei 2023

POLIGAMI!?, Apa kata Shaykh Prof Dr. Ali Gomaa Hafidzahulloh?,


حكايةٌ 'فقهيةٌ' طريفةٌ جرت أثناء لقاءِ أسبوعي مولانا العلاّمة أ.د علي جمعة حفظه الله مفتي الجمهورية المصرية السابق في قناة الناس، ويُعنى في هذا اللقاءِ بالمسائل ذاتَ الصلة مثل جواز تعدّدِ الزوجات بشروطِه المُعتبرةِ شرعاً، وأضاف مولانا العلاّمة لمَنْ أبَّتْ وكرِهَتْ مِنْ جماعاتِ النساءِ أو الستّاتِ فالشرعُ لا يُغيّر مهما كانتْ جِنسيَّتُكَِ، ولا يخفى على أحدٍ سلوك بعضِ 'الأزهريات' العنيف تجاه الرجال، ومدى بُغضهم لتعليم هذا الفقهِ الصحيح. والتزويج الثاني أو الثالث ليس سبباً شرعياً لطلب الطلاقِ (من قِبل الزوجة الأولى) إلخ . . . 

Maulana Shaykh Dr. Ali Gomaa sewaktu diwawancara oleh salah sebuah rancangan televisyen terkemuka di Mesir baru-baru ini, menyatakan isu berkaitan poligami yang sering menjadi perbualan hangat diperkatakan baik dahulu mahupun sekarang tidak merubah sudut pandang syara' dari sudut pengharusannya sama ada dipersetujui oleh kaum hawa mahupun tidak, Maulana menegaskan kita (pengamal syariah) seharusnya amanah dalam menerangkan kesaksamaan hukum hakam syara' tanpa prejudis dan skeptikal terhadap jantina berlainan, suka atau pun tidak sudah tentu jika ia (poligami tersebut) diamalkan dengan bijaksana, menuruti segala syarat-syaratnya maka tiadalah isu yang perlu dibangkitkan. Tegas beliau lagi, 'PERNIKAHAN KALI KEDUA MAHUPUN KETIGA TIDAK MENJADI SEBAB MENGHARUSKAN PIHAK PERTAMA MEMINTA TALAK'. Namun yang menjadi kebingungan pada hari ini sikap sesetengah Azhariyyāt (kononnya bagi mereka inilah mazhab panutan Al-Azhar dan para MaShaykhnya) atau mereka yang acah-acah mengambil peranan mufti, mengutamakan liabiliti emosional daripada rasional. Sayang seribu kali sayang.

أقول : ففي مذهبنا 'الشافعية' نجد أن الإمام النووي في الأصل، نصّ ؛ "المستحب أن لا يزيد على امرأة من غير حاجة ظاهرة . . . "، نعم اتّفقْنا استحبابَ تجنّبِ التعدد والاقتصارُ على واحدة. ولكنْ لو هناك حاجةٌ ماسّةٌ وداعيةٌ إلى التزويج الثاني أو الثالث إذاً فما المانع حينئذٍ؟، وﺍﻟﺸﺎﺭﻉ أرخَصَ ﰲ ﺍﻟﻔﻄﺮ ﻭﺍﻹﺗﻴﺎﻥ ﺑﻪ ﺑﻌﺪ ﺣﲔ ﻣﺮﺍﻋﺎﺓ ﻟﻠﺤﺎﺟﺔ، (ق ؛ الحاجة مراعاةٌ).

Ya tidak dinafikan dalam mazhab Syafie secara umumnya, tidak disunatkan berkahwin kali kedua mahupun ketiga JIKA TIADA HAJAT YANG ZAHIR BAGINYA, di mana dalam erti kata lain ia adalah harus, justeru jika mempunyai HAJAT YANG ZAHIR saya yakin para Fuqaha' mempunyai pandangan hukum yang berbeza (disclaimer : setelah diselidiki sang suami tersebut berkemampuan daripada sudut nafkahnya (المُؤنة والإستطاعة), bertanggungjawab, berkredibiliti, berkeperibadian tinggi dalam erti kata mampu menjaga perasaan isteri pertamanya dan anak-anaknya etc). Kaedah dalam syara' ada menyebutkan 'KEBERHAJATAN ITU DIRAIKAN SELAGI MANA IA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN TUJUAN MURNI SYARA' '. Ironinya, cukup menggamit perhatian umum, terdapat sesetengah individu bersikap seperti 'kera sumbang', sangat memuja pasangan dek kesempurnaan pada sudut kaca matanya, tetapi masih lagi ragu kemampuan pasangannya tersebut untuk berpoligami, kerana apa tuan-tuan puan-puan yang mulia?. Takkan anda tidak yakin janjian payung emas akhirat kelak?. Boleh tolong jawabkan 😁.

Panda kecek bui sajjo 😂.
لازم المذهب ليس بمذهبٍ.

والله أعلم.
#التأهيل_الفقهي
#عز_الأزهري

Tiada ulasan:

Catat Ulasan