Ahad, 21 Mei 2023

Sedikit perkongsian tentang syarahan mengapa dalam Selawat Al-Fatih tiada lafaz wasohbihi & wasallim

Seperti yang disyarahkan oleh guru murabby alfaqir iaitu 
Sayyidi Ahmad Al-Hadi Hafizahullah ketika alfaqir bersendirian dengan guru murabby disuatu malam dalam menerima pengijazahan dan sanad selawat alfateh beserta syarahan selama 1 jam lebih.

1. Selawat alfateh ialah sebenarnya selawat allah taala dan para malaikatnya kepada kekasihnya baginda nabi muhammad sollallaahu a'laihi wasallam sepertimana firman allah taala didalam surah al-ahzab ayat ke 56,

اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

56. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.

jadi lafaz selawat al-fateh ialah merupakan lafaz asal bagi selawat2 yang selepasnya,oleh sebab itulah ia dipernamakan dengan ibu bagi segala selawat.

2. Sebab mengapa didalam selawat al-fateh tiada lafaz wasohbihi (وصحبه sahabatnya)ialah kerana memadai dengan lafaz wa aalihi (وآله keluarganya).
yakni didalam lafaz وآله sudah pun dirangkumkan ahli keluarga baginda,sahabat2 baginda,orang yang beriman,orang yang bertaqwa,orang islam,orang tak islam,air,tanah,api,angin, cahaya dan semua makhluq pada hakikatnya diciptakan dari DNA nur baginda nabi muhammad sollallaahu a'laihi wasallam,
oleh sebab itu baginda nabi digelar sebagai sayyid(penghulu,ketua).
juga digelar sebagai bapa a'lam,atau punca kepada kejadian a'lam dan sekelian makhluq,
pada haqiqatnya keseluruhan makhluq ciptaan allah merupakan ahli keluarga baginda nabi muhammad sollallaahu alaihi wasallam,

oleh sebab itulah disarankan dan ditekankan kepada pengamal selawat al-fateh supaya memperbetulkan niat dan tujuan berzikir selawat al-fateh dengan semata-mata untuk dibukakan kepada pengamalnya akan مفتاح الحقيقة المحمدية( dibukakan dan disingkapkan akan haqiqat sebenar baginda nabi muhammad sollallaahu a'laihi wasallam.)

Via Ust Ali Al Murtadha 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan