beliau menjawab pada perkara yang adalah hasilnya(jawapan) ialah :
Bahawasanya keluar ungkapan seperti itu atau terdetik pada diri seorang sufi dan apatah lagi jika ia menyatakan secara langsung akannya (تصريح)
Adalah satu kecacatan yang sangat ketara nisbah Toriqah dan Syariah
Diberi peringatan iaitu Humbanan dan ditanggalkan Nisbah Turuqiyah daripadanya...
Bagaimana boleh timbul bagi seorang yang mempunyai Akal dan kurangnya kefahaman menyangka bahawa akan lahir seorang kafir daripada Nutfah Nabi yg mulia
-Ayat Al-Quran
" إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ البَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا "
Ertinya:
Sesungguhnya..,hanyasanya Allah SWT menghendaki untuk menghilangkan daripada diri kamu segala kekotoran.. wahai Ahli Bait..!! ….
Ayat ini mengatasi apa yang terlihat atas mereka akan suatu keadaan drpd kekurangan, maksiat dan perkara bidaah
Telah ijmak Keseluruhan Saadah kibar Auliya bahawa:
Seorang Syarif (Ahli Bait) mati dalam kesempurnaan kewalian
Dan sekurang²nya dalam Husnul Khatimah
Tidak boleh digambarkan berlakunya umpama yang demikian itu (mati dalam kufur/suul khotimah)
Melainkan pendakwa Nasab Syarif (penyelinap yg bukan ahli Nasab yg sebenar)
Mereka ini ada ramai pada setiap zaman dan tempat
Seperti syiah Rafidhah, batiniah dan yang seumpama mereka daripada kalangan ahli² murtad dan Majusi
Telah me-naskan akannya Oleh Syeikhul Akbar Maulana Al-hatimi didalam kitab futuhat( فتوحات المكية ),dan Imam Syarani didalam kitab yawaqit(يواقيت والجواهر),Dan selain mereka drpd pimpinan² Auliya atas ilmu/kefahaman ini
Akan bahawasanya :
Gambaran Maksiat dan Kesesatan² yg timbul drpd kalangan ahli bait
Dan telah bersepakat dengan mereka oleh Qutub Daerah para Arifin yaitu Syeikh Tijani RA nisbah (ungkapan dan praktikal)
Seperti mana yang di-naskan atas yang demikian itu oleh ramai drpd kalangan yang menaqalkan drpd Syeikh Ahmad Tijani
Seperti empunya kitab Rimah(Syeikh Umar Al-futi)
Empunya kitab Bughyah(Sidi Arabi Saihi) dan qadhi Sukairij di dalam kitab kasyful Hijab) dan banyak lagi selain mereka itu..
Memadailah kata Syeikh Ahmad Tijani yang masyhur di kalangan ahli toriqahnya :
Maksiat kalangan ahli bait diperjalankan akan mereka itu dengan jalanan ahli badar
Dikatakan kepada Ahli Badar, lakukanlah apa yang hendak kamu inginkan, telah aku ampunkan akan kamu
Dan yg diberikan taufiq
(ketetapan dalam pegangan/aturan islam)
Tiada seorang pun yang dapat mengejar akan mereka (martabat mereka)
Yakni:
Bahawa pegangan mereka(Kibar Auliya) pd ahli bait adalah pengampunan yg sempurna
Dan seperti mana dikatakan :
" من سبِقت له العناية لم تضره الجناية "
Barangsiapa yang telah terdahulu Inayah Allah
Nescaya tidak memudaratkan akannya Oleh jenayah yang dilakukannya (Husnul Khatimah)
Dan keseluruhan para sahabat atas Maslak(مسلك)/jalan ini
Maka tidak memberi mudarat terhadap mereka sama sekali apa yang berlaku drpd kalangan mereka atau yang berlaku di antara mereka
Mereka Para Sahabat RA yg dipersaksikan kebaikan yang mutlak terhadap mereka disebut di dalam Al-Quran dan hadis
Begitu juga menjejaki akan mereka , yaitu pada pengkhususan Zuriat Mulia drpd kalangan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan nasab darah yang mulia
Tidaklah dinamakan fatimah (فاطمة) melainkan kerana Allah memisahkan akannya dan zuriatnya drpd api neraka
Seperti mana telah menyebut akannya oleh Imam Syablanji didalam kitabnya yang masyhur
" نور الابصار فى مناقب آل بيت النبى المختار "
Dan telah datang khabar drpd Imam kita Syeikh Ahmad Tijani bahawasanya
Apabila ada seseorang drpd kalangan ahli Fes yg hendak mentashihkan Nasabnya
Ia datang kepada Syeikh Ahmad Tijani RA
Maka jika Syeikh Ahmad Tijani bergerak kerana Masuknya orang tersebut atau bangun(menghurmatinya) atau mengucup tangan orang tersebut..
Maka yakinlah orang tersebut (niat datang utk mengesahkan kesahihan nasab) akan kesahihan nasab dan hubungannya dengan nasab yang mulia
Dan telah memperincikan akannya oleh Sidi Ahsan Albaqili RA pd banyak tempat di dalam kitab iraah dan lainnya drpd kitab² dan risalah²nya pada permasalahan ini ..
Beliau me-naskan bahawa Kematian seluruh Ahli Bait Baginda SAW mati atas kesempurnaan kewalian
Yaitu dapat melihat akan Datok Mereka (Baginda SAW) dalam keadaan jaga bukan mimpi
Inilah Sebahagian daripada penerangannya
Sesungguhnya barangsiapa disesatkan oleh Allah SWT
Maka tiada seorang pun yang dapat memberi hidayah
Selawat atas penyelamat Manusia pada hari akhirat
Dan juga selawat atas ahli keluarga dan para sahabat yang bijak pandai
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan