Sabtu, 13 Mei 2023

Tegahan Dakwaan Cinta

Sesungguhnya Sidi AlAhsan AlBa'qili ra berulang² kali menegah para murid Tijani menyatakan(meluahkan) rasa kecintaan kpd Allahﷻ,Rasulullahﷺ 
& sheikhnya krn yg demikian menidakkan "masyrabb ubudiyyah" 
kerana sesungguhnya seorang hamba yg sebenar tidak sepatutnya menyatakan/meluahkan rasa asyik & cintanya terhadap penghulunya...

kerana kelakuan sedemikian dianggap telah melanggar martabat "keTUANan" & telah melepasi sempadan "keHAMBAan".

Orang Arab dahulu menggelarkan perbuatan demikian "meniru perempuan" serta menegah anak perempuan mereka memperlihatkan perasaan cinta & rindu mereka...

Perbandingan yg demikian seumpama perkataan sahabat ra..
قال رجلٌ للنبي ﷺ: يا رسول الله، والله إني لأحبك، فقال: انظر ماذا تقول؟ قال: والله إني لأحبك، ثلاث مراتٍ، فقال: إن كنت تحبني فأعد للفقر تجفافاً، فإن الفقر أسرع إلى من يحبني من السيل إلى منتهاه
Berkata seorang lelaki kpd Rasulullahﷺ
" wahai rasulullah, sungguh daku sangat menyintaimu.."
maka balas Rasulullahﷺ
" pertimbangkan perkataan kamu itu "
kata lelaki td..
" sungguh daku sangat menyintaimu.." 
(diulang 3 kali)

maka jawapan balas Rasulullahﷺ
" jika benar kamu menyintaiku,
(bersedialah) menempuh kefakiran (dan kesusahan), sesungguhnya kefakiran itu akan lebih cepat sampai dari air yang mengalir "..

Dakwaan cinta & rindu memerlukan(mewajibkan) percubaan(benarkah dakwaanmu itu)...

Kami mohon perlindungan drp Allahﷻ dari terjebak memasuki seumpama pintu ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan