Ahad, 7 Mei 2023

WAZIFAH


Sidi AsSyarif Al Ahsan Al Ba'qili ra berkata dalam kitabnya "AS-SYARBU AS-SOFI"..

"..Keutamaan berjemaah adalah perkara yang perlu diketahui dalam agama,jika seorangTijani melakukan zikir wazifah bersendirian kerana uzur, maka ia akan memperolehi pahala sekali wazifah..

..jika dia mampu melakukannya secara berjemaah dengan dua orang, maka pahalanya dilipat gandakan menjadi 250 kali wazifah (setiap kali bertambah seorang maka bertambah pula sekali ganda) 

..jika jemaah wazifah berjumlah 12 orang..
..maka masing² dari mereka memperoleh 12 ribu kali wazifah, 
..jika bertambah seorang maka pahalanya bertambah menjadi 24 ribu kali wazifah..

..Ini semua belum dikira 70 ribu malaikat yang dikhususkan bagi setiap ikhwan Tijani, mereka(malaikat) melakukan apa yang dilakukan oleh seorang Tijani dari berbagai macam ibadah dan pahalanya untuk ikhwan Tijani tersebut... 

..Jika dilipat gandakan pahala ibadah 70 ribu malaikat tersebut dan ditambahkan dengan pahala hadirnya seorang Tijani wazifah jemaah, maka berapa banyak keutamaan dan kebaikan yang akan ia peroleh..? 

..Begitu besar pahala dan keutamaan wazifah, akan tetapi yang perlu diperhatikan adalah bahawa keutamaan tersebut hanya mampu di peroleh jika dilakukan secara berjemaah..

..Apa yang dikatakan oleh Sidi Al Ahsan Al Ba'qili ra menunjukkan bahawa wazifah yang dibaca sendirian tanpa uzur adalah sia² dan tidak bernilai..
Kerana syarat wazifah adalah berjemaah... 

..Bagi para ahbab Tijani berusahalah untuk memelihara zikir wazifah berjemaah kerana zikir wazifah adalah salah satu dari tiga wirid wajib dalam Thoriqoh Tijaniyah..

..kita ditarbiah bukan utk mencari pahala atau ganjaran..
..HANYASANYA pahala & ganjaran yg ditawarkan itu mengISYARATkan betapa besarnya nilainya wazifah berjemaah disisi Allah & rasulnya..
..seorang HAMBA yg benar tidak lain hanyalah mencari apa yg paling disukai & diredhai oleh Tuannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan