Selasa, 9 Mei 2023

TASLIM AKAN GURU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksud daripada Mursyid dalam jalan Ilahi, yakni seseorang yang telah pergi ke Hadrah Allah dan balik dari Hadrah Allah, yang telah mengenal pasti jalan ke Hadrah Allah. Maka demikian itu, apakah yang diminta daripada seorang anak murid itu apabila dirinya ingin bersuhbah dengan seorang Mursyid itu? Mursyid itu adalah seorang yang mahir dalam jalan Ilahi, apakah yang diminta daripada anak murid? 

Maka, adalah dikehendaki keatas diri anak murid itu menutup akan matanya dan berserah akan dirinya pada Gurunya. Hendaklah keatas diri anak murid itu mengikut sahaja, meletakan tangannya pada tangan Gurunya itu, menutup akan matanya, jangan difikir dan jangan ditadbir kepada dirinya, jangan ikhtiar, hanya tutup mata dan berserah dirinya, akan tiba suatu masa nanti Guru berkata buka mata, dan diri murid telah berada dalam istana, ISTANA ILAHI, itulah jalan Allah. Inilah anak murid yang cepat berjaya. 

Sekiranya anak murid itu menutup matanya, tetapi mencuri-curi pandang, sekarang dimana saya? Anak murid yang tidak ada padanya berserah diri, tidak ada Taslim Mutlak, Taslim Kamil yang sempurna, tiba-tiba dirinya membuka mata, dan berkata pula pada Gurunya, “Guru saya ingat (pada rasa dirinya dan sangkaan dirinya) jalan ini ada singa dan lubang besar”. 

Kamu “Ingat” itu hanya pada sangkaan sahaja !!! Sedangkan saya (Guru) telah pun Tahkik, telah kenal pasti !!! Kamu hanya ingat (hanya bersangka sahaja) !!!. Bolehkah kita mendahului ingatan (sangkaan), utamakan sangkaan daripada yakin? Tidak boleh menolak yakin dengan syak !!!. Menolak syak adalah dengan yakin !!! Fahamilah !!! 

Dan itulah anak murid yang masih lagi ada ikhtiar kepada dirinya sendiri, fahamilah. Seorang anak murid yang ingin mencuri pandangan, ingin melihat telah sampai dimana, kadang-kadang sehingga bertanya kepada guru, “Kita dimana sekarang”? Diam kamu !!! Tutup mulut kamu !!! Tutup mata kamu !!! Serah sahaja, kalau kamu yakin bahawa Guru itu telah pergi dan balik (ke Hadrah Allah), pakar jalan (ke Hadrah Allah), maka apakah manfaat dari pandangan (pertanyaan) kamu? Tidak ada manfaat sama sekali. Bahkan Guru itu akan meninggalkan kamu dan berkata, “Pergilah cari sendiri kalau kamu pandai akan jalannya, sebab apa kamu ingin mencari Mursyid”?.

# Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan