Isnin, 17 Julai 2023

AL MUSTOFA


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Kata guruku Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala pada menyatakan nama Sayidina Muhammad Al Mustofa ﷺ bahawa Al Mustofa itu adalah padanya diri Sayidina Rasulillahﷺ itu yang terpilih dan disucikan. 

Pada menerangkan makna yang terpilih itu, Bagindalah yang terpilih utk disucikan drpd keturunan yang suci dan terpilih, drpd benih yg suci dan terpilih yakni yang suci dan terbaik. 

Dan diberikan utk diri Baginda ﷺitu segala2nya yg terpilih dan terbaik daripada benih dan keturunan, bukanlah keturunan Baginda ﷺ itu yakni ibu, bapa, datuk, nenek dan moyangnya drpd jalur agama dan aqidah yang terkeluar drpd agama islam.

Bahkan segala kehidupan Baginda ﷺ adalah Mustofa, yang terbaik, terpuji dan terpilih. Akhlaq Baginda ﷺ adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Makanan Baginda ﷺ adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Pakaian Baginda ﷺ adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Susu yang Baginda ﷺ minum adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Capal Baginda ﷺ adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Bahkan bersugi Baginda ﷺ juga adalah cara yang terbaik, terpuji dan terpilih.

Sehinggakan apa sahaja yg ada drpd diri Baginda ﷺ serta yang keluar drpd diri Baginda ﷺ adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Justeru itu ada diantara sahabat yang meminum darah bekam Baginda ﷺ diberi jaminan tdk akan dibakar oleh api neraka. Dlm sirah ada sahabat yg minum air kencing Sayidina Muhammad ﷺ dijamin tdk akan mgalami sakit. Bahkan dikatakan ianya wangi dan lebih manis. Bahkan air peluh Sayidina Muhammad ﷺ itu juga adalah yang terpilih dan berbau wangi.

Bagindalah Al Mustofa, yg terpilih dan terbaik serta disucikan drpd segala kekotoran dan keburukan. Bagindalah Rahmatulil a'lamin yg menjadi rahmat bg sekelian alam. Bagindalah qudwatun hasanah, contoh kebaikan bagi sekelian alam. Bagindalah Sayidul Wujud, ketua dan penghulu bagi segala kewujudan alam. 

Berbahagialah ummat yg terpilih utk mengikat hatinya dgn Sayidul Wujud al Mustofa ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan