Rabu, 5 Julai 2023

ANTARA NASIHAT DAN WASIYAT MUROBBINA MALAM TADI YANG SEMPAT DICATATKAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Sibukanlah diri kamu murid Tijaniy dengann Hakikat Muhamadiyah. Pedulikanlah lalat-lalat yang datang mengacau. Akan didatangkan makhluk Allah yang lain, yang akan menghapuskan mereka. Ramai orang yang diluar sana sedang menanti-nanti perkhabaran Tasawuf Muhamadiyah dari Tijani. Mabukanlah diri kamu murid Tijaniy dengan Hakikat Muhamadiyah. 

Ceritakanlah dan syiarkanlah akan Hakikat Muhamadiyah !!! Sesungguhnya kamu akan dipelihara oleh Allah sekiranya kamu sentiasa menyibukan diri dengan mensyiarkan akan Hakikat Muhamadiyah. Wahabi itu akan mengikuti Imam Mahadi, bila Imam Mahadi datang nanti. Jangan bersifat dengan sifat kebudak-budakan, itu suatu aib!!! Jangan jadi panas dengan Wahabi !!! 

Tijani itu penuh dengan sifat Hakikat Keibuan dan Kebapaan akan Hakikat Muhamadiyah. Tidak memandang akan ianya kerosakan dan kecelaan anak-anak Hakikat Muhamadiyah. Kamu tidak ada izin dan kelayakan untuk merawat Wahabi atau melawan Wahabi. Yang layak adalah mereka yang telah mendapat kebenaran dan izin dari Sayidina Muhammad ﷺ. Maknanya, kamu tidak sempurna kerana kewujudan kamu terhenti dengan kewujudan mereka yang lain. Tingkatkan diri daripada perkara kebudak-budakan dan janganlah berdendam balas. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞


Tiada ulasan:

Catat Ulasan