Isnin, 31 Julai 2023

Serah diri walau tidak layak sampai bila-bila

Merasa diri layak untuk masuk jalan Ilahi itu adalah hijab terbesar untuk masuk jalan ini, kerana takbur.

Menunggu diri layak untuk masuk jalan Ilahi juga satu keakuan/keangkuhan yang tersembunyi kerana mendakwa diri akan layak satu hari nanti.

Jalan Ilahi ini terbuka kepada orang yang penuh rasa kekurangan, rasa tidak layak, rasa faqir.

Jadi nak masuk jalan ni perlu ada rasa tak layak dan kamikaze (serah nyawa/diri) walau diri penuh kekurangan, dan jangan tunggu diri akan layak dan sentiasalah membesarkan perasaan ketidaklayakan.

Kurniaan Allah adalah kepada orang yang sangat fakir dan penuh kekurangan seperti orang yang layak menerima zakat ialah para asnaf sahaja. Jadilah kita asnaf jalan Ilahi.

#hamba #hambaNya #HambaAllah #tarikat #tasawuf #sufi #tarekat #tijani #tijaniya 

Syarif Ahmad Al-hadi Alhasani Almaghribi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan