Sabtu, 15 Julai 2023

HIJAB PADA TAJALLIYAT


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

"Apabila kamu terhijab, kamu tidak akan dapat merasai Tajalliyat sama sekali, walaupun Tajalli itu ada pada diri kamu". 

● Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. 

Bahawa sesungguhnya manusia itu, tidak akan terlepas barang sesaat daripada Tajalliyat Allahﷻ , dan tidak akan terlepas barang sesaat daripada hubungannya dengan Sayidina Rasulillah ﷺ sebagai Pengantara Yang Agong - kerdipan matanya, pendengarannya, penglihatannya, aliran darahnya, degupan jantungnya, masuk dan keluar nafasnya, dan segala pergerakannya sama sekali tidak akan dapat berbuat sesuatu melainkan berhajat kepada Tajalliyat Allahﷻ melalui Sayidina Muhammad ﷺ sebagai pengantaranya. Ketahuilah bahawa Baginda ﷺ sebagai nikmat yang sempurna, dan penyempurna kepada segala nikmat, RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya, dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihNya yang mulia dan terpuji, Sheikh Ahmad At Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan