بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Diantara rutin dan kebiasaan mingguan Syeikhuna Al Qutb Al Maktum Sidi As Syeikh Ahmad bin Muhammad At Tijaniy Rodiallahu 'anhu yang tidak pernah beliau tinggalkan adalah MEMOTONG KUKU DI HARI KAMIS PETANG SETELAH SOLAT ASAR dengan memulai dari tangan kanan, diawali dari jari tengah lalu jari kelingking, lalu ibu jari lalu jari manis dan diakhiri dengan jari telunjuk, begitu juga dengan tangan kiri.
Beliau melakukan ini berdasarkan anjuran Baginda Nabi ﷺ pada isterinya Sayyidah 'Aisyah Rodiallahu 'anha dalam sebuah hadis :
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يا عائشة إذا أنت قلمت أظافرك فابدأي بالوسطى ثم بالخنصر ثم بالإبهام ثم بالبنصر ثم بالسبابة فإن ذلك يورث الغنى
Baginda Rasulullah ﷺ telah bersabda pada Sayyidah 'Aisyah Rodiallahu 'anha :
Wahai 'Aisyah apabila kamu akan memotong kuku mu, maka mulailah dengan jari tengah kemudian kelingking lalu ibu jari kemudian jari manis kemudian jari telunjuk. Kerana hal itu akan menyebabkan kekayaan.
■ c&p Achmad Somady Aroby
NOTA TAMBAHAN:
Adapun dari Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala telah menambah sedemikian ini;
* Hendaklah berwudhuk sebelum memotong kuku tersebut, kerana ianya adalah sebahagian daripada anggota badan yang dihormati, apabila ingin dipisahkan akannya daripada jasad, maka beradablah dan hormatilah akannya agar berpisah anggota badan itu dalam keadaan suci.
* Dan hendaklah dikumpulkan akan kuku tersebut, lalu ditanam akan ianya didalam tanah, dengan sekurang-kurangnya membaca Basmallah, untuk beradab dengan ianya sebagai sebahagian daripada anggota jasad yang dimuliakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan